Wednesday, August 1, 2018

Assemoga Kaklong! (Birthday Lunch Tema Kuning)

Assalamualaikum..

Happy Birthday Kaklong! Assemoga!! Dah dekat sebulan baru dapat update entry birthday Kaklong sebab I bizai menyelamatkan dunia. Happy dia tahun ni dapat banyak surprises dari family. Berapa kali tiup lilin tahun ni kak? Hehe. Kata Kaklong dah tuwee baru la meriah sikit time birthday. I ada hantar bunga untuk Kaklong masa birth date dia (9 July) lepas tu on Friday tu The Girls bawak pulak dia makan-makan dekat Brycg Green House. Dah lama dah tak makan dekat sini. Kitorang berpecah la. I dengan Intan pergi awal sebab nak ambik balloons dengan bunga dekat GE Mall lepas tu Kaklong, Izzy, Izzah and Dyba come later dengan driver (Grab Car) Hahahahaha. Tema kali ni Kuning ye? Kuning ang-ang yang takde belas kasihan punya. Cuma Dyba je la kuning lembut. Tu Atinten tanya dalam gambar ‘Dyba ketua ke?’ Tapi sebenarnya ketua is Izzy sebab dia sorang je pakai tudung Kuning. Si Intan kan, dia tanya la orang lain (kecuali I), nak pakai tudung apa sebab dia nak pastikan I tak ketua sekaaaaaaaali Izzy sorang pakai tudung kuning. Hahaha. Si Izzah pulak dalam gambar nampak baju dia biasa je kan? Kalau depan-depan kuning dia memang membunuh la. Jenis kalau campak baju dia dalam sungai nanti ikan semua timbul sebab buta kaler bright sangat. Izzah memang tau? Dia tu kalau kita letak warna tema memang dia ikut sungguh-sungguh. Kata la kita kata Pink kan? Nanti dia pakai Pinkkkkkkkkkk, if Hijau nanti dia pakai Hijaaaaaaaaaaaaaaaaaau yang sebatu dah nampak. Hahahaha. Bagus Izzah ni. Kaklong happy sangat sebab dia tak sangka ada lagi bunga and cake untuk dia. Masa tengah makan tetiba je ada lagu Happy Birthday version kanak-kanak lepas tu Waitress datang bawak bunga and prezen. Actually kitorang pon taktau kat sini siap ada lagu, tu yang dalam video kalau korang tengok (slide yang paling last) Si Intan pulak yang beria terkejut. Jangan kata Kaklong, kitorang pon surprise jugak. Glad that you happy Kaklong. TQ sebab selalu menceriakan kitorang dengan lawak-lawak bangang P Ramlee and slang Pahang Hulu nko tu. Tu kalau Orang Pahang dengar tu, dorang sendiri tak paham. Dia punya pekat sampai ke pon jadik ke’eh. Hahahaha. 


Happy Birthday Kaklong. Assemoga! Ni kalau Jamal Pak Tongkol nampak kitorang ni, sure dia suka. Eh jap, dia Geng Kuning ke Geng Merah eh? Hahahaha.




Cantik je dalam Brycg ni punya background kan? 


Setting meja simple je. Letak balloons baru la Happy Birthday To You.


Princess pakai crown. Jimat kan? Setiap kali birthday kitorang pakai crown yang sama je. Tapi nanti kata Intan, time Intan Celebration dia nak mintak tema Bollywood sempena Adik Robynn bukak Boutique baju India so kena la support. Hahaha. Imagine kitorang berenam pakai baju India nanti macam mana la rupa dia. 


Apeni mata I juling?


Dyba Dbuh


Intan Harum Mewangi


Korang, murah sangat makan dekat BRYCG ni. Hilang pulak resit dia dekat mana. Tapi calculation lebih kurang macam ni. Lunch Set, pilih 3 makanan RM50.00 je wei. Portion dia pon besar-besar. So total bill kitorang kena dalam RM160.00 je. Makanan punya banyak.


Fish and Chips


Pasta


Nacho's


Pasta amenda ni eh? Tak ingat heeeeee


Alfredo ke Carbonara ni?


I rasa ni Caesar Salad.


Dinda, please jangan menangis. If you menanges, I also akan menanges.


Pose dekat tangga 1. Kitorang semua turun tangga, Si Intan sorang naik lift. Pemalas betul. Lepas tu dia berangan macam buat magic show dalam tu. Hahahaha. 


Birthday Girl


Sempaaaat je kan ambik gambar. Time ni kitorang dah berpecah dah. Ada yang balik, ada yang melingkup, ada yang balik office.

Alhamdulillah birthday girl sangat happy... Dia kata, dia tak sangka ada kawan-kawan nak buat macam ni untuk dia. I pon lagi tak sangka I bekerja sama tempat dengan Kaklong. Sungguh. Memang takde dalam kamus hidup I pon. Itu yang buat kita lagi close. Kaklong anak sulong, banyak sacrifice untuk I masa I kecik-kecik dulu. Jaga I, suap I makan, tak dapat main dengan kawan-kawan sebab nak kena jaga adik-adik bila Mak and Ayah keluar menoreh. I la paling bongsu. Tu I ingat sangat apa yang Kaklong buat untuk I. Setakat dia nak makan sedap-sedap once/twice a month I boleh je belanja. Apa je yang dia cakap teringin nak makan, I cuba la bagi. Ada yang tanya I, tak malu ke share kisah masa kecik-kecik duduk Felda? Apa yang I nak malu? Dah kita asal kampung... I ok je. Takde hal. Kampung ke Bandar ke, yang penting Siti Nohaliza. HAHAHAHAH. Eh tak la, yang penting hati. Kaya ke miskin ke, kita semua sama. Bodoh ke pandai ke, nanti masuk kubur takde Malaikat tanya pon tapi amal kebaikan kita yang dikira. Dapat ke kita bahagiakan orang-orang yang kita sayang? Takat mengaku I asal kampung, tak jadi hal pon. Janji apa? Janji Siti Nohaliza. Pandaaaaaaai! HAHAHAHA.

Untuk Kaklong, Semoga sihat selalu kak? Aku doa ko masuk Syurga. Nanti kat sana boleh makan anggur mahal dengan Cherry RM90.00 500 gram (Sebab dia selalu cakap : Mahalnyaaaaa Cherry ni. Tak boleh la beli. Takpe lah, aku makan kat Syurga je). Sedih benar bunyinya. Hahahaha. Selalu kalau tak boleh nak beli makanan dia cakap nak makan dekat Syurga. Hahahaha. Ye Kak, InsyaAllah nko masuk syurga sebab Allah tau nko baik. OK? Nanti jumpa la dekat Syurga jugak. Kata Kaklong nanti dekat sana semua orang cantik. Takde dah sapa ketua ke apa ke. Semua sama. Ni taktau la Intan setuju ke tak dengan statement ni. Hehe.

-eNd-

3 comments:

ain.ya.nun. said...

So, memang betul lah Kaklong tu kakak kandung ye. Selalu macam nak tanya, tapi takut kena pangggg. Haha.

Selamat hari jadi Kak Long. Semoga sentiasa murah rezeki, aaamin.
Kita sama lah, selalu juga cakap, takpelah, tak dapat kat sini, nanti dapat kat sana.

tulip said...

Setuju! Kenapa nak malu dgn asal usul kita? Sepatutnya kita bangga.. pengalaman hidup susah tu yg buat kita jadi org yg lebih baik dan tau bersyukur.
Kita suka baca kisah org, termasuk la kisah susah, for inspiration in life. For us to become a better person!

Mimy Hamid said...

Nak cherry murah aku ada contact 500 gm= rm25..1 kg = rm45 hehehe ..happy birthday kak long