Tuesday, July 31, 2018

Duriaaaaaaaaaaan

Assalamualaikum..

Tahun ni Durian macam banyak giler kan? Tak macam tahun lepas. Musang King pon dah turun sampai RM20.00 je sekilo dekat Bentong. I ada up dalam IG masa makan Musang King dekat rumah Paklang kat Bentong, lepas tu ada yang komen cakap murah dari tu pon ada. What??? DUlu masa tak musim I pernah makan kat SS2 tu dalam RM80.00 kot 1 kg. Bapak mahal. I tanya, kalau I nak beli isi je, kulit taknak beli tak pe ke? Hahahahaha. Macam I, tahun ni tak menggigil sangat nak makan durian sebab raya dah makan banyak sampai gemok, lepas tu Durian pulak. So makan berkadar je kalau tak memang naik la badan. Cukup seulas dua. Biasa makan tak sedar diri, but kali ni Sis ok la. Tu pon menyirap je each time nampak orang up dalam FB. Si Linda tu lagi la melampau eh? Durian oren-oren cantik dia buatkan bubur je. Merana hati I tengok. Sazli suka Durian yang pahit-pahit, I pulak suka yang manis and isi kena oren. Durian jenis D24, Musang King or Kunyit usually yang warna mengundang ni. Kulit dia pulak hijaaaaaau. Ada orang frozenkan isi durian ni lepas tu makan macam ice-cream, yang tu I tak pernah try lagi. Durian Crepe pon I tak makan dah since Huda dah takde buat. Ada la duluuuu try yang Sumptuous dekat GE Mall tapi ada yang rasa macam Tempoyak pon ye so lepas tu takde dah. Shein ni ha takde nampak macam suka Durian. Duluuuu ada hulur dia, dia cakap smelly. Bukan main ko eh eksyen? Padahal Mak beliau Jawa ada hati cakap Durian is Smelly. Nanti I hope Shein also suka makan Durian macam I jugak. Baru la boleh geng. Takpe, I akan usahakan.


Musang King! Memang sedap giler Ok? I suka rasa dia sebab manis. Adoi blardihel, tingin pulak nak makan durian now.



Ni Sazli ambik gambar. Apeni penyet-penyet macam tempoyak je? Hahahaha.


Tengok kulit dia, hijau kan?


Si Shein pulak masa kitorang datang Bentong dia bedal tido dari KL – Bentong – KL semula. So, tak makan durian la dia.

Kata Boss I, ada Durian lain yang lebih sedap. Durian Tikka. Kata dia, kalau makan durian Tikka ni, Musang King pon kita dah taknak dah. I tak pernah rasa lagi. Dah try Google tapi tengok gambar macam tak memberansangkan ajer. Tapi taktau la kalau sebenarnya rasa dia sedap. Nanti la nak ajak Sazli bebila cari Musang King. Tetiba pulak teringin. Adoi. Menyesal pulak aku buat entry ni. Pui!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...