Assalamualaikum..
Sorrrrrry sebab minggu ni I agak busy so tak dapat
update blog setiap hari and Year 2018 ni memang macam a bit hectic untuk
kitorang anak beranak. Rumah dalam progress and hopefully by 2019 kitorang dah
boleh masuk rumah baru. Sazli pon busy jugak. Kesian dekat dia, dengan kerja
banyak dekat office lepas tu nak setel hal Rumah Shein yang dalam progress and
at the same time pulak projek rumah Mak di Jengka pon dia involve dengan
Kaklong and Abang Long. Semuaaaa tu run at the same time but I know Sazli boleh
handle sebab dia bijak and pandai manage time dia. Time Management dia memang
Tip top! Start Isnin depan ni, Shein and Mama akan start new routine. I will
handle Shein untuk kesekolah. No more Abah. Cukup tugas Abah menyiapkan Shein
ke sekolah for the past 3 years. Shein also kena live life macam peer dia.
Bangun awal bersiap pergi sekolah sebab sekolah start at 7.20am hehe. Good luck
Shein. We will do this together and probably untuk awal-awal kena susahkan Abah
sekejap sebab nak bagi Shein biasa routine with Mama pulak sebab bagi dia kalau
Mama siapkan maksudnya takyah sekolah. InsyaAllah, we both can do it baby!
Meanwhile sementara kami anak-beranak tengah nak settle down ni, korang kena la
layan banyak entry makan je eh? Hehe. Ada readers remind suruh up entry
Birthday Izzy and ramai mintak share pasal rumah. Adeh. Rumah tu a bit
complicated. But mana sempat I will share OK? I pon excited jugak but semua tu
kena guna banyak masa. Ooooo lupa nak cakap, next month I akan pergi Sabah
untuk SUFMA. Main Netball. Kaklong and Eddy pon akan pergi jugak. So dalam
sebulan ni akan busy with training Netball as well. OMG busyyyyy sangat ni. Tak
kurus taktau la. Anywaaaaaaay harini I nak share dengan nkorang resepi Asam
Pedas Ikan Patin. Intro 18 baris padahal nak share resepi je pooooooon.
Hahahaha.
Ya
Allah. Sedapnya. Asam Pedas Ikan Patin + Bendi.
Biasa orang buat Ikan Patin Masak Tempoyak kan?
This time kita try pulak Asam Pedas. WEI MEMANG KILLER LAH! Tak caya korang
boleh try buat sendiri dengan resepi ni.
Ni Kaklong dengan I yang buat. Sebenarnya Kaklong sorang, aku tukang ambik
video je tapi nak jugak claim I ada bagi sumbangan. Hahahahaha. Kak, sedap Kak.
Why are you so cruel??? Si Shein diam-diam dia sorang makan 2 kelar ikan ni.
Makan bersuap dengan Kak Sha. Kak Sha bengang je dapat makan sikit. Dah tu nak
mintak tambah makanya Ikan dah habes. Hahahaha.
Bahan-bahan
Bahan A (Blender semua)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Serai
Lada Hitam
Halba
Bahan B (Blender)
Lada Kering + Air
Bahan Lain
Minyak
Air Asam Jawa
Daun Kesum
Ikan Patin
Bendi
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Cara
Membuatnya
Panaskan minyak and tumis Bahan A sampai la garing
and naik bau macam nak cari gaduh
Lepas tu masukkan lada kering blender tu. Tumis
sampai pecah minyak. Jangan lupa masukkan Daun Kesum as well then masukkan air.
Ok?
Bila air dah menggelegak masukkan air asam jawa
Masukkan Ikan Patin
Perasakan dengan gula, garam and serbuk perasa
Last sekali masukkan Bendi. Siap!
Saja letak lagi satu gambar baru annoying sikit hahahaha
Ada orang nak letak belacan, eh boooooooooooooleh.
Ada orang letak ginger torch. Amenda tu nama bahasa melayu OMG kenapa otak aku
tak boleh proses. Jap Google. Ooooo Bunga Kantan. Terpulang pada citarasa
masing-masing. Macam I cakap, masak ni nak sedap yang penting kena pandai
balance rasa manis+masin+masam tu InsyaAllah Ok. Sayur bendi kalau tak suka
bolehje nak letak terung or tomato. Ikut suka ekau. Kalau Eina Azman dia letak
Sos Tiram bila masak Asam Pedas. I tak boleh pulak imagine rasa dia macam mana.
Anyway I ada share video masak ni dekat Highlight Instagram. Yang tu korang
boleh click dekat sini. Instagram I tu public. Kot rasa taknak follow pon
takpe. Hehe. Pada yang terliur, I mintak maaf sebab I tak sengaja. Tapi wei,
imagine eh makan dengan Nasi panas-panas and renjis kicap sikit
perrrrrrrrrrrrrrrrrrrrggghhhhh! Okbye.
-eNd-
No comments:
Post a Comment