Wednesday, September 5, 2018

Sedapnya Korean BBQ!

Assalamualaikum..

Last week Kaklong, Intan and I makan dekat Koryo Won KLCC sebab I dah tingin sangat nak makan BBQ yang balut-balut salad tu. Tingin giler babi nak mampos. Sampai siang terbayang malam merindu gittew. Kitorang pergi hari Khamis waktu lunch. Sanggup la dari pagi tak makan apa sebab takot kenyang sangat. Hahaha. Nak tunggu sampai lunch hour sampai berbuih rasa kepala I ni. Plan asal nak makan Special Jumulung (BBQ Beef) je, tapi biasalah janji tinggal janji. Tetiba eh meja sebelah makan apeteeeeew? Ooooo Bibimbap. Macam sedap. OK orderlah. Lepas tu eh, takkan tak order Pajeon (Korean Pancake) so kena la order jugak ni. Khamis tu, Intan dengan Kaklong dah kekenyangan sampai tak boleh nak berkata-kata. Communication guna ekor mata je. Dah la Waiter kat situ kenal muka I so satu dish dia kasik 1 set kecik-kecik appetizer tu. Makanya 3 dish, tak semeja pulak kitorang punya appetizer kecik tu? Ha makan melingkup dekat situ. Puas hati aku dapat makan Kimchii 5 pinggan sorang muahahahaha. Dah tu pulak dia bagi Bibimbap double portion Ya Allah. Masa nak bangun tu, makanan dah sampai tengkok dah. Ni kalau terbelahak ni confirm muntah Kimchii memasing. Hahahahaha. Tu kejadian hari Khamis eh? Tetiba weekend dah I tingin balik nak makan. Hari Isnin ajak Kaklong makan, beliau taknak sebab Special Jumulung tu RM80.00 1 set dia kata nanti dia kerja pakai sependa je duit habes. Semalam I call dia, buat-buat nanges and cakap I tingin nak makan hari ni jugak jugak. Intan cakap OK tapi dengan syarat, dia nak bayar RM20.00 je, Kaklong pon. I cakap OK tapi kita order Jumulung je la. Air bawak dari office (Si lurus Intan pon siap bawak bekal air dari office HAHAHAHAHAHA). Macam biasa, sampai je dekat sana 'Eh, meja sebelah makan apeteeeeeeeeew, Oohhh Spicy Beef. OK la. Order'. I cakap OK tapi untuk tu share bayar 3 orang. Intan and Kaklong cakap SET. So apa lagi? Maaaaaaaaaaaaaakaaaaan!


Ni la wei, pujaan hati I. Sedap sangat sangat sangat. Korang memang kena cuba tau? Cara nak makan dia. Memula ambik daun salad belah dua. Kalau tak belah nanti besar sangat. Letak daging,  sambal dia sikit, bawang putih, sesame oil and letak la appetizer yang kecik-kecik tu, balut and ngap. SEDAPNYAAAAA!!



Yang ni I letak Kimchii dengan bayam tu. Bawang putih raw tu memang kena letak tau? Jangan seram. Tu yang buat sedap. Bawang putih + sambal korea + sesame oil dia letak dalam 1 pinggan kecik untuk makan bersama BBQ Beef ni. 


Ni la rupa Special Jumulung. Set ni harga RM80.00 dapat salad, condiment yang kecik-kecik (nanti I tunjuk gambar). Good for 3 person. Nak kenyang makan dengan nasi. Nasi harga RM5.00 kira asing. Makan ni satu set dah cukup sepatutnya. Jangan tamak.


Kitorang request dorang masakkan sendiri kat kitchen. Kalau nak fe-feeling Korea, boleh la bakar sendiri dekat atas meja. Tapi nanti ada yang terlebih masak la. Susah. Set BBQ ni la paling murah. But sedap je. Yang lain I tak sampai hati nak order sebab mahal sangat. Hehe. Kalau la ada Saba Grill laaaaaaaaaaaaaaaaagi sedap!


Sedapnya Kimchii. Tapi kata Kaklong yang dekat Korea lagi sedap. Abes dah tu nak kena pergi Korea balik ke acane? Ko nak ke naik kapalterbang 6 jam? Hahahaha.


Ni la appetizer kecik-kecik yang dapat sekali dengan Set kita ambik. Ko tengok punya banyak. Waiter Nepal tu memang baik dengan I. Datang semalam dia off pulak. So dapat 1 set je. Appetizer ni setiap hari akan jadik lain-lain but Kimchii tu each time memang ada. Tu sebelah salad nampak macam Sambal Tempoyak je aku tengok hahahaha.


Semalam ni je kitorang dapat. Tapi Kimchii topap 3 kali hiks Menda ni saja makan dengan nasi sedap. Nasi Korea lebih kurang Japanese rice jugak. Dia macam sticky sikit.


Hari Khamis kitorang order Prawn Pajeon. RM35.00 harga beliau. Kaklong suka yang Kimchii tapi sebab I bayar lebih, so I la decide nak makan jenis apa. HAHAHAHAHA.


Bibimbap ni harga dia RM30.00 but yang dekat Koryo Won ni macam tasteless pulak I rasa. Makan dengan sambal air mata baru la layan baru hidangan nusantara. Senang je nak buat Bibimbap ni sebearnya. Nasi + Sambal Korea + Sayur-sayur appetizer tadi + salad + seaweed dengan sesame oil + raw yellow egg. Campur semua lepas tu ngap.


Ni semalam kitorang try. Sedap! Nama dia Yuk Gae Jang. RM35.00
Actually ni spicy beef + suhun tu je. Nama makanan Korea ni banyak jang jang. Dah macam kejang penyakit sawan pulak hahahaha.


Impian dua orang ni nak makan nasi dalam bekas macam dekat depan tu + kimchii + chopstick stainless steel akhirnya tercapai. Banyak sangat tengok cerita Korea jadik la macam ni.


Tengok I punya focus

Kata Kaklong dia tak paham dengan I. Cerita tingin nak makan semalam macam dah 3-4 bulan tak makan. Padahal baru 5 hari. Kot dah lama tak makan tau lah dia level tingin tu macam mana. Ni tak sampai seminggu dah menggelupur. Hahaha. Shadapyu Kaklong! Lepas dapat makan BBQ balut salad semalam baru la I happy. Semalam kitorang makan lincheeeeeeeeeeeeen nko. Total bill RM146.15 je. Bagi I harga dia affordable la. Korang kalau tingin nak makan Korea, start la dengan BBQ Jumulung ni OK? Tak semua Korean Restaurant ada. Yang Ayam Cheese tu I tak berapa berkenan sangat. Dulu kat Ave K ada Korean Restaurant now dah takde pulak. Cumanya sekarang I tingin pulak nak makan BBQ Fish balut salad. Mana la nak carik dekat KL ni. I pon tak paham kenapa Koryo Won ni takde Saba. Tingat dulu makan masa dekat Korea Ya Allah sedapnya... I dah berangan ni, nanti rumah siap salad ni semua I nak tanam je. Lepas tu kita buat BBQ dekat luar, pastu amek salad bungkus makan ala-ala makan kat garden. Chewaaaaah!! Nanti I nak masak sendiri Japanese and Korean foods dekat rumah. Main masak-masak. Bestnya!

Koryo Won KLCC
Unit 418/418, 4tf Floor
Suria KLCC, Jalan Ampang
50088 KL
03-21712189

-eNd-

2 comments:

Ann said...

aduhhh..telan2 air liur tgknye..blk KL, xsempat lg terjah ni. keteringan meninggi ha

linda der weise said...

ni lps mkn ,kak su lari brpe pusingan utk remove lelamak tu ? huhu penuh meja tu