Assalamualaikum..
Kerana tergila-gilakan Doughnut Peach ni la I hilangkan iPad Shein masa dekat Isetan KLCC Sabtu malam lepas. Time tu I nak beli buah ni 2 pack. Dok sebok nak transfer barang dalam plastik, I letak iPad yang I kepit dekat ketiak atas counter lepas tu tertinggal sekejaaaaaaaaaaaaaaap je sebab time tu I nak beli Chicken Floss Bread dekat Bakery depan Counter tu, datang balik dah gone. I dah buat Police Report sebab nak tengok CCTV and bebetul nak pencuri tu get busted. Now takde time lagi nak check, but will check soon. CCTV tu bebetul atas Counter. Ya Allah bestnyalah kalau dapat tangkap pencuri. Nilai iPad tu dah jatuh number dua tapi pencuri tu yang I geramkan sangat. Nowadays, pencuri ni kekadang kita tak sangka-sangka tau? Macam kawan I last week handphone hilang dekat Pos Laju time nak postage barang. Check CCTV yang curiknya Makcik Tua kerja Cleaner. Dapat alamat semua, tuntut balik handphone tu. Dia pon boleh explain cakap 'Kalau Makcik tak ambik, orang lain akan ambik jugak'. T_____T You see? Dah tetua pon nak mencurik. Tu yang mencuri handphone. Yang makan rasuah, makan tepi, makan duit negara semua apa kes? Aniaya ramai orang. Ko jawab la dekat akhirat. Eh, emos pulak aku fikir pasal kekayaan tak munasabah sesetangah individu dalam Malaysia ni. Asal ada kuasa je, keputusan buat ikut suka hati. Tak suka kick, sapa melawan kick, sapa yang ada potential kick. Tapi contoh dah ada depan mata. Menda-menda macam ni tak lama. Sampai masa, ko pulak akan jatuh kebawah. Tapi takpe, rezeki tu di tangan Allah.. Bak kata P Ramlee dalam Ahmad Albab 'Kekayaan, kebahagian terletak di tangan Allah, bukan ditangan Bapak'. Maksud tersiratnya pulak, Orang-orang yang suka buat keputusan macam dia sorang je berkuasa ni, percayalah.. one day dia akan jatuh sebab Allah lebih berkuasa. Ni padahal tadi citer pasal Doughnut Peach tapi dia punya kona sampai citer P Ramlee pon masuk. Hahaha.
My current obsession. Doughnut Peach. Ya Allah punya sedap. I memang suka giler. Rasa dia memang lain dengan Peach bulat tu but almost same dengan Japan White Peach. Tapi yang tu mahal and susah dapat. Macam Doughnut Peach ni murah sikit la. I suka beli dekat Isetan, RM13.90 untuk 5 bijik. Kalau dekat Cold Storage size dia besar and mahal sikit dalam RM20.00 macam tu
Nak sedap kena beli yang warna almost maroon and biar semua gelap. Tu maksudnya masak ranum. Yang ada banyak kaler putih dia lebih rangup. Yang macam dalam gambar ni is perfect one. I dalam kereta je melayan jem pernah abes 8 biji astaghfirullah.
If korang jumpa yang kaler putih tu, simpan untuk 2-3 days then only makan after that. Letak dalam peti ais lagilah peeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrgh sedap! I kalau dapat yang kaler merah maroon will makan right after. Rasa wangi manes la wei, sedap pakai baja sependa ke apeni? Hahaha. Sapa tengok IG story I korang tau la kan macam mana I makan. Dapat yang juicy tu, sampai meleleh-leleh juice dia punyalah sedap. Kalau dekat Mekah, katanya harga lebih murah. Maybe la kat sana imported fruits murah kan? Since I makan buah ni, memang tak putus stock. Everyday I beli dekat KLCC. Kadang-kadang berenti sekejap for this fruits je tapi now dekat Isetan dah takde dah. Korang borong semua ke apa yang sampai habes ni? Ni yang malas dah nak share kalau ada makanan sedap nanti korang semua diam-diam borong 4 baris tak tinggal dekat I eh? Kang balik nak singgah Cold Storage to check. Kot ada ke.... Kalau takde, nanges la I. Huwaaaaaaa tingin sangat dah rasa. Okbye.
-eNd-
4 comments:
Haha.. tu la kak su cerita sedap2 semua orang dah borong habis semua kat klcc. haha
Wah sedapnye..nampak gebu je isi.
huaaa pehal la memula baca igtkan mmg betul2 donut perisa peach. masa tgk ig sue suap2 si intan makan, nmpk mcm juicy2.. haku dah pelik. rerupa bebetul pnya buah, bkn cobaan! tsk tsk. sian qariah people. biasa makan buah jambu kaler pink peti tepi pagar tu je.. sob sob
kat kedai arab berkat madinah taman dagang haritu ada buah ni.
Post a Comment