Thursday, September 6, 2018

Shein Dah Masuk Sekolah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 4 hari Shein start Term 1(Year 1) dekat Sayfol International School, Jalan Ampang (I LOVE AMPANG) hahahaha. So far dia survive and progress dia makin lama makin bagus la. Nak cerita more and review lebih sangat pasal Sayfol ni I pon tak boleh nak komen lebih lagi sebab baru 4 hari kan? Kalau 4 tahun lain citer la. Hehe. Raaaaamai yang ternanti-nantikan entry ni sebab nak tau info pasal sekolah baru Shein, kenapa Shein masuk Sayfol, apa yang best pasal Sayfol, pasal Fee's, pasal Bag Shein pon ada hahahahaha. Lepas tu suruh I upload hari-hari Bento Shein sebab nak ambik idea masak untuk anak-anak lepas tu tanya kenapa kena bawak bekal pergi sekolah, kenapa Shein pakai bedak, kenapa seluar sekejap pendek sekejap panjang eh macam-macam la. Mana yang I teringat, I akan jawab OK. If not, korang can always DM I dekat IG, email etc. InsyaAllah I akan balas selepas I selesai misi menyelamatkan dunia everyday (part time Power Rangers). OK? Now semua orang kena sayang I lebih sebab rajin layan blog readers. Yang tanya pasal rumah, ID Rumah, pasal batu Suzuka and semua-semua tu, nanti la kalau ada roh rajin, I akan jawab. Tapi rasanya memang all the time malas nampaknya hahahaha. Rumah is not my forte. Lagi-lagi dalam tempoh construction ni bukan I paham sangat. Yang pakar is Sazli. I minat nanti bahagian nak beli Peti Ais dengan Kitchen Cabinet lepas tu bab makan je. Now tengah giler makan BBQ Korea. Selang sehari pergi Koryo Won ni. Parah dah. Hujung bulan pergi kerja pakai sependa ni jawabnya. Hehe.


First day Shein at School. Isnin 3 September haritu. Baru 4 hari jeeee pon. So far so good. Both Shein and Mama survive. I lebih berdisiplin and everyday looking forward nak buatkan Bento Shein. Happy sangat sangat sangat sangat!
Macam mana Shein boleh start dekat Sayfol sebenarnya sebab we wants new environment untuk Shein. Dia pon dah lama dekat BBI. Baaaanyak sangat dah BBI helps Shein. I pon sebenarnya terkejut masa trial class Shein last week, kata Ms Dave Shein doing really good. Boleh tulis ABC, recognize alphabet and number, can write his name, tau colors and communicate well. No Problem. Kira lulus la ujian. Ya Allah tak sangka Shein boleh buat. TQ to BBI especially Ms Ainur, Ms Shariffah and Mr David sebab banyak ajar Shein. I kan selalu underestimate Shein? Boleh ke Shein sekolah dekat sini, boleh ke dia coop? Boleh ke dia survive, macam mana dia nak makan? Kalau dia sakit perut or nak pee, boleh ke dia cakap dekat Cikgu dia? Boleh ke dia berkawan? Boleh ke dia adapt dengan suasana baru dekat sini and palingggggggggggggg I risau is, boleh ke Shein bangun pagi nak pergi sekolah? Hahahaha. CT selalu cakap kenapa I suka gelabah tak tentu hala and macam tak trust kepada Shein punya capability. Bukan I tak trust Shein, tapi macam yang I pernah cerita-cerita sebelum ni, Shein kan ada speech delay...? So I paling risau bab communication dia. Macam dekat BBI takde apa I nak risau sebab I tau situ macam mana. I tau Shein memang dijaga dekat sana and everybody loves him. Fikir Shein dekat BBI takde menda yang merisaukan I. Ibaratnya kalau Shein ni penyanyi, dekat Sayfol ni is mainstream world la. Betul-betul punya. Bukan dugaan dah. Hahahahaha. Now kan, Shein dah banyak sangat improve. Catch up very fast and bercakaaaaap je sampai kekadang tak larat layan, I tekop mulut dia suruh diam. Hehe.


Bag beli dekat Smiggle KLCC, This term dah start pakai kasut hitam. Uniform beli dekat Safyol la. Ada seluar panjang and seluar pendek. Untuk Kindy 1-Primary (Year 1-6) boleh pakai shorts. Dorang banyak fizikal punya activities so seluar pendek tak panas sangat. Dalam class ada aircond. Boleh pakai Sweater tapi all black. Socks pon beli dekat sekolah.

Malam sebelum Shein start Day 1 I tak dapat tido wei. Selang sejam I akan terjaga. Masa trial class, I bangun 5.00am but still kelam kabut. Lepas tu I tanya Dyba, abes nanti Shein sekolah nak kena bangun 3.30pm ke apeni? Hahahaha. Lepas tu Dyba cakap I kena sediakan SEMUA malam. Pagi tu cuma setelkan Bento dia and mandi lepas tu siapkan Shein. Eh, betullaaaaaaaaaaaa. Day 1 and 2 I bangun 5.00am and Day 3 and 4 I dah boleh bangun 5.30am so InsyaAllah I akan boleh buat punyer. Bagus jugak macam ni, menjadikan I lebih disiplin la. Kalau dulu masa Shein dekat BBI, Sazli yang siapkan Shein untuk pergi sekolah so I kekadang 6.45am baru bangun. Kekadang 7.00am HAHAHAHAH. Lepas tu selalu tak sempat makeup pergi kerja and akan make up dekat office. Now I feelin' fresh everyday sebab keluar rumah 6.45am, dapat hirup udara segar and jalan pon tak jem so takde la stressed. Tak sangka I memang boleh enjoy my journey like this and rasa happy sangat I boleh siapkan Shein pergi sekolah. Happy la kita chit-chat dalam kereta berdua sambil berpegangan tangan, so romantic Shein and Mama.


Day 1 - Breakfast Sandwich. Lunch Nasi + Chicken Fingers + Salad (tak nampak dalam gambar sebab letak bawah telur tu ada partition), telur dadar and fruits. Fruits tu Shein yang nak. Milo tu prop je. Shein tak minum pon. Dah biasa BBI ajar tak minum air kotak. Hehe. HABES!


Day 2 - Breakfast French Toast. Lunch Macaroni Bolognese + Scramble Eggs + Cheese + Fried Chicken + Salad + Fruits


Day 3- Breakfast Sosej Bread + Nasi Goreng + Boiled Eggs + Salad + Fruits + Bento Box baru hahahahaha


Day 4 - Breakfast Sandwich, Lunch Nasi + Gulai Ikan Tenggiri + Cherry Tomatoes + Mango (Shein yang request)

Ada yang tanya I, Shein makan habes ke semua tu? JAWAPAN : HABESSSSS. Semua sayur mayur pon habes. Dah biasa dia dekat BBI makan pokok dan tumbuh-tumbuhan so takde masalah. I will make sure every meals Shein akan ada Carb, Protein, Buah and Sayur. Sebelum ni memang 100% harap pada BBI untuk makan sayur (sebab dekat rumah dia refuse to eat vegetables) but Al-hamdulillah dekat Sekolah dia mau makan semua. Syukur sangat-sangat. Air pon sebotol habes. Air memang Shein minum air kosong je. Juice dia suka Orange Juice. Yang lain dia tak suka. Memang dari kecik air dia minum air kosong je sebab itu nature at BBI. Kids kena minum banyak air so Shein dah biasa macam tu. Takde masalah. I dengar ramai Mak-mak face problem anak taknak minum air kosong. Tips : Ajar minum air kosong dari kecik.


Sian dia ngantok. Hahaha. Tapi Shein OK. Now I make sure dia tido paling lewat at 10.00pm so dia akan bangun fresh pukul 6.00am sebab dapat 8 hours solid sleep time. Memula saspen jugak sebab Shein sejenis bangun tak pukul 9.00am taknak get up from bed. Ni nanti lama-lama dia akan jadi routine la bangun awal. So takde masalah.


Handsome sangat ni pakai seluar panjang. Hehe. First day bawak Lunch Box. Ni pon I beli dekat Smiggle. RM90.00 kot? Lupa dah. Senang takyah campur dengan bag buku. Masalahnya bekas sandwich hari ke-4 dah gone, pencil color dah 2 kotak (setakat hari kedua), pensil dah 5 batang. Sheeeeeeinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!


Tengok Abah dia kalau pakaikan Shein bedak memang capok-capok. Jatuh la reputasi anak jantan I. Please? Hahahaha.

OK. A bit pasal Sayfol. I pilih Sayfol ada banyak sebab. Paling penting sebab dia dekat dengan Ampang. So tak jauh sangat dari rumah. Actually ISKL dengan Mutiara Grammar School lagi dekat. Dekat depan Petronas rumah I je tapi ISKL Fee's dia Annually dekat RM100k kot? Rasa macam lawak pulak sebegitu mahal yuran beliau and MGS pulak sebab yuran dia lagi mahal dari Sayfol. Hahahaha. International School ni, every year (Year 1-11 sampai la Secondary) akan naik naik naik higher to the sky. Takkan la I nak tukarkan Shein sekolah setiap tahun kan? So kita ambik la Sayfol sebab itu yang kita mampu setakat ni. Sini pon I suka sebab bebudak lebih berdikari. Kindy 1 sampai Year 2 Compulsory bawak bekal dari rumah sebab dorang tak makan dekat Kentin. Cikgu akan awasi dorang. Untuk year 3 baru la gengster beli makanan sendiri beratur pakai kupon (tapi ayam seketul RM6.00, set nasi ayam RM12.00 huwaaaaaaaa). Biar la Shein berdikari. Nak makan, beratur. Takde nak serve-serve. Ada banyak International School area KL. Fairview, Stella Marris, Alice Smith, Eaton House, Taylor. Fee's lebih kurang je but dalam banyak-banyak ni, bagi I Sayfol takde la lavish sangat. Sekolah dia pon takde la macam hotel house. Swimming pool still under progress. Macam Taylor, Fairview, ISKL, Alice Smith nampak benau sekolah anak orang kaya. Macam Sayfol bagi I dia ada la nampak ada traditional dia, not too lavish. Kata Sazli macam Gurukul sebab ada locong ketuk tu. Paham ke tak I cakap ni?

Masuk sekolah 7.20am and keluar 2.20pm. Kalau MGS masuk pukul 8.00am NOT FAIR hahahahahaha. Jumaat keluar 12.20pm lagi awal. Untuk Kindy 1 sampai Year 2 kena hantar and ambik dekat classroom. Pagi break 9.00am sampai 9.30am sempat main bola ye? Lunch 12.30pm.  Sini 20% local Malay Malaysian, 20% other race Malaysian and lagi 60% from other country macam Korea, Jepun, Middle East and Mat Saleh la. Eh, nak muntah pulak I cerita. Dah la eh? Nanti I sambung balik. Yang tanya pasal yuran, tengok la sendiri dekat sini. OK? Untuk yang baru register a bit cirit la nak bayar sebab Application + Registration + Deposit + 1 term semua dalam RM15k++ but lepas tu bayar term dah lega sikit dalam RM4,980.00. Ada 3 term (1 term 4 bulan). Nak discount bayar untuk setahun terus. Okbye.

-eNd-

No comments: