Saturday, October 6, 2018

Ada Apa Dengan Suraya Seafood

Assalamualaikum..

Semalam tingin sangat nak makan Sup Ekor dekat Suraya Seafood. Semangat la keluar awal masa lunch menuju ke Kampung Baru. Sekali Suraya Seafood yang dekat depan sikit dari Pintu Gerbang tu rupanya start bukak 5.00pm. Masih tidak berputus asa, so I pon try la pergi Suraya Nasi Kukus tu mana tau ada kan? Bila nak order, rupanya masakan panas start 5.00pm jugak huwaaaaaaa. So makan je la apa yang ada. Actually banyak je makanan. Ada Laksa, Laksam, Songtam, Mee Celup, Nasi Kukus, Ayam Percik semua Tok Nenek ada tapi I nak Sup Ekor jugak-jugak. Kecewa la jugak, tapi bila dapat makan Mee Celup tu hilang la sikit kekecewaan. I ni kalau order time lapar memang bahaya sebab semuaaaa menda nak order. Macam semalam I order Mee Celup, Songtam, Ayam Percik and Air Mango. Makan sorang ye semua-semua tu? Tu pon ada hati nak order Laksam pulak. Mana nak sumbat entah. Yang Si Nik dengan Simaa terkulat-kulat je mata tengok I order macam-macam. Kata dorang, I ada Saka. I pulak mintak Songtam yang extra pedas + masam. Memang Nik tak boleh nak makan. Lepas rasa sesudu terus ambik tissue nak lap lidah. Naseb tak jilat meja. Macam Shein kalau pedas, habes meja dia jilat. Tapi tu dulu la masa dia kecik 3-4 tahun. Sekarang dah pandai dah. ‘Mama waaaaaaaater!’ Main order je. Shein ni memang kan? Semenjak pandai tengok cerita seram macam Conjuring dengan Sazli, dia memang macam penakut sikit. Ambik air dekat dapur pon nak berteman. Haritu dia bangun and cakap ‘Mama come here’. I pon ikut la dia sampai ke dapur, ingatkan menda. Rupanyaaaaaaaaa ‘Mama take water. Pleaseeeeeee’. Padahal dia dekat depan Peti Ais kot? Bengang je I. Sazli dah gelakkan. Eh, pusing-pusing cerita pasal Shein pulak. Tadi padahal nak citer pasal makan kat Suraya. I nak suggest Suraya Seafood buat Special Card la. Contoh : Sapa nama Suraya dapat makan FREE. Eh, melampau pulak. OK OK. Sapa nama Suraya dapat discount 20% haaaaaaaaaaaa. 


Ayam Percik ni sedap la wei. I taktau berapa RM harga dia. I bayar semua sekali tadi kena RM65.00 macam tu. Air mango 2, air teh ais 1, Songtam 1, Pulut Mangga 2, Mee Celop 2 and Kerabu Maggie 1. Kira murah la kan?



Air mangga harini sedap pada tekak I. Biasa manis giler. Manis tak beria macam ni takde la rasa bersalah sangat I nak minum.


Songtam extra pedas, extra masam.


Maggie Celop. Maggie ada 2 jenis. Maggie Ayam and Maggie Siam. I ambik yang Maggie Siam sebab I suka rasa masam-masam.



Tachiu Simaa and Nik. Nik ni kalau amek gambar tak pernahnya nak buat muka elok tau? Lempang baru tau.

Wawa eksyen. Orang ajak makan taknak. Dia cakap nak pergi Gym sebab dah naik 2kg. Dia ingat dengan dia pergi gym sejam, boleh kurus 2kg terus ke? Lepas tu tapau pulak Kerabu Maggie, pui! Hahahahaha. Anyway, kepada sesiapa yang teringin nak makan Thailand punya makanan, korang boleh la datang Suraya Seafood ni. Kalau malam agak pack and kalau siang panas meleting. Parking pon boleh tahan hazab. Jenis tak sabar, I rasa tak payah makan dekat sini lah nanti habes semua meja kena terbalik. Macam semalam I sampai awal dalam 12.00pm macam tu so takde la ramai orang sangat but towards nak siap makan, orang dah beratur je tepi meja tunggu meja kosong. Stressed aku nak makan. Cepat-cepat ajak Nik and Simaa blah. Tapi sebelum tu sempat lagi tapau keropok dengan goreng pisang OMG  banyak giler makan. Kata Nik, ‘Kak, stop makan Kak. Banyak sangat dah tu’. I pon rasa perut I dah kembung dekat dada tu hahahaha. Masuk kereta bukak bengkong terus sendawa. Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

-eNd-

5 comments:

shahril said...

Assalamualaikum
dah lama baca pasal suraya seafood ni
semalam ajak mak n adik saya try
(takde gf nak ajak kali ni) haha
bagus review
semua betul
n sedap
satu je yang tak best
awek jaga booth pulut mangga cantik sangat
duk nak order jadi gagap dah aku depan booth tu 😅
plz letak mak cik2 jaga booth ye 🙈

Chooyaya! said...

Shahril Mohd
Hi shahril. takde gf lagi ke?
Intan kawan I pon takde BF
Macam kebetulan pulak. Hehe.

shahril said...

ye ke?PM tepi nanti
perghh siti nurhaliza reply comment
jap screen shot nak bangga dgn akak opis saya 😄

Chooyaya! said...

Shahril Mohd : Email kaksu nowwwwwwwwwwwwwwwww

Admin COD Chef said...

Air mangga tuh memang win ;).. terliur kita...

Anyways thanks share tempat2 makan menarik di KB. Sekarang ini dah ada food delivery lebih mudah dapat masakan panas kan -- hujung jari jer ;) Menu & harga semasa makanan seafood ada disini COD Chef.

Thanks!