Wednesday, October 10, 2018

Bento Shein Laaaaaaaaaaaaaagi

Assalamualaikum..

Tak sangka Shein punya Bento bangang-bangang macam ni ada jugak peminat hahahahaha. I masak simple giler wei. Shein ni kalau tanya dia nak makan apa jawapan dia sama je la. 'I want to eat Rice, Egg and Shiken Mama. No Vegtebel' Banyak la ko no vegetable. Jangan nak mengada. I selalu pesan dekat Ms Alison and Ms Dave 'Please help me to makesure Shein finish his vegetable pleaseeeeeeee'. So dia akan makan abes. Kata Mak Tok kekadang tak abes jugak la. Usually tak abes tu bila ada Outing. Kalau makan kat sekolah biasa abes la. Ada soalan dari IG, sampai bila kena masak dekat Shein? Jawapan : Sampai la dia masuk Year 3. Time tu dia kena beratur beli makanan dekat cafe kah kah kah. Taktau la macam mana tu nanti. Adoiyai. So tahun ni sampai tahun depan I kena la masak untuk Shein HARI HARI. Hahahaha. I pon takde idea dah nak masak apa untuk Shein. Gitu je la rupa dia hari-hari pon. Macam Shein, I tau dia suka Kuah Lemak, Lemak Kuning, Gulai. Dia akan selera makan so I akan buat tu je la pusing-pusing. Nak masakkan Pasta, Lasagna semua tu I takot dia tak kenyang sebab Shein ni orangnya pemakan nasik. Breakfast pon I selalu bagi sandwich je sebab kata CT, tak yah beria mee goreng bagai sebab dia makan pagi sekejap je. Makan sekejap sebab sebok nak main so buat sandwich sudah. Sapu je dengan Butter and Nutella, dah. Kekadang I tetiba hilang ingatan lupa nak beli roti, zaaaaaappp Gardenia Coklat 2. Setel. Shein balik pesan, 'I want 3 Mama'. HAHAHAHAHA. OK OK. Lupa anak Mama kuat makan. Air letak dalam tumbler memang tak pernah tak abes, habes everyday. Shein dari kecik memang minumnya air kosong. Air lain dia cakap sour. Sekarang dah pandai nak mintak bekas makanan ikut suka hati dia. Kekadang dah elok I letak dalam bekas Purple, eh nak yang Green. Eeeeee geram je aku dah la kelam kabut pagi-pagi. Satu hal nak salin bekas. Sebab tu kalau I tengah packing, malas kalau dia ada. Dia pulak sebok ajar kita mana nak letak. Amboi dia tu. Macamkan dia yang pandai. Kalau pandai sangat haaaa masak sendiri.


Ni Masak Lemak Kuning Telur. Senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih lepas tu masukkan santan kotak, air, serbuk kunyit, garam. Setel.  Sayur Carrot and Broccoli I rebus je. Dah tu renjis flavored black pepper yang Ajinomoto tu. Gorengkan Drummet Ayam. Buah mangga. Setel.



Last week buat Nasi Lemak. Sambal Telur tu I guna Bolognese Sauce. Tumis bawang merah, bawang putih,  masukkan bolognese sauce, chili sauce, gula and garam. Siap! Nasi lemak I letak santan and garam sikit. Goreng drummet ayam and sayur broccoli dengan carrots. Ha lantakkan ko Shein makan la dua jenis sayur tu sampai 18 tahun hahahaha.


Drummet dengan sayur tu dah macam konti dah. Yang ubahnya lauk je kah kah kah. Telur Masak Lemak Putih. Selera la anak I makan. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis. Masukkan dalam santan and perasakan dengan garam. Masukkan Telur Rebus. Sambil goyang tetek pon boleh masak ni. Senang.


Ayam Masak Kicap. I tumis bawang merah, bawang putih, lepas tu masukkan sos tiram and kicap manis. Masukkan ayam. Perasakan dengan garam and gula sikit. Siap! Harini carrots tu I rebus dulu lepas tu panaskan butter, masukkan carrot and telur. Siap lauk aku. Broccoli and tomato cherry letak dalam masak kicap. Maka Shein pon gembira.


Jumaat is Nasi Goreng Bodoh day. Resepi dah lapan juta kali kasik. Milo Kotak is a prop. Hihi.

Esok I nak buat Gulai Ikan Tenggiri. Memula macam nak letak kentang, tapi tak jadik la. Bukan Shein nak makan pon. Sayur I tak tau la wei nak bagi Shein makan apa. Tengok carrots dengan broccoli je dia makan. Nak beli mushroom takot dia taknak. Sayur memang susah nak nampak dia makan depan mata I kecuali dekat sekolah. Kacang buncis dia makan ke? Tadi I try beli Bendi. Nak try tumis esok dengan ikan bilis and teloq, tengok dia makan tak. Amboi sedap lauk Shein esok. Gulai Ikan Tenggiri + Sayur Bendi campur Ikan Bilis and Telur. Dapat makan dengan Sambal Belacan, perrrrrrrrrghhhhhhh!!

-eNd-

2 comments:

Zawiah salwana said...

Kalau ikan tu shein pandai asing tulang tak kaksu?

Chooyaya! said...

Zawiah Salwana : Kalau macam Tenggiri tu pandai je. Takde bagi dia ikan macam kembong tu. Takot dia tercekik tulang pulak.