Wednesday, October 17, 2018

Bento Shein Laaaaaaaaaaaaaagi (^-^)

Assalamualaikum..

Hi disana, seminggu sekali I update pasal Bento Shein. Boring ke tak? Kalau boring pon I terpaksa letak jugak sebab I nak bagi penghargaan pada diri I yang nampaknya sangat bersungguh demi memastikan anak I sihat dan tembam serta kenyang disekolah. I gigih je letak buah semua macamkan Shein berminat nak makan tapi takpe, I assume dia makan je la. Sebenarnya kekadang dia makan, kekadang tak. Tapi kalau letak Mangga confirm abes. Menu Shein usually yang sama je I pusing-pusing sebab taktau lah woi nak fikir nak masak apa seteressssssssssssssssssss. Tu ari beria gigih I buat Nasi Lemak siap sambal Telur Bolognese Shein makan sikit je. Yang dia makan banyak apa? Masak Lemak, Gulai, Sup. So I pusing-pusing akan masak tu je la. Eggs and cikin everyday ada. Tulur 2 biji haaaa baru balance. (Lawak orang dewasa). Sayur tu dia akan jadik kalau minggu tu Broccoli maka dia akan makan la broccoli sampai jumaat. Konsep dia selagi tak habes, kita akan guna sampai abes bagi mengelakkan pembaziran. Macam last week I beli Bendi, sampai kesudah tak abes-abes jugak sebab mana boleh beli 2 batang je kan? So terpaksa beli sepeket ada 14 kot? Ha makan la ko kat situ selagi tak abes. Ada orang tanya, Shein makan pulak eh Bendi? Eeeeeh mestilah makan. Makan la kalau Cikgu ada dekat depan, kalau tak haaaaaram. Dekat rumah kalo, sayur sebesar taik hidung pon takde der dia nak makan suruh kais letak tepi. But most of the time kata Maktok, dia makan abes la. Ada this one time I buatkan dia Ayam Masak Kicap, sikit je dia makan. Menyam. Nanti esok ada Ikan Tenggiri ni I ingat nak buat sup je la sebab beliau suka sup. Bawang Goreng yang I beli dengan budak office I tu ada lagi so ngam! Esok Shein makan Sup Ikan Tenggiri lah. Ada yang tanya, Shein pandai ke makan Ikan asing tulang? Jawapan : Dia memang pandai asing tulang and apapa menda involve foods, semua dia macam expert 1 anak tangga from his peer hahahahah. Sebijik perangai Mama suka makan. Now balik sekolah kekadang pukul 4.00pm Mak tok dah siap. Blakang 8.30pm ‘Mama I want to eat rice’ T____T Haritu timbang dah almost 27kg kussss semangat. Mintak dukung memang tak dapat la.



Yang ni Ikan Tenggiri sekelar kecik buat Gulai, sekelar lagi goreng je. Lepas tu Bendi I tumis dengan bebawang and ikan bilis and pecahkan telur. Buah Green Apple. Setel.



Kuah Gulai I frozenkan sikit lepas tu rebus telur maka jadiklah Gulai Telur pulak hahahaha. Goreng Drummet Ayam 2 ketul, sayur sama macam semalam and buah orange.


Ni menu semalam. I terbabas tido sampai 5.30am. Jaga-jaga tengok dekat handphone dah 5.30am terpelanting henpon I sebab I terkejut. So menu terkejut is Sup Teloq, Drummet Ayam Goreng and Broccoli tu I rebus je and renjis seasoning blackpepper. Buah Orange + Radish. Balik semalam tengok Radish tak bersentuh. Shein, makan la. Mahal tawwwww Mama beli. Grrrrrr.


Pagi tadi buat Kurma Telur lepas tu Bendi tumis dengan bebawang and ikan bilis. Drummet Ayam 2 ketul and Banana. Kita tengok balik nanti adakah Pishang tu akan dimakan habes atau akan jadik pishang jugak.




Friday biasa I buat Nasi Goreng ponnnn campur Bendi. Selagi tak habes. Hahahahaha. Friday simple menu sebab jarak Breakfast ke Lunch dekat sangat so if bagi bekal beria tak abes pon.



I akan terus mengekalkan momentum masak ni sampai la August 2020 (Last term Year 2) so kita tengok selama mana Mama beliau akan berjaya mengekalkan momentum ini. Nak tunggu lagi 2 tahun mau kering otak I fikir nak masak apa Ya Alllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Actually nak masak tu macam-macam boleh masak tapi mau ke Shein ni? Haritu I fe-feeling Shein anak I Mat Saleh beria aku buat Macaroni Goreng tapi yang makannya ada la 2-3 suap. E! Geram je. Ada yang suggest I buat Bento yang comel-comel macam Orang Korea/Jepun tu.Tingin nak tengok katanya. OK, InsyaAllah takde masalah tapi I bangun pukul 2.00am la. Haaaaaa. Sampai hati tak?

-eNd-

No comments: