Assalamualaikum..
Macam tak boleh lagi nak get over kesedapan makan dekat Yaseem semalam. Nasi Kandar woo hoooo!! I rasa lagi sedap dari yang dekat Pelita. Tapi Pelita KL la. Bukan Pelita Penang. Yang Pelita Penang tu kwahajaq punya sedap, memang tak dapat la nak lawan. Dari Isnin Kaklong cakap pasal Telur Sotong dekat sana sedap. Bak kata Pakcik Cina yang bawak Uber tu, 'air liur dah berpusing-pusing dalam mulut'. Hahahahaha. I know some of you yang read this tak suka makan Mamak Nasi Kandar like this tapi kena la cuba dulu. Kasik variety sikit makanan yang kita nak cuba and nak makan. Actually satu masa dulu I pon tak suka jugak tapi once dah try macam jatuh cinta pulak. I ni semua boleh makan. Japanese, Korean, Western, Pakistani, Mamak. Chinese, Italian, Melayu semuaaaa I bedal. Tempoyak, petai also I makan. Ikan Sungai, Ikan Laut semua ON (kecuali Talapia yang tu cannot sebab phobia). Telur + Kicap pon selera. Takde hal. Senang nak jaga I, untung Sazli. Hahahaha. But dulu masa pergi Europe, 3 hari makan spaghetti I dah nak nanges dah sebab kat sana Spaghetti dia tak sedap macam dekat Malaysia. Yang tu lain cerita lah but semalam I rasa happy sangat dapat makan Yaseem sebab lepas ni nak makan Nasi Kandar sedap, KL pon ada woo hoo!!! Seronok sangat ni. Hahaha. Actually kitorang nak makan dekat Kudu bin Abdul tu tapi queue panjang giler. Kalau tak boleh minum air 3 layered tu, but takpe there's always next time kan? Yang kelakarnya masa on the way nak balik dari Yaseem ke Office Wisma F kan kitorang kena lalu kaki lima dekat Jalan TAR tu lepas tu Kaklong cakap 'Tak sangka sekarang kita jalan kaki berpeleseran dekat Jalan TAR ni' HAHAHAHAHA. Lepas tu ada yang reply dekat DM Instagram I 'Kaksu, siannya, dulu lepak KLCC, sekarang Jalan TAR'. Eh, shadapyu! Hahahahaha. Sini best apa? Ada Nasik Kandar haaaaaaaa (pujuk hati).
Nasi Separuh, Kuah campur takmau banjir, Telur Sotong + Ikan Bawal + Bendi. Kena RM19.00 pundek mahal! Hahaha. Kata Kaklong sebab Ikan Bawal tu mahal.
Telur Sotong ni wei, memang killer. Ada dua jenis. Yang putih and hitam. Both pon sedap. Ya Allah sedapnyaaaa Telur Sotong ni why????
Sotong pon nampak sedap. Next time makan sotong pulak or Ayam Madu, or Kari Ayam. Perrrghhh.. Selalu I kalau nak makan Nasi Kandar, dekat rumah nak makan lain, dalam kereta lain, sampai kedai lain. Hahaha. Tak boleh nak decide.
Kaklong ambik Telur Sotong dengan Telur Rebus. Intan ambik Bawal dengan Telur Rebus. Eeee apeni makan Telur Rebus ongtue sangat tau? Yang Intan tak sabar-sabar nak order, belum turn dia dah cakap 'Nasi Separuh Kuah Banjir Haaaa Ane'. Padahal depan dia ada 2 orang lagi. Sabar Intan, Sabar.
Biasa makan dekat sini, memang tak pandang kiri kanan, takde pelawa orang sebelah nak rasa ke tak semua tu. Concentrate je. Duduk je meja zaaaaaaaaappp terus makan. Hahahaha. Siap makan, cium tangan. Bau kari sebatu.
Kelakar sangat masa nak jalan kaki ke Yaseem ni. Tau la Jalan Raja Laut tu bizai macam mana the road. Kitorang lintas jalan berpegangan tangan siap menjerit punya kuat. Ada Pakcik tu cakap, 'Suara dengar sampai sana' HAHAHAHA. Masa lintas jalan, siap skipping and catwalk lagi. Kata Intan jangan suka-suka sangat Kaksu nanti ketiak basah. Yerla wei, dah la Malaysia ni panas memang la ketibas. Kemain suka main-main dekat jalan. Terfikir balik, this is life kan? Jangan kau fikir 3 tahun makan KLCC tapi lepas tu tak boleh tukar menu ke Jalan TAR. OMG Jalan TAR can you imagine? I pon tak boleh nak imagine but takpelah, apapa pon dalam hidup ni memang ada changes and difficulties. Most important macam mana kita nak twist to positive way. Semua dalam kepala je. Fikir Positive yang lain akan ikut. Ye dak?
Ni building depan Wisma F. Boleh tahan la cantik. So berenti sekejap, ambik gambar. Haha.
Cantik apa??? Macam London je ni. Kan?
As for now, I masih terpisah dengan Intan, Izzah and Kaklong. Dyba and Me still dekat Menara F and katanya by Jan 2019 semua pindah ke Wisma F tapi taktau lah, tengok progress office baru macam takde sangat dia punya kemajuan. Kemajuan eh? English apa eh nak sebut kamajuan? Hahahahaa. I pon dah boleh terima hakikat dah sikit-sikit yang I kena park dekat Open Park RM5.00 sehari jalan berbatu-batu tu. Let say kena kejar Anjing I rasa I akan lari la. Dulu I protes takmau lari. Hahahaha. Masa jalan tu, I nampak ada Gelandangan bawah jambatan pakai baju buruk, macam tak mandi, kaki semua dah hitam buat I insaf. I ni sikit je susah pon dah complain. At least I ada duit, ada tempat nak makan walaupon ketiak basah. Untuk orang-orang susah, dorang tak de fikir pon makan sedap ke tak yang penting they have a food to survive. Bagus jugak sesekali kita memandang ke bawah, tengok orang yang lebih susah. At least kita ada tempat untuk bekerja, masih boleh makan. I accept dah the changes. I redha. Tapi kalau hujan, I taknak pakai payung. Biar basah. HAHAHAHAHA. Tu tak 100% redha lagi tu tapi dah ada kesedaran sikit-sikit kira OK laaaaaa.
Mohd Yaseem Nasi Kandar Restaurant
351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit,
50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Open 24 hrs
Handphone 03-2694 8927
-eNd-
3 comments:
i hate u k.su! *lapairliur
sama hate u kak sue
leleh air luir ni
ayam masak hitam dia sedap kak su
Post a Comment