Assalamualaikum..
Haritu Izzah, Intan and I pergi Berjaya Time Square. Kata Izzah dia nak cari baju untuk #intancelebration. Sini baju memang banyak weh, harga memang murah la tapi Intan pening sebab sini macam franchise pon ye. Kedai banyak tapi tengok semua macam sama je pesen. Dah tu takde size. Semua Free Size. Dah kalau debab macam mana? I rasa dekat sini macam dikriminasi terhadap orang debab hahahahaha. Izzah cakap yang ada size memang ada, tapi tak banyak sangat and yang ada size akan jadik mahal. Jahat kan? Kitorang ni la first time datang Time Square ni semenjak kerja dekat Menara F. Paling sedih, bila found out sini best banyak tempat makan, Izzah and Intan pon dah nak ke Wisma F pulak minggu depan. Sama tempat dengan Kaklong. So lepas ni layan makan Kudu la eh? Menyampah. Hahahahaha. I dengan Dyba and Ezy akan pindah kemudian dalam bulan 1 tahun depan. Tak guna la office cantik, suasana cantik kalau kawan-kawan rapat jauh. Haih, sedih pulak bila fikir. Tapi dalam pada sedih, makan tetap meriah. Hahahahahah. Semalam ramai DM dalam IG tanya Intan berenti kerja ke? Eh tak la. Intan tukar Department je tapi dah tak sama company la dengan I. Jumpa tetap akan jumpa macam biasa waktu lunch InsyaAllah..... Anyway back to cerita makan. Macam masa makan dekat Sopoong ni, Izzah yang suggest. Kitorang tak pernah makan tapi I cakap dekat Izzah, suruh dia Google apa makanan best dekat Time Square. Sini ada Krispy Kreme's jugak. Ayam Penyet pon ada! Makanan memang banyak lah. Masa kitorang makan dekat Sopoong ni terbongok-bongok taktau nak order apa. Sekali tengok meja sebelah makan siap macam ada Sizzling and cheese, sedap pulak. Masa bayar, request nak ambik gambar order meja sebelah so next time kalau nak makan dekat Sopoong ambik yang sama macam meja sebelah. Hahahaha.
Memang nampak maam typical instant noodle kan? Please eh. Sopoong punya lagi sedap. This one is Cheese Ramyeon. RM13.12, I makan ni. Cakap dekat Intan 'Takper kita makan share-share je la'. But bila sampai, I lupa daratan makan sampai abes. Yang Intan dok terintai-intai ramyeon I. Dia cakap Intan tunggu je Kaksu pelawa, tapi sampai kesudah takde. Kata tadi nak share. HAHAHAHA.
Izzah order Ramyeon. Dia cakap kenapa I punya nampak lebih sedap? Hahahaha. Yes it is. I punya lagi sedap! Yang ni set dengan Topokki RM17.83
Intan ambik Topokki. Dia banyak terpengaruh dengan IG Mukbanq tu. Apa orang makan dekat situ, yang tu la dia teringin. Yang ni Topokki with cheese. Kena extra RM2.17 nak letak cheese.
TERPALING SEDAP PUNYA BINGSU. This one is Mango Bingsu. Ada banyak jenis. Ada Green Tea, Strawberry, Red Bean and many more but memang sedap. Jarang I makan puas hati habes sampai ketitisan terakhir like this one. Harga RM22.56 but berbaloi la mahal kerana beliaua memang sedap.
So korang kalau datang Berjaya Time Square boleh la try Sopoong Korean Restaurant ni. Sini luas sangat and a bit susah nak carik. Restaurant located dekat LG. Tak jauh dari Foodcourt. Kalau makan dekat sini, jangan lupakan I OK. Jangan lupa order Bingsu jugak jugak jugak. WAJIB! Nanti next time datang sini, kitorang nak try yang Sizzling tu pulak... OKlah, tu je nak cerita. I ada 2 hari je lagi dengan Intan dekat Menara ni. Lepas tu Intan dengan Izzah dah ke Wisma F. Goodbye Izzah and Intan. Tunggu Kaksu, Dyba and Ezy eh? Nanti kita layan lunch dekat Globe. Okbye.
Sopoong Restaurant
LG71, Berjaya Time Square
No 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
03-21410224
-eNd-
No comments:
Post a Comment