Thursday, November 29, 2018

Villaku Residence 2018 - Part I

Assalamualaikum..

Sorry dah dua hari I tak update blog. Ada yang rindu I tak? Ke tak rindu pon sebenarnya. Ok tak payah jawab. Hehe. I, Shein and Sazli semua down with fever.. Dah la plan nak ke Villaku Residence dengan kawan-kawan Teknik Kulim Saz ni since forever, punyalah frust tetiba demam pulak. Shein a day before kitorang bertolak pon suhu naik sampai 40 macam tu and Saz bawak dia pergi jumpa Dr Adrian on Tuesday. Dr Adrian bagi permission untuk holiday tapi first day tak boleh mandi swimming pool lagi (tapi ko ghaser?) Hahahaha. But today, Al-hamdulillah he's getting better. I pon dah macam OK sikit ni, cuma tekak je la tak berapa sedap. Bagus jugak tekak tak sedap ni kalau tak possibility nak makan banyak memang sangat tinggi. Yerla, makan ramai-ramai ni memang best. Anyway, kalini kitorang ke Villaku Residence dengan John, PakLah, Cikgu Khairi and Apit semua with family. Pidaus memula nak join, tapi cancel pulak last minute sebab ada hal lain. Kitorang akan berada di sini  from Rabu - Jumaat and maybe akan continue lepak Kuantan pulak sampai la Sabtu. So Sabtu lah baru balik KL. Kalau jadik duduk Kuantan, I nak makan dekat Kula Cakes la. Dah lama tak makan Mango Cheesecake dekat sana. Anyway, I update ni live from Villaku la. Gambar dah ada banyak tapi I masukkan sikit-sikit la eh? Ni sebenarnya depa tengah buat sukaneka dekat luar, tapi anak I biasalah... Suka buat bebal. Memula OK, bila nak start game tetiba eh moody. Lepas tu daaaaah kitorang berdua je dalam Villa ni layan Tobot, why????? T____T Kata Shein 'I don't want go outside, it's very hot, Danger!' Sejak bila pulak taknak main panas kan? Kalau dekat Sekolah tu, time rehat bukan main lagi berminyak-minyak main bola tengah padang takpe pulak. Hahahahaha. Tadi last acara untuk Sukaneka is for Mak Pak pulak. Lari Ikat Kaki Couple. Macam biasalah I menang. Kata bebudak ni depa bagi chance je kitorang menang sebab takot I nanges kalau kalah. Hahahahaha. John cuba menipu dalam game tapi biasalah yang kuat ngelat ni susah nak menang hahahahaha. Oh, kalau korang perasan, this is my 3rd time here. Memula dulu pergi dengan Shariffah, lepas tu kawan-kawan Apartment on 2016 and latest dengan bebudak SMKT ni lah. Ni pon si Aliah dengan CT dah menyebut nak datang sini lagi, InsyaAllah sampai la kami ke sini lagi tahun depan. Kalau ada member card, kitorang dah layak dapat Platinum Card dah ni.



Kau masih cantik, seperti dulu..... Saat pertama ku jumpa denganmuuuuuuu. Tetiba nyanyi. Hahahaha. Takde apa yang berubah sangat except furniture dia ubah tempat and katil dia ada cadar baru. But still cantik tempat ni, sama macam dulu.  I datang first time debab, second time kurus, 3rd time debab balik. Hahahaha.



Dulu kecik je pokok ni. Now dah besar dah. Cuaca sini alhamdulillah OK. Malam tadi je hujan sekejap. Tu pon tak lebat... Kitorang boleh je bakar BBQ and lepak dekat luar malam tadi. 


I memang suka Villaku Residence ni. Pernah share a few times dalam blog. Harga kat sini satu malam depends on what time kita ambik. Kalau cuti sekolah dia akan jadi mahal sikit. Kalau dekat airbnb harga satu malam dalam RM2,500.00 ke RM3,500.00 for 1 night. Nak sewa, kena sewa one whole villa and bukan by rooms tau?


Sini memang best sebab bersih. The best Villa yang I pernah pergi. Ingat dulu Villa dekat Janda Baik, kolam pon tak boleh mandi. 


Kawasan tepi pantai pon bersih je... Kitorang buat sukaneka kat sini la.


Meh I nak introduce 'adik-beradik' Sazli. Dari Kiri : Cikgu Khairi, Sazli, John, Apit and Paklah. Depa semua dari SMKT Kulim Batch 1999. Junior I je semua ni. Kah kah kah. Syok la eh dapat reminiscing back memories masa sekolah? Punya syok nak jumpa sampai T-Shirt tempah khas untuk trip ni pon buat untuk depa ja. Untuk anak bini tak buat. Tak adil betul. Aku memang tak puas hati sampai sekarang John. Hang tunggu nanti aku ajar Cikgu Murni kasik melawan sikit. Hahahaha.


Ni Cikgu Ros, wife Paklah. First time jumpa dia dekat sini tapi best sebab dia kepala pon sewel jugak. I biasalah kan Princess, panas sikit komplen lepas tu Cikgu Ross cakap 'Tu la eh, pasai apa kita holiday dekat Malaysia ha? Patut pi oversea'. Dia punya borak... Hahahaha. Cikgu Ross ajar Math and PJ. Trip kitorang ni ada 3 orang Cikgu, punya sok tengok depa handle bebudak kecik.


Kitorang sampai semalam, cari bahan basah nak buat makan sepanjang berada disini. Yang kelakarnya, semalam lunch pukul 4.00pm hahahaha. Sotong ni kami beli dekat Pasar Nelayan Balok. Sotong ni besar nak mampos and sangaaaaat fresh wei! 2 ekor kitorang beli RM39.00 tapi puas hati giler la. Sebesar penampar kokodai.


Nadirah nampak Ikan Duri. Terus plan nak buat Gulai. Dia buat Gulai pulak punyalah sedap! Ikan Duri ni RM2.00 je. Isi punya manis. Ya Allah syukurnya dapat makan fresh seafood macam ni. Isi dia manis giler.


Kerja masak memasak memang senang sebab semua pon involve and take part. Cikgu Murni always the one yang akan clearkan sinki. I tak penat pon trip ni. Sebagai Ketua Chef, I bagi arahan je hahahahahaha. Nadirah pulak pandai masak and lincah dekat dapur. Cikgu Ross ambik kontrak tukang masak nasik. 


Ira and Cikgu Murni. Depa kerja kupas bawang. Cikgu Murni kupas petai dari mula kami masak, sampai kami siap masak lololol

Esok dah nak balik dah. Ni dah sehari la kami kat sini. Takde buat apa sangat. Most of the time kitorang lepak-lepak and mandi kolam je la. Lepas tu makaaaaaaaan. Semalam beli beras 5kg lepas tu tak sangka sekali masak dah nak abes beras maka beli lagi 5kg. I agak beras tu akan kekal menjadi beras sampai la balik KL hahahahahaha. Sesekali keluar dari KL macam ni best sebenarnya. Focus on holiday and set aside menda-menda lain. Ikutkan sekarang memang crucial time untuk New House tapi Saz pejam mata and away jugak 4 hari keluar dari KL. Nampak dia enjoy tu jumpa bebudak ni. Duluuuu time semua kerja dekat KL takde nak plan jumpa. Ni bila semua dah ke Utagha dah susah nak jumpa. Imagine Paklah, John tu mai dari Kedah/Penang sana turun Kuantan. Punya jauhhhhhhhh.   Apit kerja Tengganu tak jauh sangat nak mai sini. Tapi takper lah, struggle tu yang buat manis. Ye dak? Ni Cikgu Khairi pon dapat pindah Penang tahun depan. Mengajar dekat sana pulak. Semua dah balik ke tempat asal. Nanti InsyaAllah kalau jadi, bulan depan kami nak turun Penang pulak. Saz kata nak visit anak-anak Arwah Kash and Teacher depa. But still planning la. Taktau lagi jadi ke tak... Kalau takde aral, InsyaAllah sampai la kami kesana. OKLaaaaaaaaaaaah I nak terjun kolam ni. Nanti kalau rajin, esok I update lagi eh? Kalau rajin. Kalau malas, goodbye. Hahahaha.

-eNd-


1 comment:

Zawiah salwana said...

Kak su, cer tanya saz kenai dak cikgu mohd rusly ms kat smtk..tu pak mertua saya..namun dah kembali ke rahmatullah thn 2013.