Assalamualaikum..
Korang haritu cuti 3 hari buat apa? Mereput dekat rumah je ke? I most of the time spend dengan Shein je. Masa punya banyak terluang bersama-sama dengan Shein, homework tetap buat malam tadi hahahahah. Buat last minute baru la dramatic sikit. Syok dengar Shein cakap 'I don't want to friend you lah!'. Sazli busy with Rumah Shein. Dah macam pekerja kontrak dah I tengok. Berkilat muka dia. Saz buat finishing macam cat pagar yang dekat bawah tu sebab dorang tak cat habis and cuci-cuci lantai mana yang kotor-kotor. Nampak macam simple je sebut cat rumah kan? Tapi memang guna banyak tenaga la. Dah tu kena berjemur lagi... Ikut plan, habes bulan 2 ni pindah la kitorang tapi ni Kitchen pun masih kosong semua ni, acane? Sazli cakap slow-slow la nanti. Masuk barang sikit-sikit. Nak masuk semua sekaligus takot pergi kerja nanti kitorang pakai sependa roti kirai je hahahahah. Serious nak masuk rumah baru, memang kena spend a lotssssss of money. Ni kata la by Feb takde lagi Kitchen Cabinet memang I masak bersila je la pakai portable punya stove tu prepare bento Shein hahahaha. Lepas tu kalau tak cukup bajet nak buat langsir, pakai je selimut ikat dengan tali rafia hahahahah. Sedih kan? Cita-cita memang tinggi. I kalau kaya raya, mintak je Rizalman yang buatkan semua. Cakap dekat dia, I nak konsep Modern Minimalist tapi ada Resort Style punya touch. Masuk rumah, goyang tetek je. Kan best? Tapi nan ado dek non.... Konsep dia, apa yang mampu. Haritu pon beli lampu dekat Puchong pon dah gigil-gigil Saz nak bayar. Hahahaha. Eh seteresssssssss la cakap pasal rumah. Meh la I share lauk I masak masa Sabtu haritu. Saz memula ajak lunch dekat luar tapi I offer untuk masak. Lagipon dah lama rindu dendam nak makan sardine. So I masak Gulai Sardine, Telur Dadar and Sambal Limau Kasturi. Suruh Saz beli Lada Besar, dia cakap 'Mama, lada besar yang lada kecik warna merah tu kan?' Dah nama pon LADA BESAR macam mana boleh jadi Lada Kecik? So, I Google and send dekat dia gambar. Lepas tu pesan 'Limau Kasturi beli 10 bijik.' Kang cakap suruh ambik 'sikit' ada yang dia ambik 3 biji tu je kang. Hahahaha.
Gulai Sardine. Nak resepi ke? Tumbuk bawang merah, bawang putih and halia. Tumis. Lepas tu masukkan serbuk kari ikan and serbuk cili. Masukkan air. Masukkan sardine and santan. Lada Kecik and Tomato Cherry. Asam keping jangan lupa. Perasakan dengan garam and gula sikit. Siap! Ni version simple la. Kalau nak jamu orang, boleh la tumiskan dulu 4 serangkai dengan daun kari. Shein cakap sedap... Hehe.
Goreng bawang merah, bawang putih, lada merah and lada kecik. Tumbuk. Perahkan air limau kasturi and racik halus kulit limau tu. Jangan banyak sangat nanti pahit. Perasakan dengan garam dan gula. Memang membuka selera.
Ada readers DM dekat IG tanya macam mana Telur Dadar I nampak moist. I takde apapa tips except, I guna kuali dalam. Tu je. Pusing 2 kali je. Dalam tu I letak garam sahaja.
Kekadang lauk macam ni boleh buat makan bertambah.
Si Shein memang suka giler la makan gulai macam ni. Ahad dah gulai, Isnin nak lagi Kali (Curry). Cucu Pakistan macam ni la. Hari-hari makan Kari pon takpe. Dia memang suka. Sardine ni actually banyak menda boleh buat. Korang kalau beli, beli Sardine, jangan beli Tuna. Beza tau? Sardine dia kurus-kurus. Nak sedap, goreng dulu sardine tu. Tapi minyak dia merecik, memang keluar la babi sekandang dua. I only beli yang jenis Ayam Brand sahaja. Jenis lain ada I baca cakap ada ulat eeeeeee seramnya. Tapi makanan dalam tin ni kalau dikaji, memang tak makan la kot? Seram! Macam Sardine ni banyak menda boleh buat. Sambal, Masak Kicap, Gulai, Masak Ala Thai, Nasi Goreng and Kuah Laksa pon boleh jugak. Selamat Mencuba!
-eNd-
2 comments:
Sardin masak tempoyak pun sedap gile kay..
ni mmg fav adik beradik kita dari kecik ni.. mak hilang pedoman je tak tau nak masak apa, dia p kedai beli 2 tin besar sardin cap ayam. masak kari taruk ubi kentang byk2. Buat kuah byk2, malam kalau ikan abis, topup lg setin. makan dgn ikan masin tenggiri or buluss ayam. hoii buh wagyu dpn mata pun belum tentu boleh menang weii! sardine mmg mesti AYAM BRAND.. tak reti brand lain. ikan kecik2, hancur2, tak soookaa! sue,tazabarr nak kpochi dgn rumah baru shein. smoga Allah mudahkan naaa.. tingat dulu masa kita sakit,kita mc pjg.. sue add kita masuk dlm grup deko2..sue habaq, sue pun nak buat rumah baru.. sue berangan tu ini.. now dah almost siap pun..tahniah dear!!
Post a Comment