Wednesday, January 23, 2019

Review Maggie Tomyam Udang Galah, Cafe DRM3

Assalamualaikum..

Last week lepas je siap setel beli lampu untuk Rumah Shein dekat Puchong, Sazli ajak pergi Bengkel Riza.r124autoart dekat area Sri Manja untuk check Encik Ahmad punya bumper. Bengang je Sazli sebab 2 kali dah Encik Ahmad kena langgar entah dengan sapa-sapa sampai wrap tu ada terkoyak sikit and bumper punya clip tu patah. Yeeeee jer tu kena langgar.... Entah-entah Sazli sekarang sepesen dengan I jenis bumper semua redah je hahahaha. Before this Saz ada wrap Encik Ahmad guna warna putih mati tu. Ada la setahun kot? Warna dia pon nampak macam dah kotor sikit. Kata Owner Riza. r12autoart ni, kalau warna putih, memang cepat nampak kotor. If not, 3 tahun pon OK kalau kita wrap kereta ni. Nanti kalau dah ada budget (yang entah bila tu), Saz nak wrap Encik Ahmad warna lain pulak. Yang tu nanti, I akan share kemudian eh? Ni bukan macam wrap hadiah tu tau? Yang ni lain. Usually kereta kalau nak tukar warna, sembur lain kan? Yang ni tak.. Wrap je. Dah tu warna semua cantik-cantik. I dah berangan nanti, kereta baru (cecece) I nak warna merah ang-ang. Tak tahan dah ni. Kepada sesiapa yang berkenaan sila ambil perhatian hahahaha. Anyway sapa yang nak taktau apa dia service wrap kereta ni boleh check Instagram Riza.r124autoart dekat sini. Smart wooooo kalau wrap kereta. I dah meleleh-leleh dah ailio tengok depan mata kereta yang dorang tengah wrap. So, sementara I share nanti Encik Ahmad lepas kena wrap dengan warna ash grey mati tu... Kita layan dulu Maggie Tomyam Udang Galah yang I makan dekat Cafe DRM3 ni. Haritu masa I masukkan dalam Instastory ada yang bagitau I, cafe ni pernah viral dulu sebab ada Maggie Ketam. Yerker? I taktauuuuuu. Kata Sazli, dekat sini Chicken Chop dia murah. Sebab tu dia ajak datang. I memula nak order Maggie Ketam. Sekor sebesar penampar kokodai dia letak dalam mangkok maggie, sekali semangkok RM60.00 kot macam tu, so terus kensel. I ambik Maggie Tomyam Udang Galah Instead.


Maggie Tomyam Udang Galah - RM35.00



OK. Kasik close up sikit.

OK. Kalau korang tanya I, sedap ke Maggie Udang Galah ni? Jawapan I : Rasa macam Tomyam tapi yang ni dia guna Maggie Mee and ada Udang Galah. So kira macam subjective la, susah nak jawab sedap ke tak. Orang suka Udang and Tomyam sure akan cakap sedap but for me, personally I rasa biasa-biasa je. Biasa-biasa bukan tak sedap, tapi macam takde yang special about it except for dia letak Udang Galah jer la. Rasa Tomyam dia memang power sampai I rasa macam over power. Takde langsung rasa macam Maggie Tomyam segera (so kira bagus ke tak?) I tak hirup kuah sampai habes but the noodles and udang all gone. Kalaaaaaaaaaaaau untuk tekak I la, Udang Galah maybe lebih sedap dalam Mee Udang or buat Sambal Lada Kecik. Sebab tu I cakap, rasa ni subjective. Kalau tekak I, I tak berapa suka Butter Prawn so I akan cakap biasa-biasa je, padahal orang yang suka Butter Prawn akan cakap sedap nak mampos. So paham ke tak apa yang I cuba explain ni? kalau sesapa nak cuba, no harm trying. Harga RM35.00 ni I rasa OK la. Macam affordable lagi. Lagipon dalam tu ada cendawan semua. Cendawan kan mahal? Kalau nak puas hati, korang buat je sendiri maybe cost akan jadik lebih murah la kot? RM35.00 boleh letak udang 3-4 ekor kan? Ke tak? Hahahahahaha. So harap explanation ni takde yang jilat screen la. OK? Kalau I laaaaaa kan? If rasa tomyam tu dia tak berapa power, lepas tu pair dengan sambal kicap baru umpppphh. Tapi tebiat ke apa makan Tomyam dengan Sambal Kicap? Eh, suka hati la. Kan tadi ku bilang kalau?

Cafe DrM3
No. 13, Jalan Sri Manja 10
Taman Sri Manja
46000 Petaling Jaya
Selangor

-eNd-

No comments: