Thursday, January 24, 2019

Misi Mencari Lampu Rumah Shein

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 80% lampu dah setel dah untuk Rumah Shein. Yang tak beli lagi cuma lampu dekat Island and Dining Table je sebab taktau lagi konsep apa nak buat + entahkan Island tu akan ada ke tak pon I tak tau sebab uwet dah tak berapa nak ada hahahahaha. Nak Uweeeeet!! Kitorang beli dekat setempat je semua. Malas dah nak beli kat lain-lain tempat. Nampak semua dekat sini, kasik setel semua terus. I dengan Sazli memang jenis macam tu. Ada orang akan beli lain-lain tempat ikut desire design masing-masing. Tapi kitorang tak berapa nak rajin + dekat Houses Lighting Puchong ni MURAH dan ada macam-macam pilihan. MURAH is really murah eh? Tingat dulu I dengan Sazli pernah beli Lampu macam Kuali dekat IKEA almost RM500.00 hahahahahaha. Kalau kat sini, lampu RM500.00 dah level-level ruma Aliff Syukri dah. Sini lampu kepada segala Tok Nenek Lampu dan segala 7 keturunan dia semuaaaaaa ada. Dulu kalau tanya I pasal lampu, I tau lampu ceiling and lampu dinding je dengan spotlight. Sekarang dah eksyen lebih sebab ada extra knowledge pasal lampu. Ada Downlight, Eyeball Light,  Track Light, Step Light, Chandelier etc. Cecece. Dekat House Lighting ni pon pekerja dia ada ramai, kedai dia besar and very effisyen. Lagipon dorang akan advice kita apa yang kita perlu and will assist dari mula sampai habes. Dah siap pilih lampu, ada pulak tempat nak test lampu tu hidup ke tak and semua kerja bersistematik. I suggest, kalau korang nak beli lampu, datang kedai jual lampu. Jangan pergi kedai furniture sebab pilihan tak banyak. Sini satu floor wei, semua adaaaaaaaaaa + harga lampu dekat kedai lampu biasanya akan jadik lebih murah. Biasa kedai-kedai macam ni, harga jualan sama je macam dia jual pada Kontraktor. Dekat Puchong ni ada banyak kedai lampu but the one yang kitorang pergi ni nama dia Houses Lighting. Dah 3 kali dah ni bagitau ni. Eeeeee geram je dekat orang yang suka tanya kat mana banyak-banyak kali padahal info kita dah bagi panjang berjela. Ni kot ada yang komen 'Kaksuuuuu cantik-cantiknya lampu, kat mana ni?' Memang I terbalikkan je meja ni kang. Hahahaha.


Teka berapa harga lampu ni? Mesti korang teka mahal kan? RM70.00 sahaja you allssssssssssss.



Style kan lampu macam reban ayam ni? Kalau buat dapur konsep urban and hipster boleh la guna lampu reban ni. Selagi meja makan tak beli, jangan nak beli lampu-lampu macam ni takot nanti tak in dengan concept. I sesekali macam suka jugak lampu macam ni... Tengok nanti Island macam mana. Lepas tu baru boleh fikir lampu apa nak letak dekat atas.


Ni pon smart. Macam dekat Dentist je. Kah kah kah.


Smart kan Lampu Reban ni


RM189.00 sahaja. Imagine rumah jenis dinding batu-bata letak lampu macam ni. Perrrghhh smart!


Ni dalam internet I tengok harga dalam RM800++, but here less than RM200.00


Yang ni cantik. Tapi tak sesuai dengan konsep rumah I. Naseb kau baik Sazli.


Yang n kalau kata nak pergi mengail ikan, boleh guna sarung lampu ni. Paling sesuai nak tangkap ikan puyu. Hahahaha.


Ni pon cantik jugak ni. Sesuai untuk rumah modern concept.


Yang ni boleh letak dekat dining area, kerusi pulak sama jenis kayu tak cat macam ni. 


Kalau hari raya, pasang je lampu ni keliling rumah. Baru Meriah U'Olls... Hahahaha. Ya Allah banyak main sangat I ni kan? Dah la datang sini 2 jam pertama je excited lepas tu aku ngantuk, lapar, boring, nak balik. Bengkak je Sazli. I cakap pada Saz 'This is not my forte, memang la I menguap'. I mean, memang la I suka lampu tapi dah kalau 10.00am - 3.00pm kat sini mana la aku tak ngantok. Hahahaha.


Ni lampu apa ni? Haaaa ni track light. Kena tengok berapa watt jugak. Kang pengsan nak bayar bill. Macam I jenis selagi ada lampu kasik paaaaaaaaaaaasang semua.


Ni lampu yg melekat kat dinding tu. I suka jenis yang ni. Kata Sazli, ambik yang tak nampak menda tu macam lampu. Tetiba je ada cahaya. Dia cakap ambik yang ni. Kecik sikit.


But depa advice ambik yang ni, besar sikit sebab baru sesuai dengan dinding yang luas. Yang tukang advice kitorang tu pempuan, memang kitorang la memang.


Yang ni is lampu Downlight. Pasang dekat satu rumah. Kitorang ambik yang boleh tukar 3 jenis cahaya. Dim, sederhana and cerah kaler putih tu. Baaaaaagus boleh ada 3 mode ni sebab I suka lampu cerah putih senang nak sapu sampah nampak semua. Sazli suka yang malap-malap cozy. So lepas ni takyah gaduh la bab bulp. Semua orang gembira.


Eye Ball ni kitorang letak dekat Hall. Kot. Entah dah lupa. Hahahahaha.


Step Light. Lampu dekat tangga. Kata Sazli, letak lampu ni nanti kata la I nak turun dari bilik ke bawah, zaaaaapppp lampu tangga pasang. Dah tak takot.


Ada macam-macam design. Kitorang ambik yang petak segi tapi tak nampak macam design lampu. Malas nak Google. Hahahaha.

 Yang ni nama dia Track Light. Kita pasang dekat hall jugak. Lawa ni. 


Ni Modern Chandelier. Lawa kan?


Rumah I ala-ala macam ni la. Dah la high ceiling, macam mana tu kalau ada habuk nanti jenuhhh la nak cuci.


Kipas Alpha ni kitorang beli dekat sini. Design smart and angin laju. Let say hall luas, nak bagi sejuk satu rumah, pasang aircond, lepas tu amek mode reverse pusingan kipas ni, nanti dia akan circulate angin dari atas so sejuk la satu rumah. Jangan korang beli kipas yang ada lampu sekali. Cepat rosak. Harga RM500.00++ kot? Lupaaaaaa


Ni kedai Houses Lighting ni. Waze je. 


Sempat jumpa dengan Nadia. Opis Nad area sini la. Nadia ni sama dulu study dengan Saz. Architect sama Architect berbual, I menguap je la. Hahahaha.

Soooooo sekian lah sahaja perkongsian I tentang lampu Rumah Shein. I suggest, korang datang la sini and tengok, pilih sendiri. Korang akan dapat harga murah dekat Lazada, Shoppee semua tu tapi puas hati ke? Boleh tengok sendiri ke, boleh test ke? Kalau rosak macam mana? Nak replace pon lama. Kalau datang sendiri, boleh pegang and test semua sampai puas hati. Spend la energy and time sikit but berbaloi. Kalau masuk sini lepas 30 minutes terlentang atas lantai, kena sawan sampai mulut berbuih, itu atas tanggungjawab sendiri eh? Hahahaha. I tak suggest bawak bebudak kecik sebab barang-barang sini semua fragile. Takot pecah nanti susah banyak kerja nak kena setel. Lampu Chandelier pon banyak tapi entah kenapa I tak ambik gambar. Mangkali time tu I pon sikit lagi nak sawan. Hahahahahaha. Tak saaaabar nak tunggu lampu-lampu ni semua dipasang. Bestnyaaaaaa!!

Houses Lighting Sdn Bhd
29-31-33-35, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama,
 47100 Puchong, Selangor
Tel No : 03-5882 3790

Operation Hours : 
Tueday - Saturday (10.30am - 8.00pm),
Sunday (12.00pm - 5.00pm)
Monday Close

-eNd-

No comments: