Thursday, February 7, 2019

Resepi Bubur Campak or Bubur Biji Nangka

Assalamualaikum..

Ramai yang terpengaruh bila I buat Bubur Campak ni and share dekat dalam IG, padan mukeeeeer hahahah.  Haritu Kak Faez and Kak Jue dah buat jugak. Terliur kan? Sedap giler wei Bubur Campak ni. I memang dah lama teringin. Haritu balik kampung, paksa Kaklong buat. Now I dah pandai dah la nak buat. Ingat nanti nak improvise sikit. I nak buat butir tu color pelangi. Kaklong menyirap je tengok I buat kaler-kaler eh biarlaaaaaaaa baru la meriah rasa nak makan. I tengok dalam IG orang buat kaler Purple, Kuning semua cantik giler. Actually Bubur ni nama dia Bubur Campak or Bubur Butir Nangka eh? I rasa menda yang sama and lebih kurang je cuma bentuk butir je lain. Kata Mak, ada orang panggil Bubur Kemek Hidung. Macam-macam nama tapi sebenarnya cara buat lebih kurang je cuma bentuk butir tu je la yang lain. Kalau version Kelantan, kuah dia warna putih je sebab tak campur Gula Melaka. Ada jugak orang letak isi Nangka dalam tu. Macam I, I letak biji sagu. Pon sedap jugak... Ada banyak version resepi Bubur ni. Korang pilih la mana yang nkorang suka. Yang penting cara-cara nak buat tu kena betul. Butir tu kalau nak kenyal-kenyal kena letak kapur makan sikit but sikit je tau? jangan letak banyak nanti rasa pedar. Tak sedap. Macam Kaklong, dia suka guna tepung gandum + air kapur. Lepas tu takde bentuk bulat-bulat ke apa. Bentukkan guna sudu je. Rupa lebih kurang macam cekodok. Hahahaha. I suka yang guna tepung pulut and bentuk bulat-bulat macam ni. Next time nak buat bentuk butir nangka pulak la. Kecik-kecik comel je lepas tu color rainbow. Nak lagi dramatic, buat dengan Shein. Habes semua bentuk monster ada nanti. Tu memang impian I tu. Nak masak sama-sama dengan Shein nanti. Tunggu la bila rumah siap. Rumah dah siap, tapi Kitchen Cabinet takde lagi. Takpe, nanti kita masak atas lantai je la hahahahahha.


Bubur Campak or Bubur Butir Nangka. Tak kisah la. Lebih kurang je semua.
Bahan-bahan

Tepung Pulut
Kapur Makan
Pewarna
Sagu
Daun Pandan
Air
Gula Melaka
Gula Putih
Secubit Garam

Cara Membuatnya

Actually takde specific sukatan untuk buat Bubur Campak ni. Ikut la tekak kita nak rasa macam mana. Firstly, bancuh la Tepung Pulut dengan sedikit air kapur (probably size suku dari jari kelingking). Jangan korang bedal sampai sesudu air kapur tun nanti rasa pedar, tak sedap. Bancuh la kesemua bahan ni sampai boleh bentukkan bulat-bulat. Kena agak-agak sendiri. Ada orang blender daun pandan dengan air and bancuh masa buat butir ni. Macam I pemalas, so letak tepung pulut + air kapur + air sahaja. Pastu korang bahagikan la kepada beberapa bahagian ikut warna apa yang nkorang nak. Lepas tu bulat-bulatkan and penyet. Meanwhile panaskan air + daun pandan. Then masukkan la butir-butir ni kedalam air yang menggelegak. Bila dah timbul, maksudnya dah masak. Lepas tu masukkan butir-butir tu kedalam air sejuk supaya tak melekat. Selesai Part 1.

Now untuk Kuah dia pulak. Panaskan air dalam 8 gelas macam tu and masukkan daun pandan, secubit garam, gula melaka and gula putih. Macam biasa, takde any specific sukatan. Ikut la level mana kemanisan yang nkorang nak. Kalau nak kuah kaler putih, letak gula putih je. Ikut sukaaaaaaaaaaaa. Meanwhile dalam periuk satu lagi rebus pulak biji sagu. Ada orang suka masukkan sekali je dengan butir yang dah siap tadi tapi kata Kaklong nanti kuah terlalu pekat. So dia suka masak asing. Bila kuah dah menggelegak, masukkan la butir-butir tadi and biji sagu yang dimasak asing. Finally, baru masukkan santan. I guna santan kotak je. Pekat sikit and kuah akan cantik sebab dia takkan pecah minyak. Masak lebih kurang dalam 3-4 minutes lepas tu siap! Masa memula makan, butir sagu tu tak kembang lagi but lepas semalaman, dia akan kembang and kuah akan pekat. Nanti adjust la letak air panas dalam tu. Nak makan panas boleh, nak letak ice pon boleh jugak.

Senang je kan? Dah la senang mak enon, sedap pulak tu. Jangan lupa mencuba resepi ini OK? Okbye!

-eNd-


2 comments:

Alya Eyla said...

nanti jangan lupa up pic masak atas lantai....
hihihihi....
jgn marah.....

ain.ya.nun. said...

Ala-ala putri mandi kan? Letak kelapa parut pun sedap dalam kuah tu. Aishhh, sedapnya lahaii, tapi nak buat malas T_T