Friday, March 1, 2019

Ribs Sedap di Caffe Abnomal

Assalamualaikum..

Last week on Friday night, kitorang 3 beranak datang ke Caffe Abnomal untuk try dorang punya new menu. Tengok dalam IG feed hari-hari lalu dekat wall mana nak tahan. Especially the Superlicious Aussie BBQ Ribs. I baca semua comment cakap sedap, lembut semua mana nak tahan??!! Tapi now dah menyesal pulak. Lepas datang makan Ribs haritu and try Gops (Founder Caffe Abnomal) punya signature coffee (Honey Americano) terus rasa macam shit laaaaa!! Takkan nak kena datang hari-hari?? Saz dari Friday last week eh cakap nak repeat. Hari Rabu malam lepas penat hal mengemas rumah dia boleh cakap 'Mama jom la pergi kedai Gops, I nak makan kat sana'. SESUKA HATI DIA je. Hahahaha. So, InsyaAllah malam ni kitorang pergi lepak sana lagi lah. Ya Allah tak sabarnya nak makan Ribs. THE BEST IN THE WORLD. Sorry la, maybe sound exaggerate tapi Ribs ni memang paling kena la dengan tekak I. First time I makan Ribs, boleh habeskan semua dalam plate. Ribs + grilled veggies + potato wedges all gone I belasah. Lawan dengan 4 season sauce dia. Home made OK? Korang takkan dapat kat mana-mana sauce ni except dekat Caffe Abnomal je. Kekadang dipping sauce main peranan. Bagi tekak I. sesuai la dengan tekak orang melayu. Not too strong and takde rasa tangy yang menusuk sampai pedih hidung tu. Semua just nice. Not too kenyang but lepas makan rasa puas. Kekadang ada ribs yang rasa plain sangat, ada yang macam beria sangat marinate dia but this one for me just nice. Lembut je wei, lepas tu ada lemak-lemak cair tu, memang bila makan rasa macam guilty tapi yang ni guilty pleasure la hahahaha. TQ Gops and team sebab buat Ribs yang sedap macam ni. I highly recommended untuk sesiapa yang baru nak try makan dekat Caffe Abnomal to try ribs ni. OK? Let say korang datang ramai-ramai dengan family boleh try Set Family Dinner, more value for money. Makan pon puas and harga pon berbaloi dengan apa yang nkorang dapat. Set ni good for 4-5 person. Set ni kalau orang jawa dia panggil Nasik Ambeng, tapi yg ni sebab Western, kira nak panggil Western Ambeng ke macam mana? Hahahaha.


Superlicious Aussie BBQ Ribs (500 gram). Comes with Grilled Veggies and Wedges. Makan dengan 4 season sauce. Harga RM68.00 sahaja.



Close up sikit. Sedapnya lahai. Daging lembut, cooked perfectly and marinate dengan sauce Korea. Rasa masam, manis, pedas semuaaaa just nice je. Sayur dia pon sedap. Ya Allah merananya I tengok gambar ni. Sampai hati. (Kekadang I memang merajuk dengan makanan)



Menu Family Set A, Family Set B and From The Griller.


Family Dinner Set A - RM150 ada BBQ Ribs, Appetizer Platter, Crustacean Pasta, Mexican Nachos and 1 Jug of Ice Lemon Tea.




This one namanya Grilled Platter. Ada Ribeye Steak, Flamming Lamb, Grilled Chicken Skewers (2), Grilled King Prawn Skewers (2), Grilled Summer Veggies, Garlic Bread and Garlic Dipping Sauce + Ice Lemon Tea 1 jug. Semua ni RM170 sahaja. Memang value for money sangat.



Family Set B ni ada Appetizer Platter + 4 season sauce, Flaming Lamb, Ribeye Steak, Pilaf Rice and 1 jug of Ice Lemon Tea. RM150.00 harga set ni.


Appetizer Platter ni harga dia RM39.00 murah gilers! Ada wedges, fries, veggies and dipping dengan 4 season sauce, Udang, Ayam and Onion Rings. Ni nak makan sharing for me good for 2-3 person. Makan 2 orang memang tak abes.


Kasik close up sikit Onion Ring. 


Udang dia besar-besar debab. Perli Shein ke apeni?


Onion Ring rangup. Memang sedap. Cicah dipping sauce dia yang 4 tadi perrrrrghhhh.


Untuk Shein, kitorang orderkan dia Kids Menu - Penne Alfredo. Cuba teka berapa RM? RM8.00 je wei. Shein makan sehingga ke titisan terakhir. Dia kata sedap. I nak rasa sesudu pon tak kasik. Kedekut.



One more thing yang special dekat Caffe Abnomal ni is Coffee dia. Sini ada coffee machine yang menggunakan bijik kopi terpilih. Si Gops yang pergi sendiri pilih coffee-coffee yang dia nak serve untuk coffee enthusiast. Merata la dia belajar pasal Coffee ni. Sampai fly ke oversea. He takes very serious about coffee. This one Cappuccino RM10.00 je. 



I pon happy sebab sini ada Affogato. Tak semua tempat ada. Ni i punya favorite. Espresso + Vanilla Ice Cream = gemok hahahaha. RM14.00 harga dia.



This one is a King la. Honey Americano ni korang takkan dapat kat tempat lain. Only dekat Caffe Abnomal je. Harga RM9.00. Kepada penggemar coffee plz plz plz try this one. I bet, korang akan suka and definitely will come back for this.


Kitorang datang haritu duduk dekat luar. Dalam yang bahagian aircond dah penuh. Memang happening la dekat sini. Kat luar boleh chill layan sisha. Tu Sazli tengah buat roti canai dengan Shein. Roti Canai mak kau hijau.



With Gops, The Founder of Caffe Abnomal.

Sazli first time datang sini. Dia cakap, rasa macam ada dekat Bangsar/Hartamas je. Memang best la Platinum Walk Setapak ni. Kat sini pon ada Live Band on Khamis and Sabtu malam. I suka la ambiance dia. Parking if nak senang, guna basement parking. Kat atas tu biasa memang penuh. Ada melambak parking kat bawah tu. Jangan risau. Nak datang dengan family OK, nak lepak dating pon OK. Banyak lagi menu-menu lain yang best. Nanti malam ni rasa macam nak try menu lain, tapi tekak nak makan ribs. Adoi. Sini Instagram Friendly tau? Banyak area boleh amek gambar cantik-cantik. Bukak everyday except on Monday dari 12.00pm - 12.00am. For more info, gambar and nak tengok menu boleh click dekat sini. So study la dulu nak makan apa before datang eh tapi jangan lupa order ribs if first time datang. OK? Lepas tu bila makan sedap tu ingatlah dinda disini. So, apa laaaaagi weekend ni boleh la lepak Caffee Abnomal. If ada plan nak datang malam ni, boleh jumpa I. Cecece. One more, lupa nak bagitau yang Caffee Abnomal also boleh di order dekat Food Panda untuk kawasan jajahan takluk beliau.

Caffe Abnomal (Instagram)
70, Block H, Platinum Walk, Off, Jalan Langkawi, 
Taman Danau Kota, 
53300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone number :  018-274 7069

-eNd-

No comments: