Assalamualaikum..
Setelah sekian lama teringin nak makan Gol Gappa sebab terpengaruh dengan Rani dalam cerita Queen akhirnyaaaaaa dapat jugak makan. I ada la pergi a few Indian Restaurant, it's either takde Gol Gappa ni or ada tapi after 4.00pm. Memang frust sangat. Kalau datang time lunch lepas tu nak kena tunggu sampai 4.00pm semata-mata menang taaaaaaaaaaaaaaak la kan? Beria la I upload dalam IG Blog semua tetiba eh, readers pulak dulu yang dapat makan. Masa tu tak pulak terfikir nak tengok dalam Food Panda ada ke tak. Haritu ada readers DM cakap dalam Food Panda pon ada tapi kena tengok area jugak la kan? Kaklong pon sama naik, dia pon tingin jugak. Hari-hari la tengok dalam Youtube dekat India orang makan Gol Gappa ni. Actually menda ni ada 2 jenis. Satu lagi jenis berkuah tu nama dia Pani Puri. Pani tu maksudnya Air kalau dalam Hindi. Yang tu la kitotang tengok dekat India dorang jual tepi jalan, dicelupnya dalam kuah sup sampai masuk jari semua wei. Uweeeeeek aci boleh je kan? But still nampak sedap. Shah Rukh Khan pon ada makan menda ni dalam one of dia punya film. I tak sure. Dalam Kabhi Kushi dorang ada makan macam balls tu kan? Nampak macam manis. Tapi yang tu I takde tingin lagi. Now memang fasa Gol Gappa ni. Soon rasanya dalam this week jugak, I nak makan one more time. Hari Jumaat haritu I pergi dengan Kaklong dekat Delhi Royale ni konsep dia redha. I cakap kat Kaklong. 'Kak, nampak macam mahal ni makan dekat Delhi Royale ni, tapi kata kalau Gol Gappa ni 1 set RM60.00 pon aku makan jer la sebab dah tingin'. Sekali masuk dalam Fine Dining restaurant, huwaaaaaaaa seram ni. Tengok-tengok menu RM18.00 je. Aminnnnn!! Terus ambik dedua jenis. Gol Gappa and Pani Puri. Tapau pulak another 2. I bungkus untuk Sazli and Kaklong bungkus untuk Kakyang. Buffet dia pon nampak menarik jugak. RM35.00 je wei satu kepala. Memang wajib repeat ni!
Sedaaaaapnyaaaaaa. Sapa yang tanya apa dia Gol Gappa ni, actually keropok dia tu rasa biasa je. Dalam macam ada kentang, ada rasa ketumbar lepas tu dia letak macam maruku kecik tu. Makan dengan Yogurt, Chutni Sauce and Tamarind Sauce. Sedap wei! But I rasa different tempat, different la kot cara dorang serve.
Satu set ada 8 pcs. Makan 2 set I agak baru kenyang kot hahahahaha.
Close up sikit. Ya Allah. Telan Ailio. I sukaaaaaaaa!! Next time makan 1 set, taknak share.
This is how it look like kalau tapau. Keropok dia tu kena lubangkan dulu. Then masukkan inti kentang campuran tu, and all the sauce.
Yang ni is Pani Puri. Sama je isi dalam dia but makan dengan sup. Sup ke nama dia? Yang Green tu pedas and Red tu manis. I mix je dedua. Punya sedap bila masuk mulut. Rasa Fresh sangat. Next time I nak makan ni jugak sorang taknak share. HAHAHAHAHA.
Huwaaaaa sedapnya Pani Puri ni...
Takot tak kenyang so order pulak Nan Kambeng. Rasa macam Pizza pon ada. Tak ingat apa nama and harga dia. Hehe.
Sempat ambik gambar yang Buffet punya.
Buffet dia ada nasi, lauk, roti, buah, air and dessert. RM35.00 je. I rasa sangat berbaloi. Kalau nak makan buffet boleh tapi kena bebetul lapar la baru berbaloi.
Ni dekat luar restaurant. Cantik! Ada banyak pokok buluh. Nanti raya kalau korang taktau nak cari buluh lemang dekat mana, datang je sini. Hahahaha
Ni la Delhi Royale. Dekat Jalan Yap Kwan Seng tau?
Delhi Royale ni bukak every day dari 11.00am - 3.00pm and dinner start dari 6.00pm - 11.00pm. Food Panda ada cover tapi I rasa radius dia area-area sini je la kot? Kalau Buffet tu I tak sure kanak-kanak umur berapa yang kena bayar. Yang tu korang kena tanya sendiri. Adakah I rekemen this restaurant? Jawapan : Yup! Tengok harga semua OK je. Takde pon sampai hundred over untuk 1 jenis dish and tempat dia selesa, romantic and most important Pani Puri dekat sini, dia tak celup dalam sup dia sampai ke lengan. Yucks!! Hahahahahaha. I tau ada dah my readers yang dah try masa I masukkan dalam IG. Korang memang pantasssssssssssss ajer kan? Cepat sayang I lebih sebab selalu share tempat makan sedap. Hehe. I suka la bila I ada something yang I look forward to eat. Rasa macam excited. Kekadang taktau dah nak makan apa. Macam Boss I sekarang dia suka makan. Selalu la kita share makan mana yang sedap. Lepas Gol Gappa what's next? Kalau ada nak suggest I makan apapa, just tag me dalam IG eh? Food is zeriuz business for me. Adoi. Acane nak kurus?
Delhi Royale
2,3, Wisma Longrich, 33, Jalan Yap Kwan Seng,
Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur,
-eNd-
3 comments:
i keje kt jln yap kwan seng, nmpk mcm da tutup aritu? u pg bila nt i nk tgk blk ke i salah tgk
uuish makanan rare.. festime kite dengar and tengok =D
Helena Rose : bukak je la. eh, ke i makan dengan orang bunian? hahahaha
Siti Yang Menaip : Pi try nowwwww
Post a Comment