Thursday, April 25, 2019

Proses Memasang Rumput Rumah Shein Dengan Celistudio KL

Assalamualaikum..

Dekat sebulan jugak dah kitorang pasang rumput dekat keliling rumah ni. Sazli la paling happy nampaknya. Dia memang enjoy dia punya routine now. Bangun pagi, tengok rumput-rumput dia. Fresh je rasa, especially bila lepas hujan. Bau rumput memang best and saujana mata memandang.  (tapi bau duit pon best jugak) Gittew. Macamkan sawah padi hahahahaha padahal rumput je pooooon. Kata Celi, rumput ni bila baru-baru tanam and nak bagi kuat memang kena siram dengan air banyak-banyak sampai macam nak jadik kolam pon takpe. 6 juta la bil air rumah aku bulan ni hehe. Siram banyak tu sebab nak kasik dia punya akar kuat and sebati dengan tanah yang letak sebelum tu. Tak lama pon, dalam sebulan je. Lepas tu, rumput ni dia akan berdikari dah. Takde dah nak mengada manja macam Shein asal makan je nak suap, ewaaah. Lepas sebulan, siram biasa-biasa je. Tanah tu, is tanah campuran and sebelum tu buat fumigation jugak. Penting buat fumigation ni bagi mengelakkan nanti rumput-rumput ni kena makan dek serangga. Fumigation ni dia macam pest control la. Actually bukan serangga. Amenda tu yang macam putih-putih dekat daun tu? Dia macam kulat. Haaaaa tau kan? So penting tau fumigation ni? I prefer ambik upah pasang rumput macam ni. Sebab dorang ada professional team yang do the installation. Kalau buat sendiri nanti tak cantik. Dia takkan rata rumput dia and jadi bebonggol-bonggol. Kalau beli dekat Nursery harga rumput ni dalam RM2.00-RM3.00 sekaki macam tu but if upah macam I ni dia akan jadik RM7.80 sekaki but hasil dia puas hati and tak penat. Kita jadik Mando je la duduk tepi goyang tetek macam Boss tengok orang buat kerja haha. Tau kan sekarang ni panas, pukul 9.00am pon panas dia dah mencucuk-cucuk. Nampak macam senang nak pasang rumput ni. Nampak laaaaaa tapi proses dia boleh tahan jugak la. Sama macam kita bercita-cita nak cat sendiri rumah. Bila cat sepetak je, lepas tu menyesal. Hahahahaha. 


Upah pasang rumput termasuk dalam cost transportation. Banyak ni kena guna untuk keluasan tanah rumah I. Luas lebih kurang dalam 640sq macam tu.



Rumput macam ni ada banyak jenis. Ada yang hijau semua and ada yang mengada belang-belang 2 tone macam ni. Yang ni nama dia Pearl Grass Variegated. Kitorang nak Pearl Grass ni sebab dia paaaaaaaling low maintenance, senang nak jaga and very slow grow. Makan tahun baru la perlu untuk trim sikit-sikit. Kita takyah fikir nak kena potong rumput sebulan sekali. Kalau tak potong nanti rumput naik panjang rumah pon semak. Rumput jenis ni la Tukang Potong Rumput paling tak suka sebab susah dapat job hahahaha.


Ni masa sebelum tanam rumput. Letak pasir je so memang pesta berak la oleh kucing-kucing area sini. Menyirap je rasa. Keluar rumah je bau masam. Masa memula pasang rumput, kucing area sini tengah adjusted. Ada jugak yang degil berak atas rumput but now takde dah. sebab dorang rasa tak cool berak dekat rumput. Padan muke.


After pasang. Cantik kan? Rataaaaaa je. Ni Kalau buat sendiri tak dapat la cantik macam ni,


Nak pasang rumput memula kena ratakan tanah, buat fumigation, letak tanah lain. Tanah campuran. I pon taktau. Then only letak rumput. 


Selepas.


Ni dekat I punya backyard. Sini rumput paling cantik lah sebab dia takde la direct sun dari depan tu and takde pulak kena lindung dek pokok.


Rumput ni kalau cukup cahaya, cukup air memang cantik naik dia. Macam dekat sini, after a month tengok dia rumput dah macam rumput palsu dah. Hijau, gemok.... Daun dia rangup-rangup!


Ni dekat tepi belah kiri rumah.


After pasanng rumput. Cantik ke tak? Jawab cantik cepat kalau tak I NO FWEN YOU.


Rumput ni takder la ringan eh? Nampak macam ringan. Cuba bawak masuk dalam bonet 10 kaki, mau mendap kereta.


During the installation. Untuk rumah I pasang dalam 640sq, kerja-kerja siap setel semua dalam 5 jam macam tu. 


Ni la Boss @celistudiokl. Dari kiri : Celi, Sazli and Fahmi.

Ada yang tanya, kenapa tak nak pasang je rumput tipu? Kan lagi senang tak payah nak siram-siram? Terpulang pada masing-masing OK. For me, I lagi suka yang tanam rumput original ni sebab rumah lebih sejuk. Yang artificial grass tu panassssss. Haba dia memang panas. Imagine direct sun kena dekat rumput plastic, ko try pijak nak tau panas ke tak. Imagine macam ni je la. Letak selipar tengah panas lepas tu pakai. Haaaaa macam tu la panas dia. Tu selipar, ni keliling rumah tau? Semua ni ada pro and con. Terpulang pada masing-masing. Si Sazli dia suka routine siram pokok macam ongtue ni. So biar la dia. Dia pon enjoy ada kerja pagi-petang. Macam I tak kuasa jugak kekadang hahahah. Ni kalau I, memang pasir je la keliling rumah. Ada kucing berak, upah je Indonesia kaut. Malas nak fikir. Hahahahahaha.  Ada rumput macam ni rumah sejuk... Sama konsep dia kalau ada pokok keliling rumah. Sejuk kan? One more, rumput ni boleh kuatkan tanah... Menda-menda hidup ni jugak, kalau dalam Islam, dorang akan mendoakan kita. 'Ya Allah.... Tuan aku hari-hari siram air dekat aku.... Terutama yang rambut panjang tu. Kau murahkan lah rezeki dia.... Yang lagi dua orang tu hurmmmmm' Ha nampak??? Menda-menda ni kekadang nampak simple, tapi manfaat dia. MasyaAllah.... We never know kan?

Rumput pon ada banyak jenis. Ada Taiwan Grass, Cow Grass, Carpet Grass, Philippine Grass. Google je la. Kalau malas Google, ikut je macam I ambik Pearl Grass ni sebab Low Maintenance, Very Slow Grow. Baja sebulan sekali cukup. Memang paling sesuai untuk kita yang busy with kerja and all. Commit with siram je la. Tu pon bila rumput ni dah kuat, air hujan pon dah cukup. Tak payah potong every 3 months pon. Nanti naik dia cantik je... Hijau je saujana mata memandang. Carpet Grass pon actually cantik jugak tapi ada la pulak extra kerja nak handle here and there. Melainkan ada Tukang Kebun, lainlah cerita.

Anyway, Tachiu to Celi and Fahmi sebab merealisakikan impian Sazli nak ada rumput ni. Korang kalau amek dengan Celistudio ni InsyaAllah akan puas hati. Untuk rumah Shein luas 640sq x RM7.80 samadengan RM4,992.00 la lebih kurang macam tu. Tu Sazli cakap 'Mama, rumput dekat lima ribu ni, kena siram. Ni kalau mati, memang takde la pasang dah yang lain.' Hahahahahaha'. Sebarang soalan boleh terus DM dorang dekat IG @celistudiokl OK? Or boleh email ke celistudiokl@gmail.com. If tanya I berapa bintang I bagi overall, I kasik 4.9 bintang. Tak cukup 0.1 bintang sebab Celi masa beli Kopi Ais, dia tak tapau untuk I sekali. So potong markah. Hahahahahaha. Dekat dorang, bukan ajer rumput korang boleh tanya, pasal landscape pon boleh. Asal melibatkan tumbuh-tumbuhan you guys can ask. Pasal Pokok je OK? Pasal lain jangan tanya. Dorang taktau.

@celistudiokl
Celi : 0197637909
Fahmi : 016-6663143
Email : celistudiokl@gmail.com

-eNd-

3 comments:

Unknown said...

cntik rumahnya....btw..saja jenjalan...nak tye ade nak pasang penapis air/udara cuckoo?sy agen bole bantu..

ORDER CUCKOO SEKARANG DAPAT FREE SEBULAN BAYARAN 🎁

FREE GIFT UNTUK 30 ORANG TERAWAL 🎁

LAST CALL‼‼‼
KING TOP RM69
KING TOP RM69
KING TOP RM69

Jom grab harga serendah RM2.30 sehari unlimited supply air mineral sebelum promosi tamat 30 June 2020 !! ya!! harga 69 tu akan takde dah nanti..🎁🎁🎁

Whatsapp link ni untuk order seawal 24 jam pemasangan
📱http://wasap.my/601116930576/Kingtop69
📱http://wasap.my/601116930576/Kingtop69
📱http://wasap.my/601116930576/Kingtop69

KELEBIHAN CUCKOO
❤️ Air jenis bermineral beralkali rendah ( badan perlukan mineral )
❤️ Tiada pembuangan air ( bil air rendah )
❤️ TANGKI STAINLESS STEEL ( tahan karat dan jimat eletrik)
❤️ Refill rate sangat pantas ( 1 liter -1 minit dan sejuk -panas 3 minit )
❤️ Bil elektrik rendah ( bawah RM10 sebulan )
❤️ Ada sijil halal ( diiktiraf jakim)
❤️ FREE external pipe untuk air bertapis disinki untuk basuhan beras sayur

✅ RM69 SAHAJA
✅ ZERO DEPOSIT
✅ TIADA CAS TERSEMBUNYI
✅ TIADA CAS LEWAT BAYAR
✅ SURI RUMAH /BLACKLIST /STUDENT LAYAK MEMOHON
✅ 6 TAHUN CUCKOO MEMELIHARA KING TOP ANDA

Jom order dengan saya SEGERA! FREEGIFT MENARIK MENANTI!!

Grass Carpets Dubai said...

Informative post, The stuff which you have been shared is really helpfull. Keep blogging and thanks for sharing this one.
artificial grass Dubai best grass carpet supplier in dubai with minimum price across the UAE. Contact us Now if you are looking for artificial grass suppliers in dubai

Unknown said...

Hi,

Nak tanya senang nak jaga rumput mutiara batik (Pearl Grass Variegated)?