Assalamualaikum..
Haritu masa kitorang balik kampung, Kakyang ada kasik I makan satu cookies kwahaja ni. Bapak la sedap! Ni first time I makan cookies pelik macam ni. Bentuk keping-keping macam tak siap... Tapi sedap. Dia macam brownies, tapi nipis ala-ala kerak dekat atas tu. Rasa takde manis sangat, just nice. Dah tu ada pulak Chocolate Chips dalam dia. Eh, memang sedap la! First time I makan cookies sesedap gini. Yang jenis macam ni la. Jenis makan tak boleh nak berenti lepas tu taknak share kalau boleh. Makan pon kena sorok-sorok. Kang dapat kat Shein ni, memang dia taknak share la jawapan dia kan? Hahahaha. I order pada Kakyang and only hari semalam dapat. Bawak pulak makan sama-sama dengan Aliah, Ct semua time kitorang pergi The Kasturi Cabin so ko ghase, berapa helai je la yang I dapat makan kan? Dah nak kena berebut dengan Shein, Altaav semua. Sazli pon suka. Adui. Kekadang I pelik, manusia ni memang brilliant sangat ke sampai boleh cipta cookies sedap macam ni? SUKA LA KAN TENGOK AKU GEMOK? So, nak gemok tak boleh sorang-sorang... I nak korang pon sama naik dengan I. Kalau nak rasa Cookies ni now dah tak jadik masalah sebab Kakyang jadik agent dia. Postage semua ada. Lagi satu Kakyang bagi I rasa dia punya Chocolate Chips Cookies. Memula I pandang sebelah mata je. Rasa macam yerlah.. Chocolate Chips Cookies kan? Apa yang bestnya? Famous Amos macam lagi sedap jeeeeee tapi bila tengok Si Altaav taknak berenggang I pon rasa la seketul lepas tu HOI APENI? APENI YANG BISKUT MACAM NI PON SEDAP? Kang cakap sama level denga Famous Amos macam exaggerate tapi takpe la. Malas nak cakap apa. Nak tau sedap ke tak, order je la eh sendiri? Let yourself decide macam mana sedap ke tak kedua-dua jenis cookies ni. I malas cakap banyak. Anyway, tachiu Kakyang perkenalkan I dengan one more must makan bites dalam list I.
Actually nama dia Brownie Brittle. I memandai cakap Brownie Cookies. Hehehehe. Yang ni 250gram. Harga dia RM25 sahaja. Yang peket 120gram pon ada. RM13.00. If you ask me, OK ke tak? I will jawab it's worth to try. Kalo tak confident, order la yang size kecik dulu. Tapi kalau lepas tu menyesal, padan muka.
I close up sikit eh macam mana rupa dia. Dia nipis macam ni, ada pulak chocolate chips dekat dalam dia. Huwaaaaaa sedapnyaaaaa whyyyy?????
Ni la Chocolate Chips Cookies yang I pandang rendah memula tu. Yang ni 120 gram punya packaging. Harga RM12.00 je, kalau yang 350 gram RM35.00
Pernah dengar orang cakap makanan yang melt in your mouth? Yang ni memang bebetul cair dalam mulut. Bila makan, unstoppable. Tu yang bahaya tu. Hahahaha.
SO kalau korang nak order, still got time. Order untuk Raya akan tutup pada 10hb Mei tauuuuu??? Tak lama. Ada lebih kurang dalam 8 hari lagi... Kalau nak rasa-rasa dulu, order la dedua small packs tu. Nanti kalau rasa suka, boleh order yang besar pulak. I bila tulis ni rasa macam haih... Can I get all these NOW????? I want it now especially the Chocolate Chips Cookies tu. Hurm.... Brownie Brittle pon nak jugak actually. Kakyang, can you fly now and send these two for me now? I can't hardly wait! Untuk korang yang terliur boleh order dengan Kakyang my niece. Call/WhatsApp dekat 0199989607. OK? Lepas tu kalau order jangan lupa cakap I cantik ke, baik ke. Mana tau dapat discount. Hahahahaha. Nak check gambar-gambar lain boleh follow IG Raretrocookies. Lepas tu follow la eh? Sian dia follower ada 7 je. I pon sedih la camni. HAHAHAHAHA.
-eNd-
1 comment:
Pencipta brownie brittle ni danish harraz kid baker .ada dia share resepi
Post a Comment