Thursday, May 23, 2019

Buka Puasa at Fatty Crabs Ampang

Assalamualaikum..

Korang, kalau korang ada plan nak bukak puasa berdua or bertiga boleh la datang Fatty Crabs Ampang. Dorang ada package makan 2-3 person for RM118.00 je. Dapat Special Curry Crabs (2 ekor), Kangkung Belacan, Sizzling Tofu, Daging Black pepper, Nasi putih for 2 pax, sirap selasih 2 gelas and dapat kurma. Wei, murah sangat ni. Ketam tu biasa 1 ekor dah RM90.00. This one is really value for money la. Set ni for me, nak makan 4 orang pon boleh je... Macam semalam I bukak puasa dekat Fatty Crabs tapi kita tak ambik pon set tu sebab tau dah kalau kitorang 3 beranak makan, takkan der habes semua tu... Tengoklah nanti kalau GF nak datang KL, I nak bawak dia bukak puasa, dekat sini and ambik set ni. Lagipon semalam Sazli tingin nak makan Salted Egg Squid. Untuk more more info tengok dekat IG Fatty Crabs Ampang dekat sini. Bagi I, set ni amat-amat berbaloi kalau tingin nak makan ketam gemok. Fatty Carbs ni is Chinese Muslim restaurant. Korang nanti try dia punya Kam Heong Series. Memang sedap! My favorite is Lala Kam Heong. Setiap kali datang sini, sure order punya. Haritu sekali I dah order online. Order, lepas tu pick up je dekat sana. Tahan 3 hari lah, baru habes. Shein pon suka makan Kam Heong dia sebab ada rasa kari. Si Shein memang hantu kari. Malam tadi Sazli suap dia makan Salted Egg Squid tu, pon dia suka jugak. Sama naik dia makan dengan orang yang puasa. Dah la sejenis perangai, kalau dia offer kita apapa makanan, if taknak nanti dia merajuk. Dah cakap PUASAAAAAA sampai keluar suara jantan pon eh, tidak dia give up untuk offer. Hahahahaha. Comel la Shein ni. Dah la debab. I suka perah-perah tangan dia tau? Debab dia tu eeeee geram! Jari dia pon cute sangat. I love you Shein. I hope, you love Mama too. Mama tau you suka makan chicken, nanti Mama buatkan Grilled Chicken for you ok Shein? BTW, Kitchen Cabinet dah siap dah. Al-hamdulillah... Next target nak beli barang-barang dapur macam baking tray and all. Tak sabar nak buat Brownies sendiri, grilled chicken and all, letak rosemary bestnyaaaaaaaaaaaa. Nanti kalau I jual Brownies, I paksa korang beli OK? Anyways, nah tengok gambar makanan semalam yang kitorang makan dekat Fatty Crabs. 


Sedap sangat Salted Egg Squid ni. Small plate ni RM28.00. Memang puas hati. perfect and sedap. Makan ni sahaja dengan nasik pon dah ok. Tapi tercekik padan muka la. I jenis makan tak berkuah pon takpe.



Biasa I order Kangkung Goreng Belacan, This time try order Stir Fry Garlic Kailan. Small Size RM12.00. Lepas makan terus rasa kurus sebab Kailan kan dia macam rasa pokok. Tetiba rasa sedara dengan kambeng. Sazli tanya 'Sayur apa ni Mama?' Tak suka la tu. Hahahaha


My Favorite! Lala Kam Heong. Small Size RM24.00 sahaja. Kuah dia tu, I suka cicah dengan Roti Mantou. Sedap!


For Shein kena ada Telur Dadar. RM8.00 harga dia. Kitorang makan tak abes pon semalam 3 beranak.


Makan for 3 person campur Air Sirap Selasih, Nasi 3. Total semua RM106.35 sahaja. Berbaloi sangat. Sebab apa? Sebab Seeeeeeee daaaaaaaaap!!


Tu Mantou 4 ketul, cicah dengan Kam Heong. Singget 1.

So amacam, terliur tak? Kalau terliur I mintak maaf OK? Hehe, Kat sini senang. Korang call for reservation, lepas tu terus order. Nanti sampai-sampai makanan dah ada atas meja dah. Ramai orang ambik Set je for Ramadhan ni. Semalam I call, takde pulak dia mintak deposit ke apa. I pon seram. Buatnya tak jadi datang ke, kan rugi? Kalau dekat website, ada delivery jugak but order kena RM90 keatas la. Kata kalau nak tapau pon OK. Isi je nak order apa dalam website, lepas tu datang collect je. Haritu I try makan Portuguese Crab. Sedap! Korang boleh baca dekat sini. Nak solat, ada disediakan surau as well. Kitorang semalam makan zap zap zap, By 8.15pm dah sampai umah dah. I semalam request dengan Sazli nak makan kat luar sebab tak larat nak buat apapa. Semalam seharian photo-shoot tudung baru I. Tu nanti I akan share later OK? OKbye!

Fatty Crab Ampang
Lot 1243 Kampung Berembang, 
Jalan Ulu Kelang, Ampang Jaya, Kuala Lumpur, 
Malaysia, 55000

Telephone No : 0342663889
Open : (Except Monday) 4.00pm - 10.00pm

-eNd-

No comments: