Tuesday, May 21, 2019

Tart Cadbury De Yang Murah Lagi Sedap

Assalamualaikum..

De I ni kan? Time dah nak tengah-tengah puasa ni laaaaaa yang dia baru naik hantu buat biskut semua. Biskut Raya dia dah la murah-murah. Haritu dia buat Semperit Original and Semperit Susu 30 biji RM15.00 je wei, bapak murah! Ni yang terbaru dia buat Tart Cadbury pulak. Menyiraaaaaaap je I tengok. Yang ni pon dia jual MURAAAAAAAAH. RM28.00 untuk 30 pcs. I rasa, setakat ni, memang inilah Tart Cadbury yang paling murah I pernah jumpa. Biasa semua RM35.00 keatas. Kalau pergi mall siap ada yang jual RM40++ lah. One more, rupa Tart Cadbury De I buat ni pon cantik molek. Coklat dia tak melting, crust dia pon elok je berjalur. Korang boleh Google tengok Tart Cadbury lain macam mana. Ada yang coklat dia cair semua, crust dia pon macam halaaaaaaah sedih benar. Yang De buat ni cantik. I tanya De 'De, macam mana nko buat cantik?' Lepas tu dia jawab 'Rahsiaaaaaaaa'. Ewah eksyen pulak engkau eh? Eh, tapi De I buat biskut cantik-cantik la. Tak sangka De ada bakat buat biskut raya. At least berbakat la. Macam I, berbakat makan and tido. Beza betul. Kasik chance la I UP de sekali sekala hehe. The thing is, sebab dia buat lambat sangat, so ramai orang yang dah beli biskut lain and dah takde bajet dah pon. Yang I promote dekat office ni dapat la 20 balang lebih. Tu pon jenis paksa. Macam boss I, I paksa dia. 'En Sam, ni Kakak Su jual Tart Cadburry, RM28.00 for 30 bijik. Nak berapa?' Takde dah tanya nak ke taknak, tanya nak berapa terus. I cakap kat GF lepas tu dia tanya 'Macam mana nko jual sekejap je dah 20 balang lebih laku?' Lepas tu I cakap 'Ni marketing strategy Mak. Mak kena belajar'. Lepas tu I citer la macam mana I jual yang tanya terus nak berapa tu, Mak mengekek ketawa. Hahahahaha. Now De tengah buat la order yang I bagi tu. Waaaaaaahhh I yang excited. Bila cerita dekat Sazli, lepas tu dia cakap 'Tu Oven Papa beli besar tu nanti Mama boleh la buat Biskut Raya jugak'. Dah abes, sekarang pon I bizai juggling kerja dekat office, dekat rumah and nak masak lagi kat Shein pepagi dah kalau nak kena jual Biskut Raya pulak, memang Mak Lampir terus la I jawapan dia. Kan?


Cantik kan Tart Cadburry De? Kemas je De buat. De, syabas De. I bangga dengan U. I tak sangka, U berkebolehan baking macam ni. 



Cantik je coklat dia tak melting pon.


Tak terliur ke tu?


Yang ni Red Velvet Cadbury Tart. Harga RM30.00 untuk 30 pcs. Dia upgrade la sikit harga sebab ada pulak white chocolate atas dia.

Anyways, kalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaau la sesapa berminat nak order, kata De last dia buat Khamis ni. So sempat lagi la kalau korang nak. But kena ambik sendiri dekat rumah De (Shah Alam) or ambik dekat rumah I di Ampang or office I dekat Jalan Raja Laut. Tempat lain takdak. Ko tengok dia punya exclusive sampai macam tu sekali. Hahahahahaha. So kalau berminat boleh WhatsApp De terus dekat 011-61569495 OK? Untuk orang office I, InsyaAllah Isnin depan lah boleh dapat. Kata De, InsyaAllah lepas Raya dia akan ON jual cookies macam Praline, Chocolate Chips semua tu. Merajin De ni. Jual dah la murah. Tak penat ke? I cannot la baking ni. Memang bukan bidang I. Tingat dulu buat Brownies dekat kampung, sebab nak suruh cepat masak, I naikkan suhu. Pakai pulak api atas bawah. Memang la cepat siap, tapi hangit la. Campak kat luar, ayam pon tak sudi nak makan. Blardihel.

-eNd-

No comments: