Thursday, July 11, 2019

Selamat Bercuti Sekolah Shein

Assalamualaikum..

Kepada Apai sorry tak masuk-masuk lagi entry Raya yang ada muka Apai tu. Yang tu nanti Maksu masukkan minggu depan eh? Tak sabar nak citer pasal Apai punya experience kena anxiety. Boleh citer ke tak boleh ni? Hahahahaha. Tapi masa Yash citer tu, kelakar pon ada. Patut orang sakit, kita kesian ni jadik macam kelakar pulak. Sementara nak dapat permission on cerita Apai, I nak share pasal Shein and school la. Haritu dia ada sleep with the shark program dekat Aquaria. Program dari Khamis sampai la Jumaat tengahari baru boleh pick up. The kids sleepover at Aquaria tapi Shein kitorang ambik la malam tu lepas habes program sebab tak harap nak tido sendiri lagi. Paling risau dengan blaket busuk dia. Buatnya hilang ke, aje mampos nak kena mencari. Shein ni dah nak masuk 7 tahun tapi dengan blanket busuk tu, berpisah tiada. Itu la dia dok kelek kehulu-kehilir and sampai bawak pergi sekolah. Bau tak payah cakap la, memang kalau campak dalam Aquaria, semua ikan terapung hahahaha. Time waktu sekolah dia tak cium la, tapi nanti masuk je kereta time Baba ambik terus zaaaaaaaaaaaaaaaaaaap dia cium, peluk lepas tu ibu jari masuk dalam mulut. Semalam Shein last day untuk Term 4. Harini sampai la 28/8 ni dia cuti Summer Break. Sebulan lebih woi cuti, suka la eh ko Shein? Malam tadi dia count 'Tomorrow no school, no school. no school, no school' sampai banyak-banyak kali. Last-last dia sendiri cakap, 'So many no school Mama'. Hahahahha . During school holiday ni, I nak carik la kalau ada apapa program untuk Shein join. Macam Scientist Program ke... Korang kalau tau ada apapa program seangkatan dengannya bagitau I eh? Untuk School holiday ni I still ambik Kelas Mengaji and Phonics untuk Shein. Tak boleh bagi dia bergembira sangat. Dia ingat sebulan dia tak sekolah, dia takyah belajar at all? BTW, masuk Bulan 8 ni Shein masuk Year 2 = Darjah 2. Korang boleh imagine tak, Shein dah Year 2! That fast kan masa berlalu? Umur dia kalau ikutkan still 6 years lagi. Naik term baru ni, Shein kena beratur makan sendiri dekat Cafe. No more bawak bento from home yahooooo!! Tak payah dah Mama bangun pagi masak untuk Shein. Tapi dengar citer Set nasi pon dah belas-belas ringgit satu. Huwaaaaaa.



Ni Ms Dave and Ms Alyson. Cikgu kelas Shein 1Y. Shein ni dia paham ke yang next term Ms Dave dah tak jadi Cikgu Kelas dia? Shein relax je, yang sedih is Mama. Huwaaaaaaa! 


Sendat dah baju dia tu. I tak beli lain sebab katanya next term uniform baru. Kalau beli nanti, rugi lah kan? So pakai je la. Lagipon I dah beli 4 pasang. Sehari 1. Seluar pon 4. Takot takde masa nak basuh in between minggu tu.


Debab kan Shein? Kata Faiz geram nak spank. Last day, I kasik la dia pakai kasut tu. Biasa dia pakai black shoes.

Dekat Sayfol ni kekadang I tengok bebudak pergi sekolah macam taknak sekolah je. Kalau Korean boy tu, pergi sekolah rambut macam Gu Jun Pyo kenteng-kenteng lepas tu selak tepi. Panjang pulak tu. Seluar sesenteng-senteng alam dengan kasut boot bagai. Yang pempuan pulak I tengok siap pakai rantai, gelang semua. Yang Japanese tu dah macam Manga character dah. Ada yang pakai skirt pendeeeeeeeeeeeeek giler siap jaket blink-blink. Hahahahhaha. Kekadang I ketawa sorang-sorang tengok. Lelaki and pempuan sama naik. Yang kaler rambut pon ada. Tu yang jenis bergaya la. Yang jenis selekeh pon ada jugak. Pastu kalau Middle East punya student pulak baju macam ketat, kain labuh tapi ketat. Baju lengan pendek tapi pakai tudung. Tudung pulak jenis aci boleh je. Macam-macam pesen. Hahahahaha. Tau la kan Orang Arab ni badan besar-besar. Ada yang cantik tu, cantiknya macam Model. Tu baru 15-16 tahun tu. I wonder, macam mana cikgu nak focus kalau student semua cantik-cantik. Time PE (Pendidikan Jasmani) seluar dorang pakai sampai peha tu. Dah la gebu-gebu. I taknak la amek gambar sebab nanti nampak macam jakun pulak. Tapi kekadang rasa dorang ni nak sekolah ke nak pergi clubbing? Hahahaha.

For Shein, Mama ucapkan selamat bercuti. Cuti sekolah ni jangan nak debab-debab sangat lah. Makan tu control sikit portion. Nanti masuk term baru, kena makan sendiri dekat Cafe. I wish you good luck and all the best. Mama tau Shein boleh berdikari. Dah besar dah kan? Huwaaaaaa sedihnya... Tak sangka Shein dah nak masuk Year 2. Now tido pon still dengan Mama. Kita tido becinta bepeluk-pelukan. Kekadang ada la rasa sedih. Berapa tahun je lagi dapat macam ni dengan Shein. Kata Kaklong nanti masuk 9 tahun, Shein dah taknak dah tido sama. Sebab dia rasa tak cool. Dah besaaaaaaa. We see how nanti. Mama ke Shein yang sedih bila bepisah tempat tido.

-eNd-

1 comment:

Maie said...

I bet kaksu yg sedih nnt heheh
Tapi gitu lah kaksu mcm kita ni pn sorg boy tu lah nk gomol2 bagai..
mak2 ni mmg sedih xmasal hahaha anak peluk ckp i love u pn sedih trharu hahhaa