Thursday, August 8, 2019

Pelancaran Kedai Delima

Assalamualaikum..

Hari Isnin haritu office I buat Majlis Pelancaran Kedai Delima dekat kitorang punya building sekarang. So that senang la kalau staff dekat sini nak beli barang-barang keluaran Delima Oil Products. Harga dekat sini pon murah sangat berbanding dengan harga dekat tempat lain. Untuk Minyak Saji 5kg harga cuma RM17.50 je. Murah giler! Kalau dekat Giant pon tak dapat harga ni.  Untung la Staff FGV. Selain dari Minyak Saji, DOPSB pon ada barang-barang lain macam Sos Cili, Sos Tomato, Kicap, Margarine, Spread and macam-macam lagi la. I pon bila masuk sini baru tau banyak jugak yang company I keluarkan. Sebelum ni I familiar dengan Susu Pekat Manis, Margarine Pelangi, Adela and Mee Segera je. Kalau Mee Segera favorite I is Ayam Kampung. Korang kena cuba tau? Nanti ada masa, I try share resepi and review makanan-makanan yang company I keluarkan OK? I rasa memang bagus I masuk sini, sesuai dengan hobi I yang suka makan ni. Hehe. BTW, korang tau tak yang Minyak Masak Saji ialah minyak masak No 1 di Malaysia berdasarkan pada survey yang dibuat? Kitorang menguasai lebih dari 30% pasaran minyak masak di Malaysia. Jauh tetinggal jenama-jenama lain. Macam Mak I pon, kalau minyak masak kena Saji. Taknak jenama lain. Kenapa? Sebab kita confident Saji ialah minyak masak keluaran FGV and dijamin halal. Orang tua-tua kan biasa semua nak syarikat Melayu yang keluarkan. So dengan Saji takde dah was-was. Ni dah kenapa aku tetiba skema ayat buku text? Haha. I perasan semenjak masuk company baru, I punya sense of humor macam dah berkurang dah. Sini semua orang focus buat kerja je. I pon kekadang nak pergi toilet kena postpone sebab busy je nak menyelamatkan dunia. Tetiba je pening sebab gas tak lepas. Tingat dulu Intan citer, Mekda pernah pengsan sebab tahan berak. Hahahaha. Kekadang dah balik rumah pon fikir kerja. Amenda yang aku bizikan sangat pon entah la. Takpe, I bagi time untuk diri I. InsyaAllah lama-lama I akan biasa la dengan routine sekarang. Best jugak bila bizi ni sebab I tak perasan masa berlalu. Tiba-tiba je dah nak balik. Lunch pon kekadang skip. Kaklong suka la bila I cakap I busy. Kalau tak dulu asyik kacau dia je. 12.20pm dah call ajak lunch sebab lapar. Sekarang 12.45pm dia call I pon, I cakap 'sekejaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap'.


Dengan Dato' GP and team. Kemain semua happy. Ama tu berani dia buat muka cantik sorang-sorang? Nak kena ni.



Ni Marketing Team. Dari Kiri : Tak kenal, Edi, Airin, Hanin, Ina, Ama, Kak Asmah and Siti Nohaliza. Nampak sangat I paling besar dekat sini. 


Mintak perhatian semua sila focus pada I sorang je sebab I Emcee. Hahaha. Ni time rehearsal ni. Cita-cita dulu nak jadi Pembaca Berita sampai masuk umur warga emas tak kesampaian. Jadik Emcee crowd 40 people also can do. Hahaha sedih sangat rasa. Masa rehearsal tu, I ada la buat lawak cakap nak tujukan lagu. Bila event habes Boss I cakap 'I cukup risau you tadi buat lawak sorang-sorang lepas tu gelak sorang-sorang'. Hahahahaha. Jangan risau Boss. I ada masa boleh diharap jugak.


Paling Kiri tangan belakang macam kawad polis tu is Farhan, a man behind this event. Congrats Farhan and team! Al-hamdulillah semua smooth je.. Ni je I tengok dia senyum. Kalau tak muka kura-kura je. Nak tegur pon takot.


Mira cakap, 'Maksu cantiknya gambar ni'. I rasa Mira ada masalah penglihatan. Tapi sebab dia kata cantik, I masukkanlah. Hahaha. Yatie, tengok kita ada dagu dua macam ayam belanda. Kluk kluk.


Depan Kedai Delima sebelum majlis start.


Apa yang suka sangat tu?


Kaklong and Dyba pon datang support beli masa event dah habes. Tapi tu la, pakai duit I. Hurm... 

Congrats team. Alhamdulillah semua jalan lancar. I pon tumpang happy. Harini Kedai laku giler. Masa Lunch hour I singgah sekejap tengok banyak la tempat dah kosong. Minyak 5kg pon tinggal dua botol je. Rugi la tak grab chance for staff FGV. I pon dah belikan untuk GF, Mak Azizah and jugak Tok. Mak Azizah bukan main cakap banyak-banyak kali 'Tok Amah nak minyak Saji je, minyak lain taknak'. Tachiuuuuuu Tok sebab support minyak Saji.

Masa I masuik dalam IG Story, Dyba macam biasa la dia sedih. Dia cakap 'Dyba tau Kaksu and orang Office sana dah dapat accept each other'. I tau Dyba sedih. Dyba ingat Kaksu tak sedih? Dyba ingat Kaksu tak ingat Dyba? No matter what, FRISB will dearly forever ada dalam hati Kaksu. Kadang-kadang orang ada depan mata but our heart chose sapa yang akan ada dalam hati. 5 minutes moment tu lagi beharga dari mengadap muka hari-hari tapi menyampah. Kaksu tak jumpa Dyba hari-hari tapi Kaksu sayang Dyba sama tak pernah berubah. Yes. Changes is hurt. Really hurt tapi life must goes on. Sebab kita taktau apa yang Allah plan untuk kita. We never know. We never know what future lead us. Yang tau apa yang bakal jadik kedepan is Allah sahaja. Most important is kita kena embrace the moment, letak tepi mana yang buat kita sedih and we move forward, be happy dengan apa je yang kita ada. Sometimes, it took forever to us untuk understand life and keep on question why why why but Allah tau and dah susun baik-baik untuk kita. Kita just follow. Kalau failed, takpe. Kita buat as pengajaran and never give up. Nanges sekejap is OK but after that bangun balik.

Life never easy Dyba. But wait until ada ujian untuk kita, time tu kita sendiri tak sangka kita sekuat ni. Kan? Love you Dyba. (Tetiba ending entry pasal Dyba) Hahahahaha.

-eNd-

1 comment:

dyba said...

tears..sebak baca last paragraph tu :(