Monday, August 12, 2019

Kerja ke tu?

Assalamualaikum..

Ramai dah ke yang masuk kerja harini? Pada yang dah masuk kerja, diucapkan selamat bekerja. Pada yang still on holiday mood - untunglaaaaaaaaaa. I hari esok dah masuk kerja. Shein still cuti sekolah, sampai la 28 August ni baru dia masuk new term. I saspen one thing je. Uniform dia muat lagi ke tak. Nak beli baru tak boleh sebab Sayfol cakap Uniform baru nak keluar dah soon. Probably abes term ni, dah start uniform baru. Maksudnya next year la kan? I pulak excited sebab macam dah boring baju Hijau Kuning. Macam Kedah. Tapi ex-Boss I cakap tu color Australia. Yerrr laaaaaaa Australia. Hehe. Dulu masa sekolah, baju kuning Pengawas Perpustakaan. I ada tengok sekolah lain, uniform dia cantik warna kelabu. Baju macam jalur-jalur Polo Ralph tu. Kalau yang dewasa pakai lagi handsome. Haritu Ms Dave cakap, probably new uniform warna dark blue. Macam Sekolah Kebangsaan la kan kiranya? I harap baju Shein nanti jalur-jalur la. Baru handsome nak pergi sekolah. Lepas tu I nak paksa Shein diet sebab now macam dah debab sangat dah. Dah la tu, ada hati nak mintak dukung. Bila kita taknak dia cakap 'Sian la Shein ni Mama'. Hahahaha banyak la dia punya kesian. Semalam Sazli tido awal, lepas tu dia tanya I, 'Abah mati Mama, macam mana ni?' Now banyak dia cakap bahasa melayu semenjak tengok Boboiboy. Tapi dah pandai cakap 'aku', tu Mama tak berapa berkenan tu. Harini seharian melayan dia je. Lepas Iqra' Class, I dengan Sazli bawak dia pergi Amcorp Mall beli Monster Zero and Godzilla. Lepas tu pergi KLCC makan dekat Madam Kwan and tengok Boboiboy Movie tu. Happy la dia. Suruh apa pon boleh. Suruh ambik air pon OK. Biasa remote sejengkal pon boleh gaduh kalau suruh dia ambik time dia takde mood. Hahaha. Takper lah kasik chance. I sayang Shein sangat. Happy je hari-hari bila ada Shein. Kekadang menyampah jugak, esp bila dia buat bebal and tak paham semua bahasa. Bila kita cakap Jawa dia tanya 'What do you say Mama?' Tau pulak.


Happy Birthda to Ezy! Tetiba gambar ni padahal tadi cakap pasal Shein. Hahaha.

Birthday Ezy 9 August haritu. Gambar kat atas ni tak silap I tahun 2015-2016 kot? Time tu Sarah still ada lagi kerja dengan FRI. Now Sarah dah kerja dekat Melaka. Jumpa pon dah jarang-jarang. I miss you BB. Untuk Ezy, Kaksu doakan semoga Ezy dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Harap dapat la kurus balik macam gambar pakai baju biru ni. Kitorang kalau tengok gambar ni akan cakap 'Macam orang ada 4 bini'. Hahahaha. Bini muda dalam gambar ni obviously is Dyba la. Sebab dia manja lebih. Bini Sulong Intan, I no 2, Sarah no 3 sebab dia macam kurang kasih sayang, ada jugak nak pegang-pegang Ezy sikit. Hahaha. Moving forward, Kaksu hope kita semua boleh justify life kita. Eeeee company baru I ni banyak sangat guna ayat moving forward dengan justify. Phobia dah I dengan dua ayat ni. Anyway, I hope the best for everyone. Walaupon kita semua dah tak sama macam dulu but the memories remains forever. InsyaAllah.. Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik. Hope one day Allah helps everyone of us untuk show the right path and bagi semua orang happy semula. OK?

-eNd-

3 comments:

Sheila Arshad said...

samalah ngan anak no. 2 saya. Mencanak-canak badan dia naik lepas sunat. Pastu kedekut bab baju...nak gak pakai baju faveret dia yang dah sendat mendat. Dia yang pakai ammi dia pulak yg rasa sesak nafas.

lanseikong said...

Nice blog .....

Fid"s said...

Nice๐Ÿ‘