Monday, October 14, 2019

Kuantan Birthday Surprise - Part I


Assalamualaikum..

Happy Birthday Princess! Actually birthday I 12th Oct tapi sebab haritu Sabtu and I busy menyelamatkan dunia so tak sempat la nak update blog. Anyways, I update dari Grand Hyatt Kuantan ni. Shein and Sazli masih tido lagi kepenatan. Jap lagi nak ajak Sazli breakfast Mee Kari lagi lah dekat Hoi Yin. Depan ni je, only walking distance. Lepas tu nanti after check out nak makan Durian Goreng dekat Corner tu pulak, dah banyak kali datang Kuantan tapi sampai sekarang tak makan-makan pon Durian Goreng tu. Jap lagi kalau Sazli taknak, I nanges je hahahah.

I sampai sini hari Sabtu. Habes je event office dekat Mywtown Cheras, terus I balik rumah and zaaaaapppp ke Kuantan. Bebudak lain dah gerak awal and sempat masing-masing breakfast dekat Kuantan. Actually nak celebrate birthday October Babies ni supposed to be surprise tapi Sazli jenis sama macam I so macam biasa la, mana nak tahan surprise. Last week tu dah add dah I dalam group surprise ni. Boleh? Hahahaha. Pastu Sabtu tu Azrul bagi dalam group 'Nanti korang sampai Hyatt, Kita berkumpul la lepas tu masuk bilik Go and Asma buat surprise dekat Su dengan Go'. Gitu dia punya lurus pembaris. Sah-sah la I dalam group tu jugak. Hahahaha. I cakap kat dorang 'Sekarang ni Go je la harapan kita untuk buat surprise ni menjadi. I dengan Apis Haris dah tau. Qayeem pulak kecik lagi, mana dia nak paham konsep surprise ni macam mana. Hahaha.'


Go memang surprise la jugak bila dia pergi pantai, nampak bebudak ni semua ada kat sini. Dari Kiri : Acap, Apis Haris, Aleh, Kale, Azrul, Edi, Saz, Piju and Go. Hadry time ni tak turun lagi sebab anak dia 4 kan, so huru-hara sikit kalau nak follow program. Hahaha.


Kitorang sampai dalam 4.30pm macam tu. Just nice je sampai sebelum nak berkumpul semua petang tu dekat pantai. Bila memasing dah ada anak ni, semua jadik susah nak ikut time. Kang time tu la ada yang nak tido, ada yang nak berak. Hahahahaha. So kitorang check in dulu. Bebudak ni ada yang stay dekat Zenith and ada yang stay dekat Vistana. Dinner malam tu buat dekat Hyatt je sebab senang untuk Go, Asma and Baby Amjaad yang baru je lepas hari pantang. Saz book hotel ni through Booking.com and harga ialah rahsia kata beliau. Trip ni 100% sponsored by him sempena dengan I punya birthday and I princess. Dinner malam tu pulak siap semua ada deco, ada cake and dapat hadiah lagi. Adoi... Betul punya surprise ni. Anyways, jom check out sikit kawasan Grand Hyatt ni.


Ni I ambik gambar dari lobby. Kolam dia besar jugak and ada dua bahagian. Yang belah sana I tak ambik pulak gambar. Sini ada private beach as well. Cantik jugak Hyatt ni walaupon hotel lama. Dorang baru je lepas renovate tak silap I.


From the other side. Kat sini ada a few cafe and tempat event.


Sebelah tu ada jual baju, baldi korek pasir tu and macam-macam lagi. Shein kan pantang tengok. So dia mintak I belikan. I cakap, 'Give Mama a good posing. Mama take photo' Lepas tu ni je dia bagi. Ni je the best you can do Shein?


Bilik jenis Superior je ni. OK la untuk kitorang 3 beranak.


TV and meja. Kalau tak tau ni apa, taktau la. Hahaha.


Takde bath tub tapi toilet dia OK. Ada sliding boleh bukak tutup. Senang nak monitor kalau ada anak kecik perasan dia dah besar lepas tu nak mandi sorang-sorang.


View dari balcony.


Tak sesabar dah Shein nak mandi kolam. Stressed Mama tau?


Acap and Dhia. Time ni la plan macam mana nak surprise kan Si Go. Memula nak surprise dekat bilik dia, tapi lepas tu tak jadi. Tukar plan ke pantai sebab anak-anak Farah dengan Shein dah tak boleh nak tolerate dah. Kaki semua dah berpasir, kirim salam nak naik atas pulak. Hahaha.


Tengok la Si Aina ni, debab bukan main. Baru 3 bulan ni. Tapi dia good girl, memang tak banyak ragam.  Farah, 4 dah anak Farah. Seram. 


Shein, sebulan sekali mesti dia hitam either pantai or water park. Takper la. Macho sikit kalau hitam. Suka la dia dapat main pasir macam ni.


I datang sini, pakai baju event je. Hahaha. Tak sempat dah nak salin. Tachiu Linda for the make-up.

Siap kat pantai, terus kitorang naik atas and ready untuk dinner pulak yang sepatutnya surprise tu. Hahahahaha. Kata Sazli, 'Papa turun dulu lah. Nanti princess turun lambat sikit'. Gitu. I pon dah tetua ni mana la dapat idea still nak princess2 bagai. Hahahahaha. Actually bila turun bawah tengok setting semua cantik, I terkejut jugak. Ingatkan takat belon je. Deco by Miera and Eddy. Nanti I share dengan nkorang macam mana rupa tempat dinner kitorang OK? 

Anyway, Thank you everyone for the birthday setting ni. Asalnya dorang plan nak get together je. Tetiba jadik macam ni pulak. I amaze by dorang punya friendship ni. Dari Sabtu tu, time makan memasing berebut nak bayar. Harga bukan murah-murah tau? Kek je seketul dah beratus. Dah kalau 3? Lepas tu makan dekat Hyatt ni I kalau 20 orang dah berapa. Kata la sekepala RM60-70. Adoi, I tak boleh brain. Kata Sazli, dorang memang macam ni la dari dulu. Memang takde berkira memasing. I hope, we still can do this for many more years to come OK? Nanti I update Part II and seterusnya pulak. Babai!

-eNd-


No comments: