Monday, February 10, 2020

Penang Trip : Assalamualaikum Kash...

Assalamualaikum..

So day 2 dekat Penang, kami pakat pergi rumah Ustazah Hasnah sekeluarga dekat Bertam, Kepala Batas. Ni first time I jumpa dengan Ustazah Hasnah. Sazli memang dari dulu pon suka cerita pasal Kasyfi and 'adik-beradik SMK Teknik Kulim ni'. I pernah cerita pasal Arwah Kash dekat entry ni. Masuk dua tahun dah Arwah Kash meninggal. Rasa macam baru je semua ni jadi. Pejam celik dah dua tahun dah. Macam sekejap je rasa. Kitorang sampai rumah Ustazah Hasnah dalam almost tengahari jugak la. John dah pesan dekat Ustazah tak payah susah-susah buat apa. Tapi datang tengok ada macam-macam makanan. Maka seorang Suraya pon gembira. Hahahaha. Rumah Ustazah cantik. Terrace corner lot. Masa I masuk tu, rasa macam terkilan sangat. Kenapa la depa tak buat ukhwah trip ni dari zaman Kash ada lagi... Kalau tak, sure lagi meriah.

Kitorang yang sampai dulu. Masa tu I nampak anak sulong arwah nama Naufal. Darjah 4 dengan adik dia nama Hakim. Tak ingat umur berapa. Baya Shein kot? Kata Ustazah, Naufal ni muka iras Arwah.. Perangai pon sama. Dia banyak diam. Tak banyak hal sangat. Saz cakap pada I, Naufal ni memang iras sungguh dengan Arwah Kash. Tengok dia pon pendiam sama la karakter macam Arwah Kash. Masa I sampai tu, dia tengah tunggu dia punya makanan sampai. Ustazah cakap, dia order online. Western Set Hotdog dengan Mee Samyangg. I pulak yang berdebar masa orang delivery makanan tu call. Hahahaha.


Kitorang 3 family datang rumah Arwah Kash. Family Cikgu Khairy, Family John and Family Siti Nohaliza. Thank you Ustazah bagi kami makan. I segan la. Nanti Ustazah mesti baca blog I sebab kita dah friend dekat FB. Haha. Kena tulis sopan-sopan ni. Baru kenal perangai kena elok sikit. Tapi haritu masa dekat Penang I dah mintak maaf dekat Sazli sebab I kan jenis melompat-lompat. Makan pon always selera lepas tu loklaq. Sazli cakap takpe.. Dia faham. Naseb baik. Haha.



Ni la Naufal. Dia tengah makan, I duduk depan dia tengok je dia makan. I tanya, 'Sedap ke?' Dia cakap 'Sedap!' Lepas tu rasa macam nak nanges sebab sebenarnya I nak rasa sikit. Tapi segan nak mintak. Haha.

\

Murah je. Yang ni RM20.00 je kot? Ada Mee Samyangg, Grilled Chicken, Sosej, Meatball, Salad and Orange. Kat KL takde yang nak buat macam ni ke?

I cuba distract fikiran I dari Naufal. Masa Naufal cakap dia tak makan Samyangg tu, I rasa lega sangat. Ada harapan la I makan. HAHAHAHAHAHA. Masa bebudak main kat luar, lepas tu ada Cikgu Khairy dengan John dekat meja tengah minum air. Lepas tu I cakap 'John, berdebar-debar aku  masa Naufal makan. Kot dia habeskan Samyangg ni tak merasa la aku makan. Aku nak rasa sikit'. Lepas tu depa dua orang dah gelak-gelak dekat I lepas tu John pergi cakap 'Ustazaaaaaaaaaaah'. HAHAHAHAH Bangang. I tak kasik la John cakap sebab I segan. Tapi kan, dah namanya rezeki. Sebelum nak balik Ustazah pelawa. Tak tunggu lama zaaaaaaaaaaapppp I bersila. Tengah beria makan, tetiba Umar perati I makan. Sama macam I perati Naufal makan tadi. Lepas tu I tanya dia 'Umar nak ka?' Umar pon angguk. Hahahahahah. Habaq la nak rasa sikit. 


Dari Kiri : Ustazah Hasnah. Cikgu Murni, Siti Nohaliza and Nadyrah. Sopan kan I ambik gambar? Kena la sopan. Tengok la masing-masing macam mana.. 


Lepas tu I mintak free style. Cikgu Murni terus tongkat dagu. Tapi tiba-tiba tak jadi sebab segan dekat Sazli. Tu yang I nak tergelak tu. Cikgu Murni dia memang allergic dengan perkataan Free Style. Nanti zaaappp tongkat dagu terus. Haha.

\

Luas kawasan rumah Arwah Kash dengan Ustazah. Seronok la bebudak ni main dekat luar. Lepas tu ada kucing jugak.


Siap lawan tembak air sampai basah la dekat depan tu. Dari Kiri Umar Firas, Umar Razin, Naufal, Shein (Ketua sebab paling manja. Asal main semua nak menang. Ikut perangai sapa Shein?) and Hakim.


Ingat. Jangan sebut Free Style. Hahaha. Apeni semua berdiri tegak je? Yerla. Kena la kan? Imagine tetiba Nadyrah terus posing kat depan kaki bengkok sebelah buat peace, mata kenyit sebelah, mulut nganga, ada yang pengsan terus ni kang.


Sebelum balik hotel, Sazli ajak singgah kubur Kash dekat Masjid At Taqwa, Lahar Yooi, Tasik Gelugor, Seberang Perai Utara.


Assalamualaikum Kash.. Aku mai ziarah hang... 

Hurm... Sedih tengok Sazli. Dalam kereta dia diam je. I tau dia rindu Arwah Kash. I cakap pada Saz, lepas pada Arwah Kash meninggal, baru la semua macam close balik. Jumpa and try to atur apapa event untuk get together. Rapatkan balik Ukhwah... Tapi kalaulah semua tu kita boleh buat masa Kash ada, mesti lagi best kan? Macam Apit, John, Cikgu Khairy and Paklah, depa semua memang duduk Utara and bila raya, memang depa mai ziarah Ustazah dengan anak-anak. Hope, hangpa dapat buat menda ni berpanjangan lah sampai keanak cucu. Pastu I terfikir, Untunglah Kash... Untung ada sahabat-sahabat macam ni. Sampai macam ni sekali kawan-kawang hang sayang hang Kash...  Alhamdulillah... Untuk Ustazah, kami doakan semoga Ustazah and anak-anak baik-baik sahaja and dalam lindungan Allah selalu. Be strong. OK? Tak reti nak tulis apa dah. Tiba-tiba jadik blank. Tak boleh imagine macam mana kalau semua ni, jadi dekat I. 

-eNd-

3 comments:

Maie said...

Kita cryyyy baca entry ni kaksu huuuu
Moga ukhwah ni terus kekal smpai bila2

Hada said...

kita sebak baca ni kak sue..semoga roh kwn kak sue ni dicucri rahmat..sedih sgt tgk ank2 yg hilang kasih sayang ayah depa..semoga dorng kuat untuk harung smua ni..xleh nak bayang klu bnda ni jadi kat kita pulak

Unknown said...

semoga roh dicucuri rahmat...Aamiin........