Wednesday, March 25, 2020

Work From Home - Day 7

Assalamualaikum.

Baru masuk Day 2 Work From Home. As for now, I OK la lagi (tapi ada la rasa nak muntah sebab terperap je dalam rumah). Memang occupied je all the time sebab nak settle house-chores and kerja office and at the same time nak tengok Shein punya online kerja sekolah as well. Dah la ada deadline. Submit dia kena daily OK? Rasa macam tak sempat je. Ramai je colleague yang cakap actually WFH ni lagi penat compared to datang office. Nak lagi emak-emak yang ada anak kecik. Kerja pon ye, kerja rumah pon nak kena settle, masak semua pon still kena buat BUT ini je cara untuk kita semua putuskan rangkaian Covid-19 ni. Kalau tak, nanti jadik la macam Itali. Taknak kan? So semua orang kena la dengar arahan Kerajaan untuk stay at home and jangan keluar. Hanya kita yang boleh bantu diri kita untuk stop penularan virus penjahat ni.. OK sambung balik later. I nak masak.

Hi. welcome back.

Lepas almost seminggu baru edit entry ni. Hahahahaha. Busy and penatnya lah duduk rumah. Dah la asyik masak je. I rasa lagi 2 minggu macam ni, maybe I dah boleh jadik peniaga dekat Bazar Ramadhan. Ni esok Sazli request nak makan Kuih Lopes. Tengok berjaya ke tak. Suruh beli kelapa parut untuk golek kuih lopes, dia bedal beli macam nak makan kenduri. Haritu lagi comel, suruh beli bawang lepas tu stressed kenapa bawang tu ada size kecik, sederhana and ada color kuning. Masuk kedai keluar kedai (sebab I ada dalam kereta) lepas tu tunjuk I bawang 4 biji. 'Betul ni kan Mama?' Betul memang la betul, tapi 4 biji tu memang dapat sekali masak je la. Hahahahaha. Tapi kata Sazli yang size tu, 4 biji je ada. So dia beli lagi seplastik yang size kecik, lepas tu seplastik yang kaler kuning (Bawang India). Pandai pon. Ya Allaaaaaaaaaaaaaah tak sangka dah survive Day 7. OMGGGGG. I rasa I makin putih sebab tak main panas and makin gemok sebab kerjanya makan je pagi petang siang malan. Hahahah. Nah I share masak masa Day 1 Movement Control Order ni.


Sambal Ikan. Kemain kurus Ikan Kembong I. Entah-entah Ikan Selar. Tapi buat sambal ni, memang sedap. Walaupon nampak Ikan I macam berenang dalam minyak. Oh well, kerja company minyak, so minyak kena la guna banyak. Hehe. Nak resepi jugak ke acane ni?



Kangkung Masak Lemak Cili Api. I campur dengan Ayam sikit. Ramai pelik cakap tak pernah nampak orang masak lemak kangkung. Dulu pon I taktau. Belajar dari Atig la. Sedap! Kalau campur dengan Udang pon sedap. Resepi macam biasa.


Ayam Masak Halia. Ni masa memula first second day, I tak pandai lagi nak agak masak banyak mana. Hari-hari masak macam kenduri.


Nenas ni sedap! Makan dengan Kuah Rojak. Mak Mertua Poja bagi. Masa Isnin I ada jumpa Poja. Pergi office dia, lepas tu tengok rumah baru dia. Pukul 10.00pm baru lepas balik Ampang. Macam tu lah Poja, kalau jumpa dia mana cukup sejam dua.


Tengok la I buat meehun macam nak makan 10 orang. Sebungkus masak. Padahal ada kitorang je anak beranak + Intan.

Esok dah Rabu. Ada lagi seminggu lagi tempoh sebelum back to normal life. Tu pon belum tentu. Ni I ada dengar yang Perintah Kawalan Pergerakan ni maybe akan disambung. Taktau la lama mana. Tengok statistic sampai hari ketujuh ni ada la penurunan jumlah jangkitan dari Day 1-6 but jumlah dia masih lagi tinggi. I rasa nasib la PKP ni start Rabu lepas, kalau tak sure lagi ramai yang kena Corona Virus ni. Yang meninggal pon dah 14 orang dah kan? Sedih lah kalau kena sambung PKP ni. Lagi sedih kalau jangkitan Corona makin bertambah, keadaan makin worst lepas tu kita kena hidup macam ni dalam tempoh yang lama. Apa akan jadi pada ekonomi... Eh, macam-macam menda terjejas but for me, as for now yang most important is kita kena pastikan Corona Virus ni habis lepas tu baru la fikir bab lain.
Macam I, tetiba suka makan buah. Haritu tetiba teringin nak makan orange la, tembikai susu la, apple la. Padahal dulu buah yang kena potong memang tak la I nak makan. Jangan kata nak potong, nak kunyah pon malas. Sekarang tengok? I handle semua OK? Dengan Nenas ada 3 biji ni kat rumah. Sazli dia kalau beli memang takde sikit-sikit. Hahaha. Comel je. I ingat Saz sorang tapi husband kakak I pon beli sawi sampai sepemeluk. Punya banyak macam nak buat kenduri. Kelakar kan bila jejantan kena pergi shopping barang? Call lain, video call lain. Sabar ajer la.

Ayways, untuk semua readers, please take care of yourself and family as well. Kalau tak penting, jangan keluar. Kalau nak keluar makesure pakai mask, sanitize your hand. Kalau ada glove pon pakai. OK? Doalah supaya semua ni cepat berakhir. As for now, duduk je rumah diam-diam. Gemok pon takpe. Makan je. Nanti fikir lain. OK? Okbye!

-eNd-

No comments: