Monday, August 17, 2020

Kek Marble Pandan Santan Moist Menggunakan Santan SAJI

Assalamualaikum..

Harini I nak share resepi buat Cake Marble Pandan Santan Moist yang I cedok resepi dari Google lepas tu improvise ikut selera tekak I menggunakan Santan SAJI. Kena guna Santan SAJI tau sebab kalau santan lain, I tak jamin boleh sedap macam ni. Santan SAJI ni bila buat kuih dia takde rasa macam 'tajam'/pungent or hapak macam sesetengah Santan kotak lain. Korang boleh dapatkan Santan SAJI ni dekat Aeon or Jaya Grocer. Kalau beli, beli je banyak-banyak terus sebab stock memang cepat habes. I pon sekali beli terus 12 kotak. Simpan buat stock. Senang nanti nak buat Cake.

Bahan-Bahan untuk Kek Marble Pandan Santan Moist
6 biji telur Gred B
1 cawan gula halus (atau 200 gram)
1 sudu besar ovalatte
50 ml  Santan SAJI
20 ml susu segar
2 cawan tepung self rising flour (atau 220 gram)
170 gram Adela Margarine (dicairkan) kalau guna microwave 1 minute.

Cara Membuatnya
Mix sebati semua bahan (kecuali margarine) sehingga gebu
Last sekali masukkan margarine cair (kaup balik - don't over mix)
Bahagikan adunan kepada dua bahagian
1 bahagian original
1 bahagian campurkan satu sudu kecil pewarna hijau dan 1 sudu kecil perisa pandan
Lapikkan loyang dengan parchment paper
Letak satu senduk adunan berselang seli sampai habis
Bakar pada suhu 140-150 darjah selama satu jam atau sehingga masak (api atas bawah)
Guna rak paling bawah (jangan panaskan oven)
Sedia untuk dimakan


Kek Marble Pandan Santan Moist Menggunakan Santan SAJI

 
Texture dalam dia memang moist je. Sedap! Nak dapat corak macam dalam tu, selang seli letak sesenduk. Kalau sesudu takkan jadi macam ni sebab nanti layered dia terlalu nipis.

Most important kena paham oven masing-masing. Suhu pakai yang rendah je. Masak lama pon takpe sebab nanti atas dia nampak cantik corak marble. Jangan panaskan oven at all OK? Nanti kalau suhu panas, corak dia akan lari ketengah. Kalau lari, dah tak boleh nak kejar dah. Hahahaha. Kalau tak berjaya, jangan give up. Cuba je lagi sampai berjaya. InsyaAllah... Kek ni nanti rasa dia manis-manis buah je. Just nice. Selamat Mencuba!

-eNd-

5 comments:

nur510 said...

betul ke nie kaksu buat..
so emejingggggggggggg....
impresssss..
selalu tgk dok lalu lalang kat ig..
nie kat blog kaksu...
x tersangkaaaaaaaaaaa
dala cantik like pro

wanie said...

Kaksu api atas bawah ke bawah saje ?

Chooyaya! said...

Nur510 : yer ler. kaksu la buat. tp selepas berapa kali kegagalan pon. tapi kaksu tak give up. cuba and cuba lagi. dalam pada dah berjaya, tetap ada jugak yang tak menjadi.

wanie : api atas bawah. ada rasanya bagitau kan api atas bawah? tak baca la tu. nak kena babap ni.

Ida Iar said...

Masak kek marble memang mencabar mulanya. Tak tau tips yang betul memang corak lari ke tengah. Dah beberapa kali buat baru dapat rentak menjadi elok keknya.

Unknown said...

Oven tak perlu panaskan ye?