Assalamualaikum..
Quick one. Selepas sebulan lebih I balik dari Europe, baru nak share new entry harini. Itu pon entry pendek je. Tapi now dah mula rindu pada Europe. Especially the weather lah sebab you know, your country so hot! Hehe. I rindu Switzerland lah especially tapi kalau dapat repeat London pon dah OK sangat dah. Sini senang sikit nak naik train sebab guna bahasa English, so senang nak faham. Tempat makan pon kita dah tau la mana yang sedap and halal. Malaysian biasa duduk area Bayswater atau Paddington sebab kat sini senang nak cari makanan halal and kedai jual bahan mentah pon cuma walking distance je. I ni berangan la kan, kot ada rezeki nanti, kita nak pergi London setahun sekali. Ewah!! Takyah la shopping apapa (tak janji). Cukup la sekadar kita kat sana, lepak minum kopi kat small cafe. Jalan-jalan dekat Portobello Market, sambil berangan masuk kedai buku dekat Nothing Hill and makan donut. Portobello Market cukup la sebab Borrough Market tu macam sesak padat sangat la. Nak bergerak pon susah.
Masa kat sana, kitorang ada a few jumpa dengan Malaysian punya celebrity. Jumpa Scha and Awal, Eina Azman and family (tapi tak tegur la sebab dia macam feeling orang kenal dia, sambil Live beli DIOR kat Harrods) and jumpa kembar football player yang kawen dengan Ayu Raudhah tu. Rizalman pon stay tak jauh dengan kitorang. Masa yang kitorang dekat Hyde Park tu, dia pon kat sana, tapi takde pulak terserempak. Kat London kitorang stay 10 hari. Memang best sangat kat sana, walaupon apartment Felda yang kitorang duduk tu berlaga bontot kalau selisih tapi actually, London punya stay la yang kitorang relax sikit. Pagi breakfast dekat hotel, makan sosej dengan roti paratha jenama Kawan also orange juice. Shein balik Malaysia, dia taknak makan Nasi Laymaks (according to him) and Roti Canai sebab dia kata itu bukan breakfast. Amboi.
Shein pon suka stay dekat London. Kalau cakap nak balik Malaysia je time tu mula la sedih. Cuma bila balik Malaysia dia complaint kata I asyik shop shop shop. Now asal nak keluar rumah je pesan, 'Mama, no more shop OK?' Takpon kalau dalam mall, dia tarik tangan I and tutup mata I tak kasik nampak kedai. Especially kedai baju la. Hahahah. Pastu kalau I balik je dari mana-mana, dia tanya 'Where's your Shopping Bag?' Well, dia ingat dia bijak? I mesti la tinggal dalam kereta. Nanti malam bila dia tido, baru la I smuggle bawak masuk bilik. Hahahahahahah.
OKlah. Nanti kalau rajin, I tulis entry lain pulak OK? Tengah bloated ni. Bedal banyak sangat macaron today. Merata la I try macaron dekat KL ni sebab nak cari yang sama sedap macam yang dekat Paris. Last time dekat Pavilion ada Laduree tu, now dengarnya dah tutup. Yang I perasan, Macaron, Croissant and Hot Chocolate dekat sana, hatta kedai kecik dekat alley pon sedap. Kata Sazli sebab kat sana sejuk, tu pasal dia jadik sedap. Kat Malaysia ni lain pulak rasa dia. Kata Kaklong, kalau sedap-sedap ni dia letak babi. Macam la dia pernah makan babi. Hahahaha.
-eNd-
1 comment:
Hahaha..ayat last buat i gelak laa...
Post a Comment