Showing posts with label Legoland. Show all posts
Showing posts with label Legoland. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Legoland Part IV

Assalamualaikum.

AHAHAHAHAH korang jangan ingat Legoland punya cerita dah habes eh? Jawapan dia ada lagi. Pada yang tak suka baca… Hurm…. Kena baca jugak! Kata sayang I kan? So jangan banyak komplen. Pang kang!

Macam yang I cerita dalam previous entry, kitorang sempat pergi ke Water Park dalam 10 minutes lepas tu dah kena prrritttttttttttttttttttttt sebab hujan. Faktor keselamatan katanya. Sian kat Shein, tak puas berendam. So the next day (Isnin) lepas sarap, I bawak Shein mandi dekat hotel punya swimming pool je. Seronok la Shein. Jalan dalam kolam pon taknak orang pegang dia. Sesekali ada jugak dia tenggelam. I lantakkan ajer. Sapa suruh eksyen. Haha.

Kat sini tak ramai orang. Kesian je I tengok yang guard 2 orang tu. Pegang pelampung tinjau sana tinjau sini tapi tadek apapa pon. Dah la rentung sebab asyik main panas. Kolam dewasa pon kalau I berdiri tak tenggelam. This time datang kitorang tak bawak pelampung Shein sebab ingatkan hotel ada provide. Tapi takde rupanya. Last time masa pergi Equatorial Melaka bawak pelampung tapi hotel provide pulak. Nyampah.

Dalam 40 minute kitorang pon naik. Meroyan la Shein. Mata dia tak lepas pandang kolam sampai la nak masuk lift. Oleh sebab tu, nanti kalau ada landed house, I nak buat siminpul kat backyard so that nanti bebila dia nak main air zaaapppppppppp terus pergi blakang rumah. Mandi kolam. Cecece.

Nah. Korang tengok la gambar-gambar yang I sempat snap masa dekat pool, masa breakfast and dalam lift. Enjoy!



Happy la Sheindong time ni. Budak kecik memang macam ni kan? Nampak pool je menggelupur.

Friday, October 24, 2014

Legoland Part III

Assalamualaikum..

Ok la. Nak jugak tu share lagi pasal legoland walaupon dah lapan belas tahun punya cerita. Hahaha. Macam yang I cerita dalam Part I and Part II, kitorang masuk lambat. Around 12.00pm kot baru sampai gate. Takper la, tadek rushing apa lagipon Sunday Johor kan cuti, so tadek masalah nak beratur panjang untuk main game ke apa cuma cuaca amatlah panas. Naseb baik Shein dah pakai sleeveless, seluar cotton selesa and stroller yang ada payung so tadek la I rasa bersalah sangat. Walaupon I seorang yang meroyan ambik gambar bangunan Lego sorang-sorang tapi takper. I ok jer. Haha.

Mak, Bapak and Sazli memang la bukan kaki bergambar. Sazli la paling win. Amek gambar taknak, tolong ambik gambar pon taknak. Jenis dia ambik gmbar sekali je. Lawo ke tak, lighting ok ke tak lantak ko la kat situ. Apa hasil dia ambik gambar kena gembira jer. Redha. Hahaha. Bapak plak dia suka ambik gambar if involve Shein je. Tapi ok la. Dalam bab ambik gambar I up la markah Bapak tinggi dari Sazli. I agak la if dalam family ni tak I seorang yang bersungguh-sungguh, I rasa memang setiap kali vacation gambar kenangan almost tadek kot? Yang ada gambar I selfie sorang-sorang je. Hahahah. Syok sendiri.

Kitorang memula naik keretapi. Lepas naik keretapi baru la pit stop sekejap. Makan. Padahal tadi baru buffet breakfast yang siap pukul 10.30am tapi pukul 12.00pm dah makan. Paham tak konsep dia kalau berjalan tapi lapar setiap dua jam ni macam mana? Hahahah. Ingat. Jangan lupa ambik map ok? Sebab lepas ada map then only you know bahawasanya Legoland ni bapak la besar. I nak cerita each place dekat sini pon tak mampu but korang kena try semua jenis roller coaster dekat sini. Ada 4 jenis tak silap I. And please naik semua sebab each jenis, different experience dia ok?

Dalam banyak-banyak tu, satu je yang Sazli boleh naik. Tu pon PUAS I memujuk dia. Sazli kan ada vertigo. Dia mana boleh naik menda tinggi-tinggi macam ni and jenis rentap jantung macam ni. Nanti dia migraine. So semua pon I naik sorang-sorang je la. Loser. Biolah. Dah la beratur sorang, lepas tu naik pon sorang. Kan ada yang jenis satu roller coaster punya kereta tu (kereta ke nama dia) Boleh naik 4 orang kan? I naik sorang ok? Hahahha. Sazli tukang pegang handbag and amekkan video dari bawah. T____T Abang yang tukang jaga tu pon tanya, ‘Sorang  jer ker?’ Pastu I cakap  ‘Yerla dah tu? Buta ke?’ Tapi jawab dalam hati. Hahahaha.

Seriously nak naik 3 4 kali pon tadek masalah sebab memang tadek orang queue. Puas hati. So if nak pergi puas main, pergi time Ahad and bukan cuti sekolah ok? Boleh main sampai muntah.  Masa first ride, kiter naik roller coaster yang masuk dalam air tu. So memang basah la. Kena la beli poncho RM12.00 sehelai. I sanggup jer beli sebab tak mampu nak melekeit sependa and bra basah. Memang tak basah langsung bila pakai poncho! Masa memula naik rasa excited. Tapi bila dia berenti kat tengah-tengah and nak menjunam kebawah tetiba rasa menyesal. Tapi dah terlambat la. Sebab takkan la nak terjun dalam air tu pulak kan? Hahaha.

I masuk almost semua tempat tapi yang kalau ada game berkumpulan and mainan budak-budak tu I tak join la. Dah kata I dengan Sazli jer berdua (Bapak, Mak and Shein dah naik hotel time ni). Sazli plak RAJIN SANGAT la nak melayan I naik semua menda kan? Dia kan dah dewasa? I je yang kanak-kanak dalam Legoland ni tapi kata Sazli, ‘Ikut mana Bubu nak pergi. It’s your birthday kan?’ Heeeeee Tq Papa! Tenkiu sebab naik jugak sejenis roller coaster dengan I. Sazli ni memang omel. Badan nak tinggi je. Rambut nak kenteng rock je tapi tu la. Gayat. Architect sebetulnya tak boleh gayat sebab kena sesekali cek bangunan panjat tinggi-tinggi tapi sebab dia vertigo kiter kena la maafkan dia. Ok?

Apai, dalam hal ni. Apai la menang sikit dari Saz tapi bab makan sos tomato, ko kalah eh? Hahahahhaha. Overall I had so much fun! Pergi kali kedua yang entah bila nanti, I’ll make sure yang lawatan itu lebih beerti dan tak membazir. Kan I pergi beli combo ticket waterpark+themepark dalam sehari. Itu kurang bijak sebab each park at least we need one whole day. Nak main-main tu memang sekejap tapi nak  berak/makan/solat/berehat tu pon kena ambik kira jugak.

So kepada yang nak pergi Legoland, jangan lupa baca link tips I dekat atas yang I dah bagi tadi ok? Pergi tempat yang kena bayar ticket mahal, hotel mahal and jauh dari rumah kena la berbaloi dan puas hati kan? Kalau I cikgu pelancongan (Ada ke cikgu pelancongan) I bagi I 70 markah for this time. Maknanya B aje. Next visit I makesure I dalam 90 markah A++.

So, enjoy the picture. Tak banyak pon I letak kat sini. If nak tengok banyak-banyak, pergi klik album Legoland dekat FB I. Rasanya tak private. Ok? Majulah Legoland untuk Malaysiaaaaa!!! **Tetiba

-eNd-



Ni la Roller Coaster ride yang paling seram. Ambik gambar sebelum queue. 

Friday, October 17, 2014

Legoland Part II

Assalamualaikum..

So acaneh tips I bagi panjang-panjang kalau nak pergi Legoland dalam previous entry? Sayang I lebih tak? Kalau sayang bak uweet. Haha. Ada lagi permintaan suruh share bilik and park. Sebab ada 16 juta keping gambar, I share by entry la eh? Kang kalau entry panjang-panjang nkorang bukan nak baca. Scroll sampai bawah lepas tu dah. Penat je I bebel banyak-banyak. Nyampah.

Macam yang I cerita dalam entry ni, kitorang ambik Kingdom Themed Suite. Kata Sazli jangan ambik Pirate. Nanti Shein takot sebab ada banyak lanun. Errr. Ok Baiklah. Memang dari awal I nak Kingdom Themed sebab nak fefeeling pwincess. Maklumlah birthday girl walaupon di over shadow oleh Sheindong. Rupanya Themed Suited only  for Kingdom je. Bagus. Senang kerja. So untuk Pirate and Adventure takde Suite ok? Only ada Themed and Premium Themed.

Theme Suite ni besar dari Themed and Premium Themed sebab dia ada living hall and ada dining area. Toilet pon ada dua. Satu toilet ada bathtub so senang nak berendam dengan Shein. Dalam dia memang penuh dengan decoration and for baby macam Shein memang best. Shein huru-hara tau? Kesian sangat. Kejap masuk bilik, kejap keluar. Panjat sana panjat sini. Naseb tak meroyan je. Haha. Terus dapat idea. Nanti kalau dah ada rumah landed, nak buat satu bilik main yang macam ni sebab nanti baby mesti happy giler. Emak baby boleh tumpang sekaki.

Jom check out gambar.



King size bed ni dia dalam bilik. So ada privacy kalau datang dengan anak-anak yang dah besar. Bagus. 


Motip nak letak sampai dua kali gambar katil?


Yang ni dressing table. Kitorang punya bilik view park. So dari dalam bilik boleh nampak whole Theme Park. Dengar la orang jerit naik roller coaster. Yang dalam cermin tu Putera Raja tengah berangan. I suka detail dalam bilik ni. Wall paper penuh, lepas tu ada banyak lego toys.


Ada dua katil double decker dengan pop out bed kat bawah sekali tu. So if datang 8 orang boleh fit dalam satu bilik ni. Semua orang boleh tido atas katil dengan gembira. Tadek diskriminasi sapa gemok tido atas lantai.


TV dekat depan double decker bed. So takyah gaduh if dekat hall orang nak tengok bola.


Living hall. Luas and selesa


Different view of living area.


Chandelier satu lampu dah padam. Tolak 8 markah.


Wall paper


Dining area. Sebelah tu ada almari. Dekat almari tu ada extra pillow, iron bod, iron, selipar, lego set, peti besi, tempat gantung baju and many more.


Katak lego atas mystery box yang kitorang tak dapat bukak sampai kesudah. Soalan macam senang tapi still tak dapat bukak box ni. Kata Ellis if dapat bukak, dapat hadiah lego dalam dia. Tadek rezeki. Tak heran laaaa kiter boleh beli sendiri (padahal bengang). Nyampah!


Shein masuk je bilik terus berlari setempat. Happy sangat-sangat.


Yayyyy dah dapat Lego! Satu bilik dapat 1 box Lego. Tapi tak boleh bawak balik la. Buat main dalam bilik je.


Bersiap sedia nak menyepahkan lego


Sazli pon nak join jugak. Ada time Sazli sungguh-sungguh build lego. Dah buat tinggi-tinggi lepas tu resaksa gorgon (Shein) datang robohkan. Bergenang je mata Saz. Hahahahha. Lawak. Nak marah tak patut pulak. Sian Abah kena buli dengan Shein. Sheinnnnn jagan buat Abah, nanti Abah nanges...


All mine Abah. Stay away!


Coffee table. Ada complimentary mineral water, a variety of coffee, tea, nescafe, sugar and creamer. Also ada boiler, coffee maker. Masa memula datang je bersih kemas. Lepas tu Shein dah main masak-masak dekat sini. Selamba je dia baling semua menda kat tempat lain. Macam buang sampah. Muka tadek perasaan je I tengok Shein. Macamkan cawan yang dia buang kebelakang tu tak pecah. Naseb jatuh atas carpet. Kat sini takpe Shein, kalau buat macam ni kat rumah, merajin pulak mak tiri ko nak kemas.


Tengok? Dia dah buang coffee mixer and coffee kat lantai. Ni malam lepas balik dari dinner. Taknak tido tu Shein, padahal dah pukul sebelas lebih. Dia kat sini makan pon puas berpaksa. Too happy and excited all the time sampai taknak makan.


Ko tengok dia dah buat show atas meja.


Ni dalam toilet. Satu toilet kecik, satu toilet besar. Sabun pon bentuk lego.

Overall I happy dengan bilik ni. Sebab luas dan cantik. Rate bilik tak sama and depends on tarikh bila kiter nak pergi. Kekadang jadik murah, kekadang jadik mahal. Macam magic. Time weekend and cuti sekolah akan jadik lebih mahal biasanya. Waktu I pergi 11-13 Oct bebaru ni harga dia ialah RM1800/night. Book online dekat Legoland punya website lagi murah dari walk in terus dekat hotel. But untuk bilik selain dari Kingdom Themed Room ni lebih murah kalau book through Agoda or Expedia. Ok?

Klik sini untuk baca entry Legoland Part I

Good luck and enjoy!

-eNd-

Thursday, October 16, 2014

Johor Premium Outlets

Assalamualaikum.

Untung la OngJohor sebab ada JPO. Outlet kan dia biasa jual murah dari mana-mana Butik yang ada? Macam haritu I beli baju Shein dekat Baby GAP. Sesuka hati sehelai sleeveless and pants harga RM30.00 je lepas tu T-Shirt yang sama I beli dekat GAP Pavilion RM65.00 sehelai, kat sana cuma RM39.90 je. Penjahat betul. Naseb baik tak banyak sangat time, kalau tak mesti bersila pilih baju. Hahaha. Sebab murah sangat kot? Kalau beli sehelai dua memang tak nampak, tapi kalau beli 20 helai so kira sendiri la berapa banyak penjimaat kat situ. Dekat RM500.00 perghhhh. Memang kat sini konsep dia ialah penjimaat dari 25% up to 65% EVERYDAY. (Kesian baru nak excited).

Ada orang cakap barang-barang dekat JPO is outdated tapi kesah pulak kan? Lantak la. Bebudak kecik pakai apa-apa pon comel. Janji baju berganti selalu. Shein pon kemain suka lagi main lari-lari dekat sini. Naseb ada Baba tukang kejar. Bagus. Dah nak keluar tu mengamuk nak pakai spek mata hitam. Kemain perangai. Dia bukan nak pakai sangat pon. Sengaja je nak main-main. Ambik spek, bergaya depan cermin lepas tu gelak buat-buat macam Farok Si Gagak Hitam.

Lagi satu yang murah dekat JPO is La Senza. Kegilaan apakah bra serendah RM100.00 untuk tiga helai? Menyampah. Dekat KL memang tak dapat la macam ni harga.  Panties pon murah. Boleh la beli lepas tu salin setiap kali masuk toilet. Hahaha. Sebab murah, apa lagi ambik la buat stok tukar hari-hari bra baru sampai seminggu. Masa dah dalam kereta, baru I wasap dalam group cakap bra murah. Intan kata nak kirim tapi dah terlambat. Phewww naseb baik.

I tak pergi pon tengok handbag dekat sini sebab tadek target pon nak beli handbag. Ada la a few butik Macam Michael Kors, Kate Spade, Furla, Burberry, Coach tapi tak singgah langsung. Lalu sambil jeling dengan ekor mata. Ada la beli a few shirt dekat Nike, Guess, Cotton On gitu-gitu je. Sebab limited time so nak memilih pon macam stressed. Time ni Bapak and Sazli lepak minum coffee and biar Shein main dekat small playground dekat situ. 2 hours berlalu begitu pantas.

Mak pulak shopping melebih-lebih. Dia suka baju-baju dekat sini. Tapi brand yang I tak familiar la. Flow ke menda entah. Jenis beli sehelai RM150, beli 2 helai RM170 (lebih kurang) so baik beli 2 helai. Bila dah tak larat jalan dengan heels, I beli terus pump shoes dekat Cotton On terus jalan laju macam Watson Nyambek. Walaupon sebenarnya Watson Nyambek tu dia athlete angkat berat tapi takpe. **Ira bongok. Sebenarnya Watson Nyambek memang lari la. Yang angkat berat tu Sapok Biki. Dia makan jeruk babi bagi kuat tu. KBye. Esok lunch kentin. Haha


Sementara tunggu Mak pilih baju dekat Flow. (Flow what???)

Wednesday, October 15, 2014

Legoland Part I

Assalamualaikum..

Ok, a few tips bagi sesapa yang plan nak pergi Legoland and stay dekat Legoland Hotel especially untuk orang luar Johor yang nak stay overnight sebab tak boleh pergi balik hari kan? Base my own experience. Nampak tak garang ayat dia macam mana? Hahaha. Stressed je sebab ramai yang tuntut janji bila nak up cerita pasal Legoland. Nyampah. So here we go!
  • Memula kena book hotel. Take note yang hotel dekat Legoland jenis family room. Dia ada 1 king size bed lepas tu ada katil double decker yang jenis ada pop out bed tu maknanya satu katil double decker boleh muat 3 orang nak tido. Ada 3 jenis bilik. Pirate, Adventure and Kingdom. Boleh pilih mana yang nkorang nak lepas tu ada 3 category. Pirate/Adventure/Kingdom theme room, Pirate/Adventure/Kingdom Theme Premium & Kingdom Theme Suites.
  • Apa beza ketiga-tiga jenis ni? Basically Theme Room and Theme Premium dari segi size sama je cuma premium ni dia lebih banyak hiasan dalam dia. Boleh cek dekat website Legoland and untuk Kingdom Theme Suite dia lebih luas sebab ada hall and dining area.
  • Harga? Ok. Kalau nak murah boleh ambik package macam room+ticket combo (waterpark & theme park) sebab dia akan jadik lebih murah dari harga yang any hotel/room booking sebab dia included ticket semua. Mana nak carik? Matta Fair. So lepas ni if ada Matta Fair kena la lekas beli sebab seriously very value for money. If teringin nak duduk Kingdom Theme Suite boleh book dekat hotel sendiri tapi kena book awal. Harga dia tak tetap. Kekadang serendah RM1,180, kekadang jadik up to RM5,000.
  • Kalau tak sempat nak pergi Matta Fair, boleh book bilik dekat Agoda.com or Expedia. Cuma dekat sini dia tadek la bilik Kingdom Theme Suite. Boleh dapat dengan harga lebih kurang RM670/night.
  • Avoid dari book dekat hotel or walk in sebab akan jadik superbly expensive. Depends on time (peak season macam cuti sekolah) and room availability. Usually bilik Theme or Theme Premium akan start dari RM1000++ and Kingdom Suite akan jadik RM1800++ (kalau book sebulan awal but depends on date visit) and Kingdom Theme Suite pernah jadik sampai RM5,000/night if walk in. Palotak dia la. So plan your visit to avoid extra duit kena keluar melainkan kaya dalam bank ada RM20 juta lain cerita.
  • Kalau book hotel, untuk combo ticket (theme park+water park) dia akan dapat for two days and akan jadik murah. So better ambik package tu or if taknak ambik combo (water park+theme park) for two days, beli ticket online 7 hari awal dari tarikh visit and dapat extra 20% off. Boleh cek jugak harga untuk annual pass (kalau nak pergi 18 kali setahun) also value for money or kalau merajin boleh kumpul kupon dekat mana-mana kotak makanan macam cornflakes and dapat 10% murah. Yang ni kena cek la mana company yang offer. Tapi macam kesian sangat eh kalau pergi beli tiket guna kupon. Omel. Yang ni Fiezul kata dia sanggup buat. Haha.
  • Jangan risau bab sarap sebab 1 bilik dapat 5 breakfast (depends on jenis bilik).

Ok. Setel bab hotel and tiket park. Now tips bila dah sampai dekat Legoland.
  • Semua kena take note yang mainan kanak-kanak ialah start dari 4 tahun. 3 tahun kebawah ialah free. Manala tak free sebab boleh main apa je pon. Depa stakat enjoy kat hotel je la main lego dekat Pirate Ship and Castle Lego tu. Macam dalam park mainan dia sesuai untuk 4tahun keatas macam nak main kereta control semua tu. Sebab Shein debab, dia fit je masuk dalam kereta tapi sebab kereta tu kena control sendiri so tak boleh la. Takat naik je. Nanti kalau dia naik lepas tu langgar tembok je or tak pandai kona dah bangun guling atas jalan, ko nak jawab?
  • If nak bawak stroller, bawak la yang selesa. Ada spans padded and umbrella. Macam stroller payung toy r us tu kesian kat baby sebab nanti panas.. So bawak la stroller yang besar, selesa supaya baby pon selesa. Bawak yang boleh recline so that dia boleh tido bebila also bawak la kipas klip tu. Tersangat la panas dekat Legoland. Like seriously panas. Why Malaysia so panas? **Flip hair
  • Pakai pakaian yang serap peluh. Takyah nak fancy berkasut tinggi baju lap lip berseluar yenki segala. Pakai t-shirt cotton and jeans. I suggest pakai sport shoes so that senang nak gerak and selesa. Nak naik roller coaster pon tak risau kasut tanggal. Untuk baby pulak pakaikan la sleeveless and short dari material cotton.
  • Pakai sunblock. Untuk jaga kulit dari sinaran uv. Panas kan? Direct terus ke kulit pon tak ok jugak.
  • Bawak backpack. So dalam tu boleh sumbat la menda-menda souvenir yang kiter beli or maybe towel kecik lap peluh or wet tissue and air mineral and sunglasses and kain sembahyang. Jangan bawak handbag sebab tak praktikal kecuali Prada. Eh. Kbye.
  • Pakai sunglasses sebab kalau tak pakai pening, jarak penglihatan dalam cuaca terik buat mata kiter sekecik-keciknya and pening. Pakai cap ayam punya pon takpe tak pening mata. Paham tak konsep pening mata macam mana sekarang ni?
  • Bawak payung kecik tu. Bila panas zaaaaappp bawak keluar payung sambil pandang orang sebelah pastu cakap 'kau ada?'. Nak pakai topi petani tu pon boleh. Time taknak guna boleh masukkan dalam bag. Best kan?
  • Bawak la air isotonic and mineral water sendiri dari luar sebab harga air dalam Legoland ni mahal. Isotonic sampai RM5.00 sebotol. Tapi kalau teringin nak makan or lapar ke apa tadek masalah, sebab kat dalam ni ada melambak restaurant. Sediakan aje ongkosnya. Surau, toilet, tempat baby semua pon ada. Bagus giler.
  • Ambik map dari tempat memula masuk so that kiter tau kat mana hot spot nak pergi, also boleh tengok restaurant and facilities lain. Sangat penting. Haritu masa memula masuk kami main redah je tetiba lost sebab rasa macam alahai, ni je ke Legoland? Padahal luassss nak mampos ok? Naseb baik Bapak sanggup patah balik dekat gate masuk and ambik map.
  • Pergi la time tak ramai orang. Take note Johor kerja hari Ahad so kalau taknak beratur panjang untuk main, avoid la pergi Jumaat/Sabtu. Time I pergi tu hari Ahad so satu game tu boleh main 8 kali. Nak taknak je. Hahaha. Tapi kalau muntah jagung cup jawab la sendiri.
  • Haritu I beli combo ticket so dalam masa sehari boleh masuk theme park+water park tapi sudahnya dekat water park tak puas sebab limited time yang tinggal. If stay 2 hari, sehari pergi water park, sehari theme park. Baru puas. Alang-alang kan? Baik main sampai muntah je. Dah la tiket mahal.
  • Kalau boleh start masuk pukul 11.00am so that kiter tak rushing. Theme park close at 7.00pm and water park close at 6.00pm but depends on weather. Kalau kat waterpark, if hujan or ada thunderstorm dia akan preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet semua naik. Tak boleh masuk dalam kolam.
  • If masuk water park, masuk la awal pagi sebab air dia suci dan bersih lagi. Cek la hari apa dorang tukar air sebab time I pergi tu, Ahad petang dalam pukul 5.00pm air dah keladak kat bawah dia. Eeeeuwww. Entah ada orang kencing ke kan? I naik hotel terus mandi sebab gatal-gatal. Yang ni korang kena cek hotel hari apa theme park tukar air. Busuk-busuk pon, masuk la kolam time pagi. Kurang lagi orang kencing dalam tu. Haha.
  • If stay dekat hotel and rasa jemu nak makan sebeb sebelah hotel, berdepan dengan theme park ada satu shop lot yang ada variety of foods restaurant.

Apa lagi eh? Rasanya tu je la kot yang I boleh ingat untuk hari ni. Esok lusa kalau I ingat, I tambah ok? Nanti next entry I share gambar-gambar lain masa I dekat sana. So sekarang korang kena sayang I lebih sebab I karangan selebar-lebar alam macam ni. Nak Uweeeetttttttttt.


Buat muka Shein. Buat muka. Pang nak?


-eNd-

Monday, October 13, 2014

Teaser : Legoland

Assalamualaikum...

Tak sabarnya nak share dengan nkorang pasal I punya trip dekat Legoland kali ni (Legoland je pon. Haha).. Tunggu esok lusa tulat eh? Nanti I share tips macam mana nak pergi Legoland dengan nilai yg berbaloi-baloi dari hotel booking, ticket, makan and semua-semua base on my experience this time dengan syarat nak uweeeett. Hahahahha.

Shein kan? Dia memang overshadow I ok? Macamkan trip ni untuk birthday dia. Suka giler dia dekat sini. Happy sangat tengok warna warni toys everywhere sampai 3 hari ni nak bagi dia makan tahap kena pegang kaki tangan sumbat makanan dalam mulut. Malam ngigau ketawa-ketawa sebab happy sangat. Kompem 8 kali I akan bawak Shein datang sini lagi. But this time kena tunggu la dia at least 4 tahun supaya dia dapat main semua permainan dekat sini.

Kingdom suite room. Luas. Feelin' like at home. Ada king size bed + 2 katil double decker and pop up muat untuk 7 person/room

Sheindong is the happiest person on earth!

Wednesday, September 3, 2014

Legoland Rooms

Assalamualaikum.

Bila cek gambar and website Legoland, Mama got more excited! Shein pon of coz akan lebih excited sebab dia dah pandai appreciate toys and all kan? (Kalau dia tak excited I akan paksa dia excited jugak. Tak kira). Sedang dekat Kidz Sport and Gym pon dia dah lari setempat punyalah happy. Inikan pulak Legoland yang colorful tu. Arrrghhhh really can’t wait this October. Ini semua plan MIL la. Dia kata nanti birthday Su, kiter pergi outing and pilih punya pilih diantara Langkawi, Redang, USS Singapore and Legoland kiter sebulat suara pilih Legoland. Read kiter : I dengan Mak je. Hahahaha. Ini kuasa wanita!

Bapak kata dia takmau laut. Sazli kata asalkan tempat tu sesuai untuk Shein and biar Shein enjoy. So Legoland la kan? Nanti kiter pergi on Saturday check in pukul 3 lepas tu lepak-lepak je dalam bilik. Tak payah keluar sebab bilik pon dah bapak la punya best. Pastu esoknya baru kiter go for Theme Park and Water Park. Maybe Ahad go for Theme Park and Isnin go for Waterpark. See how. Eeee bestnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!

I dah cek rates for hotel and ticket terus telan ailio. Memang agak mahal. Paling murah is Kingdom/Pirate/Adventure Theme Room for RM672.50/day includes breakfast for 2. Kalau Premium Theme for RM795.00 includes breakfast for 2. Yang up skek Pirate Theme Deluxe RM1,125.00 and paling best is Kingdom Theme Deluxe RM1,475.00. Itu kalau harga Legoland. Kalau dekat Agoda I tak tengok lagi. Tapi kalau guna rates Hotel, dia akan bagi discount for Theme Park ticket. Takper. Nanti akauntan akan kira mana yang worth for money. Later kiter akan decide (Akauntan tu I. Banker tu Bapak) Kah kah kah.

I punya assistant ialah Mak. Dia senang dipengaruh. And dia ikut je apa yang I cakap best. Mak memang best. She is a good follower yang comel. Sazli pulak dia macam auditor yang suka cut bajet sana sini. Oh that one no need, that’s too expensive etc. Nyampah je. Tapi naseb baik Banker baik hati. Usually Banker akan tanya I, ‘Su happy?’ So I sed yes sambil pandang Sazli. And if Su happy then proceed. Yayyyyy!! Thank you Bapak. U are the only father I have. I kan anak yatim? So semua orang kena buat baik and bagi anak yatim happy. Nanti dapat pahala yang banyak.

Kat sini pon ada restaurant as well. So for that particular 3 days, kiter akan duduk je dalam Legoland. Tapi JPO pon kalau tak pergi macam rugi. I kata pada Mak, ‘Ok Mak, Mak ada 2 bulan untuk kumpul duit. Su nak handbag’. Pastu dia pandang I buat muka blur. I kata, ‘Kan birthday Su?’ Pastu dia gelak-gelak je. Hahahahha. Mak. U tadek pilihan, I’m the only daughter U have so I am the princess ok?’ Tapi I saspek nanti kalau Shein ada adik pempuan, I akan turun pangkat. Cis!

Nah korang, check out gambar hotel Legoland. Tempting kan? Bestnyaaaaaaaaaaaa!! Each room dia ada King size bed pastu ada macam dinding. Sebelah dinding tu ada katil double decker untuk kids so sapa ada anak 4 ke, boleh je sewa 1 bilik. Tadek hal. Senang macam ni kan? Tempat tido terpisah so Mak Pak ada kerja lain nak buat malam-malam anak-anak tak ganggu. Lagipon dorang ada tv dorang sendiri. Itu yang penting. Hahahah.

-EnD-


Yang ni Kingdom Theme