Friday, February 6, 2009

Anak-anak buah saya!

Kak Long ada 3 orang anak. 1 lelaki & 2 perempuan. De plak ada 2 anak, sorang lelaki & sorang perempuan... Aku seronok sangat dikelilingi dgn budak2 besar & budak2 kecik nih. Masing2 ada karektor yang kadang2 boleh buat aku tersenyum sorang2 kalau teringat. We start from besar dan last skali yang paling kecik.

Anak-anak Kaklong

1. Aliff Izzat - Tahun 2009 nih umur dia 21 tahun. Dia baru jer grad last week dari Maktab Tentera. Sekarang ni dia dah bergelar Left. Aliff Izzat. Makcik proud of U Along! At least Along berjaya jugak habiskan pengajian Along. Along nih karakter dia simple.. Dia easy going, paling rajin pergi kedai kalau kat kampung. Baik hati... Tp satu jerk yang aku tak suka, dia nih player ok? Hahaha.. Along Along... Kadang2 Makcik lupa yang Along nih dah besar rupanya.


2. Anis Naziera - Anak Kaklong yang kedua. Tahun nih dia belajar dalam Tingkatan 2. Badan dia mmg cepat naik, sekarang pon dah lagi tinggi dari aku. Ayang ni suka berfesyen. Anak sulung perempuan dalam adik beradik dia.. Dengan Kaseh yang umur 3 tahun tu pon dia nak gaduh. Hehe.. Tapi dia pandai bawak diri.. pandai jaga adik, cuma pemalas sikit... Err.. Pemalas banyak!



3. Alis Sofea Syahira - Anak bongsu Kaklong yang baru 3 tahun. Putih melepak macam babah dia.. Kaseh nih manja and mak nenek. Dulu2 dia bukan nak kawan sangat dengan aku, cuma sekarang jerk dia dah mula kawan... Mmg dari dia kecik kami semua dah panggil dia Kaseh. Dia banyak ajar aku nyanyi lagu-lagu budak skolah tadika. Barang dia mmg kiter tak boleh nak pegang langsung. Kedekut! ayat Fav 'Ni Kaceh munyer...!'

Anak-anak De

1. Muhammad Amirul Aiman - Sekarang Aiman dah darjah dua. Budak hitam nih memang berjiwa kampung habis. Suka memancing, pikat burung, mandi sungai. Tu yang kekadang atok dia boleh jadik semput, pasal risau dia suka sgt jalan jauh2. Takot jugak apapa jadik dekat dia. Rasanya, dalam banyak2 cucu mak, yang ni yang dia sayang lebih sikit since mak memang jaga dia dari kecik. Aiman ni suka jer nak berebut tempat tidur ngan aku kalau time aku balik kampung sekali sekala. Benci!

2. Shaza Nur Amiera - Kitorang semua panggil dia Sasha jerk. De memang dari skolah nak anak dia nama Sasha, so termakbul la dah. Sasha buah hati makcik ni memang mcm mak nenek! Queen of drama ok? Kalau sakit sikit, meraung macam luka tu boleh mati. Dia selalu mencuit hati aku...

Tarikh : Bulan Jan 2009
Tempat : Dekat pasir longgok kat tepi rumah

Masa tu Sasha tengah main pasir dengan abg dia...

Mak : Cha, Cha tengah buat apa tu?
Sha : Cha tengah ain pacir
Mak : Main pasir buat apa?
Sha : La... Cha tengah buat kubur achok la...


Hahahahahhaha.. Suka2 hati dia cakap tengah buat kubur atok dia... Kaseh panggil atok dia 'totok', and Sasha plak panggil atok dia 'Achok'. Belasah la budak2, janji nkowang happy....


So inilah dia 5 orang anak buah aku. 2 lelaki, 3 perempuan. memang seronok! Makcik sayangggggggggggg nkowang semua. Makcik harap, nkorang semua akan jadik anak yang baik, berjaya didunia dan di akhirat... XOXO

Ni random picture kami semua.. :)




4 comments:

intan said...

shasha sangat comey..............

Chooyaya! said...

Ha ah, macam makcik dia kan? :p

intan said...

Makcik dia mmg sangat comey tapi kuat majooookkkkkkkkkk

Chooyaya! said...

Intan : U suka tau kasik I malu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...