Friday, February 6, 2009

Perihal Sombong




SOMBONG..!!!



Aku rasa, perkataan sombong ni memang selalu diperkatakan orang.. Aku sendiri benci dengan orang yg sombong dan tengah cuba belajar supaya tidak jadi orang yg sombong. Ada banyak kali aku jumpa dengan orang yang sombong tak tentu hala and rasa diri dia tu macam best sangat!



Kenapa eh perlu jadik orang yang sombong? Apa faedah yang mereka dapat? Apa salahnya jadik orang yg berbudi bahasa, hormat perasaan orang lain? Kadang-kadang aku nak jer doakan orang-orang yang sombong ni ditimpa musibah.

Tapi macam jahat la pulak... Sekarang nih aku tengah nak tolerate dengan orang2 yg ada penyakit ni. Pertama, aku akan be nice jugak dengan mereka.. Tapi kalau tak jalan jugak selepas beberapa kali percubaan, aku akan sound balik.! Ingat apa? Bulan pun tak sombong macam awak tau? - Pinjam ayat Sazli..

Peristiwa 1 - Pak Guard my apartment

Aku selalu ada masalah dengan this one pak guard dekat tmpt tinggal aku sekarang ni. Dia nih muka dah la ketat, tak pernah nak senyum.. Kalau orang tanya apapa mesti jawab dengan nada suara yang kasar lepas tu siap nak tengking2 lagi. Giler ah! Dia fikir dia tu apa? Dia sedar tak gaji yang dia dapat tu hasil dari duit maintenance yang semua tenant bayar?

So, pagi ni selepas 2 3 4 5 kali dia menyombong tak tentu pasal dengan aku dan 2 3 orang kawan2 aku yg pernah kena dengan dia, so aku dengan langkah yang kompiden giler, datang dekat guard house tu.

Aku : Excuse me, I nak tanya sikit, saper guard yang putih2 yang biasa jaga this guard house dalam pukul 6-11pm?

Abg Guard : Yang mana tu kak? (kenapa dia panggil aku kakak? aku nampak tua sgt ke? cis!)

Aku : Yang saya cakap td tu ler... (bukan ke aku dah terangkan dia yg mana satu?) I just nak tau jer nama dia.. Bukan apa, I nak tau, apa masalah dia tu yer? Kalau bercakap dengan orang, tak pernah guna bahasa yang elok. Mesti nak marah2 and cakap kasar.. Tak boleh ke dia be nice to the resident? Tak salah senyum. Kita yang duduk dekat sini bukan budak2 lagi. Lainlah kalau pelajar Uni yang balik lewat masuk hostel ker, boleh la dia nak sombong2 macam tu.

Abg Guard : Saya tak pasti yang mana satu la kak, karang nanti saya takot saya salah bagi nama pulak.

Aku : Ok, takper la kalau macam tu, I carik sendiri. Once I dapat nama dia, I nak report to the Management. Anyway thanx.

So, lepas tu aku terus jerk blah. Langsung tak pandang belakang dah. Lantak la kalau dia nak cakap aku belagak ker? Aku rasa orag-orang yang macam ni memang patut kena ajar. So, I really looking forward untuk jumpa Abg Guard yang sombong tu petang ni and aku akan dapatkan nama dia and do my plan, report to the Vi*** W****Mas Management! Wish my luck!

Peristiwa 2 - Guardian Ampang Point

Ada this one day dalam last year, aku ada la pergi Guardian dekat Ampang Point nak carik toiletries. Lepas puas hati dapat semua menda yang aku nak tu, aku pon terus pergi ke kaunter. Masa nak bayar, Cashier tu cakap, yang aku ada dapat satu barang free dari Maybeline - Aku beli dia punya mascara.

So, budak cashier tu bawak la aku pergi ke tempat Maybeline n ask me to pick up another one mascara. Pasal rupanya buy 1 free 1. Aku taktau pulak yang aku ambik tu ialah barang promotion so, aku macam dah menyusahkan orang lain dekat kaunter tu pasal terpaksa tunggu aku kejap nak ambik mascara free tadi. Aku pon takder la nak pilih2, just pick and go back to the counter.

Masa aku nak masuk balik dalam q tu, aku ntah macam mana terpijak la kaki sorang perempuan gemuk giler buruk yang sombong nak mampos ok? aku mintak maaf dengan lemah lembut macam suara perempuan melayu terakhir... Nak tau apa respond dia? Dia berpaling muka dari aku, lepas tu siap menberi jelingan maut!



Mak ai.... So, aku terasa macam aku yg bersalah, so aku pun mintak sorry lagi sekali and terus la buat bayaran. Aku notice yang dia sebenarnya tak beli apapa pun, dia just temankan kawan dia untuk bayar. Sebok jerk menyempit dekat situ buat apa???



Pastu tengah aku nak bayar, aku denga dia ckp macam ni 'Kecoh jerk perempuan ni!' Pastu dia terus lalu tepi aku and sengaja langgar bahu aku ok??? Dalam hati aku, What the fish!!!! tapi masa tu aku sabar jerk.. Aku tutp purse aku, ambik barang adn keluar...

Tapi ntah macam mana tiba-tiba terasa darah pahlawan dari tok nenek aku mengalir dalam urat saraf aku n menyebabkan adrenalin aku tersentap and aku macam dapat mood nak gaduh. So... aku carik la perempuan gemuk giler tu tak luar Guardian tapi malangnya tak jumpa. So takper, aku tunggu kawan dia keluar.



Lepas jerk aku nampak kawan dia keluar, aku cakap kat dia mcm nih, 'Awak... tolong kirim salam kat kawan awak yang tadi tu, and tolong cakap dekat kawan awak tu belajar hormat orang lain and jangan nak kurang ajar sgt...' Budak tadi tu cam 'ok..' tapi muka macam takot giler... Pastu Sazli ajak aku blah pusing2 kat tempat lain.

Aku macam ada perasaan tak puas hati la pasal tak dpt cakap sendirik kat perempuan gemuk giler tu *macam la aku kurus sgt kan? hehe.. Lepas tawaf 2 kali dekat dlm Ampang Point, ntah macam mana, aku boleh terserempak dengan perempuan gemuk giler tadi tu, aku perasan dia jeling maut kat aku, pastu aku toleh dia and membalas jelingan dia dengan mata yang sikit lagi nak terkeluar.



Ikut hati nak jer aku datang kat dia and tanya apa masalah dia jeling2 aku, tp lepas aku jeling balik tu, dia cam mata terkebil2 and terus pandang lain... Nasib baik dia tak balas jelingan, kalau tak memang dia makan kasut la haritu!



Peristiwa 3 - Isteri Seseorang



Dalam banyak-banyak hal sombong, aku rasa yang ini lah paling aku tak dapat lupakan and yang paling menentap jiwa. Berlaku diantara aku dan isteri seseorang tu.. Kat sini aku kenalkan dia as a IS jerk ok? *Isteri Seseorang


Dalam 2 tahun lepas telah ditukarkan ke jabatan lain memandangakan jabatan lama tempat aku bertugas dulu ada masalah dalaman sikit. Sebulan setengah selepas aku ditempat baru, jabatan aku mengadakan Majlis Makan Malam bertempat di A Famosa.


Dipendekkan cerita, aku dekat sana kurang la friendly, sekadar bersalam dan mengucapkan 'hi' memandangkan aku baru saja bertugas dan pula tak ramai yang aku kenal. Dekat sana, aku lebih banyak buat hal sendiri dengan Kak Tonah dengan Kak Nini bersama keluarga masing2. Yer la, takkan aku nak peramah2 dengan org yg aku tak kenal.

Bagi pendapat aku, senyum dan berbalas salam dan 'hi' rasanya dah cukup kot? Tapi rupanya bagi IS tu, tak cukup.

So, back to the office next day, aku kena panggil dengan suami IS tu. Ini antara perkataan2 yang dia dah lemparkan pada aku.

  • Awak ingat awak tu siapa yang awak nak sombong2 dengan wife saya? Kenapa awak tak bersalam dan borak2 dengan dia? *Walhal aku dah berjumpa dan bersalam pun. tapi macam biasa, alasan aku tak diterima

  • Awak ingat diri awak tu hebat? Siapa boss? Awak ker saya?

  • Awak sedar tak diri awak tu? Bukan sesiapa pun.. Dah la orang kampung

  • Awak ingat muka awak cantik *dia la ckp, aku tak mention apapa pun* awak boleh buat bodoh sombong macam nih?

  • Awak belajar tinggi sangat ker?

  • Mak bapak awak tak ajar ker awak macam mana nak hormat orang?
MasyaAllah, sombongnya suami IS ni. Dia tak fikir pulak yang diri dia yg bercakap tu pun, bukan la anak orang kaya dan belajar mana2 universiti dekat luar negara.. Aku hanya mampu senyap jerk dan aku rasa benci yang teramat sangat dengan IS tu.


Suami dia pun sama, apa isteri dia ckp, ikut jerk... Selidik lah dulu, dan kalau betul pun aku ni sombong sgt, apa salahnya tegur aku dengan cara baik, bukan la menghina aku sampai macam ni sekali.

Pasal IS punya pasal, tahun ni punya Family Day dekat Damai Laut Perak pun aku tak dibenarkan pergi oleh suami IS tu, alasan - dia cakap taknak banyak soal jawab dengan isteri dia. Apakah???


And lepas pada Family Day tu, ada kakak2 office sampaikan pada aku yang IS tu, komplen cakap yang staff2 baru semua daring and mengada2.. Dia tak boleh except kot yang suami dia bekerja dikelilingi dengan perempuan-perempuan muda.

Itulah kenyataan bodoh yang aku rasa hanya dikeluarkan oleh perempuan-perempuan sakit yang terasa diri tak selamat. Nak pulak dia hanya bekerja sebagai surirumah. Bukan aku nak menghina surirumah, tapi biasanya orang-orang yang macam ni macam terkongkong sikit pemikiran mereka.


Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi perihal sombong yang aku nak ceritakan. Termasuk la jugak dengan 2 orang manusia yang aku akan nampak dalam hidup aku hampir setiap hari. Sombongnya Ya Allah. Tuhan aja yang tahu. Berat sangat agaknya mulut dia untuk mengucapkan salam atau at least satu senyuman.


Terpulanglah pada individu untuk menilai cerita aku ni. Tapi bila berdepan dengan manusia-manusia yang macam ni membuatkan aku rasa benci dan kena lakukan sesuatu supaya aku juga tidak dicop dengan gelaran 'SOMBONG'





4 comments:

Anonymous said...

he he he

Chooyaya! said...

choo... nanak jadik owang sombing ok?

Anonymous said...

moke sombong nak wat cane? aku tak besalah.

Chooyaya! said...

Choo : Aku kuat membebel eh? Hahahahahaha. mana ada! Muka sombong mcm muka ko masa memula jumpa kat sunway bowl. Amacam? :p