Monday, February 23, 2009

Weekend Activity.. & Sorry, we dont have M or L size

Acara biasa, amek gambar dikala boring semasa menunggu kek di Secret Recipe Ampang lepas bowling tournament

Cak! Besarnya mata Intan!

Kot ye pun, edit la dulu pix ni... Hehe


Hola! Rasanya dah lama sgt aku tak update blog nih since last week sangat2 bz untuk menyiapkan board paper. Alhamdulillah semuanya dah siap and boss aku pun arinih dah ada kat Jakarta untuk bentangkan Board Paper.. Time Board Meeting, jerawat seketul dua mmg la akan naik pasal aku tension. Boss aku plak, akan korek dalam2 selagi dia boleh carik silap aku.. * Tak sabar nak resign and own company sendirik...!

Sekarang muka aku mmg HITAM berkilat ok? Nak pegang kulit muka pun terasa perit. Dekat badan aku penuh dengan kesam lebam akibat dari aku banyak buat akrobatik masa volleyball tournament inter dept. company aku, masa last sunday. Dah la badan sedia ada kesan lebam pasal 'menampar' bola, smalam jugak, masa aku nak naik tangga ke my house, boleh jatuh terjelepuk dekat tangga.. Adoi, sakitnya, benyek buntot aku. Naik kebas badan. Dah la sakit satu hal, malu lagik pasal ada org ramai yg menyaksikan drama jatuh aku tu. nak pura2 pengsan, Sazli dah tau taktik aku. takot tak menjadik. Hahahaha *Sila la pura2 pengsan kalau malu jatuh dikhalayak ramai... :p

Friday nite, lepas menyiapkan board paper, aku ngan Intan main badminton dekat Racket Club Wangsa Maju. Satu court tu, kami berdua jerk yang kongker. Aku penat sebab gelak, bukan sebab penat main. Intan la punyer pasal. Asyik buat lawak jerk dalam court. Dia kejar bola, macam kejar ayam.. Hahahhaha *Intan, dulu pun kaksu mcm tu jugak!

Hari Sabtu pagi aku ada tournament bowling dekat Ampang Bowl. Macam biasa la, aku kalah. Lepas game, aku pergi Secret Recipe nak beli cake untuk birthday bebudak opis untuk hari Selasa nanti. Aku pun dah lupa kek apa yang aku pilih, tp yang pastinya kali nih, aku akan dapatkan cake dari Alexis-Pavlova. Yummy!

Hari Ahad plak, aku ada tournamet volleyball. Alhamdulillah team aku+kaklong berjaya masuk ke final. Thanx dekat penyokong2 kuat aku, Saz, Miza and kawan2 dari Technoplant pasal kasik semangat untuk mengalahkan team yg ada 2 org poyo dalam team tu yang macam bagus and aku dah buat perjanjian darah never ever ever ever akan berbaik dah dgn manusia yang mmg tak boleh dipercayai tu and bermulut sebusuk longkang dan bangkai!

We Dont Have M or L Size

Dah ada 5 tempat pengantin baju yang aku baru2 nak tanya and survey French Lace & Gown sound aku yang they dont have M or L size. Yang pastinya aku mmg dalam kategori tu. Hukhuk, sedihnya aku, terasa down kejap, tapi aku fikir, aku still got 5 month to turunkan berat badan, so aku kena la kuat semangat!

1. Allinas Butik

  • Adik, I tgk badan U pun I dah tau baju mana yang U padan. Girls, tolong ambik gown yang hujung tu.. *Gulp, besarnya gown nih. And mmg gown tu muat untuk aku.. Errk.... Ada la 2 orang pembantu kedai tu suruh aku test gown yang lain. Sepeti yang dijangka. Tak muat. Kecewa....

2. Roland Hashim

  • Roland : U guys tanak amek package gambar kat studio ker? If u nak, boleh ambik promotion kami ni.. Tapi, I rasa we dont have ur size la dear... We just have S & M jerk. I think U size L.... Kecewa lagik....

3. Cosry Bangsar

  • U guys tgk la dulu. Actually at Cosry, we prefer to do custom made. *sesamabil aku tgk baju Ekin, Bunga Cinta Lestari & Erra yang ramping2 tu... Mcm U dear, sorry la, I have to say that here, kalau U nak sewa jerk pun, we dont have ur size. If custom made, at least ur budget is 10k for sepasang baju. *gulp. Kecewa lagi dan lagi

4. En. Hashim http://udaimatunnur.com/

  • Aku dapat rekemen dari my make up artis - Ayang Kamell untuk check out baju2 dekat sini. aku dah bukak website dia, tak aku nafikan mmg la cantik and aku rasa, package baju tu, aku mampu. Aku pun dah separuh gembira. So, aku tanya la owner tu. En. Mail, I nih tembam sikit, ada size ke baju I? En. Mail menjawab. O... Berapa ukuran badan U? Here we got 34-29-38 is the largest la. Aku ckp, aku tak sure, but within that la. Sepantas kilat aku call my tailor dekat Pahang n ges what, aku punya ialah 34-29.5-40 *Kecewa lagi dan lagi dan lagi

5. Man Kajang

  • Ni ialah harapan terakhir aku since Putra dari Cosry pun ckp, kalau aku nak baju yang untuk sewa jerk, I can go here.. Of coz la aku tak mampu nak amek Bernard Chandran, Radzwan Radzwil or Jovian Mandagie kan? Dipendekkan cerita, Si Man Kajang nih cakap, average berat badan yang dia ada cuma sehingga 56kg. KECEWA HABESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Dah2. Aku dah tak sanggup nak kecewa lagik, So aku kena lipat gandakan usaha aku untuk mendapatkan potongan at least 34-29-38 Kalau tak, mimpi la aku nak pakai French Lace yang lawa2. Ada la kat kedai2 butik biasa nih, tapi jgn harap la aku dapat seperti mana yang aku nak. Ya Allah sedihnya... Aku akan usaha lagi untuk dapatkan berat badan aku mcm dulu. Aku dah bosan jadik perempuan gemuk.

Nak carik baju penantin pun payah ok? Dulu, masa memula timbang, berat badan aku on 1st Jan 2009 is 66kg-gulp! Aku kurangkan makan, tak ambik nasik, catu makanan habes2 han, hasilnya sehingga ke harini, aku dah hilang about 5.5kg. Al hamdulillah. kebetulan aku banyak aktiviti sukan, so at least aku ada gak la membakar lemak2 aku kat situ.

But still, aku kena jugak kurangkan berat aku. My wedding is just around the corner... Aku tanak kecewa lagik.. :'( Uwaaaa...!!!!!

Pasni aku akan amek roti putih jerk for breakfast, buah for lunch and air jerk for dinner. Tapi tadi, aku termakan dekat Hometown yong taufoo dekat Ampang. Camner tu?

6 comments:

Sharika Lincoln said...

erm cian nak wat cam mana that's how i feel last time bila sebok cari butik ada tu siap perli lagik siap cakap " erm baju tu x mungkin u muat" wah sedap jer mulut dia laser sampaikan x sempat nak duduk pon kat butik "A..." tu....tp mujur ah aku bernasib baik ada juga akhirnye mmg ah nak dekat2 kawin ni satu persatu dugaan yg datang bukan apa Tuhan nak menguji kita sebab nanti bila kita dah melangkah ke alam perkahwinan lagi berbagai2 dugaan yg kita kena tempuh....so Sue just think that u are lucky at least hari bahagia ko akan tiba insyallah kan... ;)

Anonymous said...

nak buat mcm mana... butik2 kat kl nih semua untuk org kurus2 jerk... sedih... hukhuk :'(

nadialyna said...

jogging jums! and wtf, jes water for dinner? for the next 5 months?? are yahh crazeeeee??

Chooyaya! said...

Jom jom jom! Dah tu? Water jerk la... Kalau tak, pengapit aku ramping, aku plak gemuk.. How???

Anna Dayana said...

Kaksu lunch pun tak makan, pagi lagi ar tak makan.InsyaALLAH semuanya akan berjalan dgn lancar..
Bukan begitu?

Anonymous said...

babe aku rase, its time to say goodbye to all the cakes out there yeh darl ...

baru 5 boutiques! usehe tangga kejayaan !!