Friday, March 27, 2009

GEMPA BUMI DI JERANTUT

Mak call tadi.. Dia cakap dia terasa terhuyung hayang masa borak2 dengan kawan dia depan rumah. Dia takot dan panik. Bila dia dengar berita, rupanya ada gempa bumi berlaku dekat Jerantut - 30KM dari rumah aku kt kampung.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku di Jerantut, Pahang pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata, gempa yang berlaku pada 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur. Pusat gempa terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah dirasai di sekitar daerah Jerantut. – Bernama
-END-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...