Thursday, March 12, 2009

Dia & Rokok

Tgk? Punyer la bahaya kandungan dalam rokok ni.. Kenapa la dia tetap jugak nak merokok

Ni la lebih kurang bentuk rokok yang dia hisap - Mild Seven Original 20 batang yang dia boleh habeskan dalam masa sehari tanpa rasa bersalah

Kalau boleh, aku nak sumbat mulut dia macam ni kalau dia degil nak jugak menghisap rokok!


Dulu dia...
  • Tak isap rokok dalam kereta
  • Tak isap rokok depan aku
  • Janji nak mengurangkan isap rokok dan mengurangkan membeli rokok
  • Sanggup tahan 'nafsu' merokok pasal nak jaga hati aku setiap kali lepas makan/minum

Sekarang dia...

  • Dalam kereta pun dia selamba isap rokok - alasan ngantuk *tak nampak pon dia menguap
  • Merokok depan aku tanpa rasa bersalah dimana2 sahaja dan bila2 masa sahaja
  • Janji tinggal janji, kekadang selamba menghabiskan sekotak rokok dalam masa sehari - alasan, dia kena isap rokok untuk berfikir & stress
  • Berganti puntung tiap kali kuar makan/minum. Dia akan berenti kalau aku dah tarik muka

Tau tak dia...

  • Orang yang mengidu asap rokok tu sebenarnya lagi berisiko untuk menghidap menyakit
  • Asap rokok akan memberi kesan kepada ibu mengandung *nanti la kalau aku pretnen
  • Asap rokok tu mencemarkan udara.. Kalau dah 10 juta rakyat Malaysia dok isap rokok pagi petang siang malam?

Payah sangat2 nak suruh dia berenti hisap rokok. Aku bukan nak kontrol dia atau marah dia atau nak sekat dia buat menda yang dia nak. Tapi tau tak dia yang aku ni sayang dia.. Taknak dia mati cepat pasal rokok.

Merokok ni bagi aku :-

  • Membahayakan kesihatan - Aku kan ada bad experience pasal rokok nih. Lupa ke dia yang ayah aku 'pergi' pasal kanser paru2 yang cuma dapat dikesan selepas melepasi stage 3?
  • Membazir - sekotak rokok berharga lebih kurang RM10. RM10 x 30 days = RM300. Apa aku boleh buat dengan RM300 tu? Aku boleh beli kasut sebanyak 3@4 pasang!
  • Busuk - Especially kalau dia minum teh tarik & isap rokok plak lepas tu. Aku terpaksa menahan napas tak sanggup nak bau campuran teh+rokok tu. Dah la tu, habes rambut aku berbau rokok. Rugi jerk spray perfume banyak2 kalau end up aku berbau tembakau!
  • Impian - Aku mmg mengimpikan yang husband aku nanti bukan la perokok. Bab2 lain dia dah pas dengan berjaya - syukur alhamdulillah, tp bab rokok nih, aku taktau lagi mcm mana nak ckp dengan dia :(

Aku ada la ckp, aku nak belikan dia StOp KiT * ubat untuk perokok tegar yang boleh berenti dalam masa seminggu. Tapi dia taknak. Alasan - dia boleh jerk berenti merokok kalau dia nak. So berenti la! Nak tunggu apa lagi???

Dah dah... Aku malas nak bebel panjang2. Bagi aku, kalau dia tak boleh nak ikut permintaan aku pasal rokok ni sama la dengan dia tak respek permintaan aku, permainkan perasaan aku dan dia sebenarnya tak sayang aku...!

Aku ingat kalau dia keep on smoking, aku nak buat satu rule la... If U want me to get pregnant later, so plz stop smoking or else, mengandung la sendirik!

5 comments:

pHat sUe said...

kekkeek no komen!

go sazli go sazli!

pHat sUe said...

satu lagi pendekatan tuk benti mrokok yg paling berkesan ialah ...

sazli kene peknen. bile die dpt tau die peknen sho berenti wan ah kekeke

go sazli go sazli!!

choO ko tak tunang gik, dah bebels dah?? * gelak golek golek *

Chooyaya! said...

ko nih sokong dia isap rokok plak... e!

Anna Dayana said...

mcm terkena jer..hihihi

yatiyahya said...

nk soh aie bacalah entry nih..:p