Monday, March 30, 2009

Office Activity March 2009

Tiap2 bulan, opis aku akan arrange untuk buat majlis makan yang simple2 jerk untuk petugas2. Tugas aku ngan Intan ialah untuk beli kek, fikirkan makanan apa yang boleh dimakan untuk semua peringkat umur (Intan cadangkan untuk makan pizza tapi malangnya telah ditolak awal2 oleh boss.. Tak sesuai dengan makcik2 pakcik2 kt opis ni katanya).

So dengan rendah hati dan penuh penyesalan serta terpaksa, kitorang pun haritu order jerk Nasik Ayam Linda Onn sahaja (Tapi bila dah makan terasa sedap dan enak pulak nasik ayam tersebut. Adakah kerana ianya benar2 lazat ataupun keadaan aku yang lapar serta dah berzaman tak menjamah nasik?)

Majlis sederhana ni besh jerk... Yang tak besh ialah Intan mengelat tak kemas lepas makan, dia gi date ngan BF dia.. Benci jerk! So, aku lancarkan perang dingin selama 23 menet dengan Intan.

Merah bukan epal ini? Dia sangat comel dan rangup. Kadang2 Intan akan pura2 cakap dia terpegang dan wajib kena makan *kunon pasal dah kena tangan dia la. Epal ni hanya tinggal separuh sahaja sebelum majlis bermula... Ada buah oren jugak, tapi Najwa selalu tersalah potong. Dia perlu menghadiri kursus memotong limau untuk improvekan skill potong buah beliau.

Kek ni seberat 2.5kg,
Sila visit www.mycuppycupcakesetiawangsa.blogspot.com untuk mengorder kek yang lazat sehingga menjilat kuku ini. (Kak Ina, sila beri saya discount sehingga 78% pada next order kerana memuji kek Kak Ina disini). Rupanya cantik sehingga terasa sayang untuk memotong dan rasanya sedap ok? Aku request nak ada pokok getah, tapi kak ina cakap, pokok kelapa jerk yang ada. Boleh la.... Nampak gajah tu? Intan awal2 dah cop nak makan gajah tu. Bising2 dalam pantry...

Dialog

Intan : Intan 'cop' dulu gajah tu yer? Intan nak makan
Abg M : Makan gajah???? Wudda Hell???? Mana boleh makan gajah, gajah haram!
*sambil buat muka serius tahap muka Adlin Aman Ramli dalam AF7

Harharharharhar

Ini ialah carrot cake+walnut yang moist dan sedap disaluti dengan cream cheese yang enak serta lazat dan seperti yang anda lihat. Carrot dia macam nak tergelongsor sikit pasal dah cair... Ni semua salah Intan

Comel kan cupcake ini? Harga berpatutan dan sedap. Tu yang kat atas tu, kalau zoom, ada nama tau? Satu opis dapat satu. Suka btol kawan2 opis aku dapat. Semua excited nak bergambar dengan cupcake masing2. Rasanya lazat! Tak la manis sampai teow kepala

Gambar ni pada asalnya ialah sangat skema, tapi kehadiran minah berbaju kurung pahang hijau telah mencacatkan suasana. Yang paling skema semestinyalah Shira. P/s : Gaya ini disebut sebagai gaya berdiri seperti tiang telefon menyanyi koir perhimpunan bulanan FELDA


Intan & Shira yang tersenyum2 kambing. *Pesal eh Intan nampak Hitam tak gelap kat sini? Hahahahaha.. Harap maklum bahawa spek mata Intan tu langsung takder power. Alasan pakai spek 'Intan malas nak mekap mata'. Spek mata Shira tu memang ada power betul. Dia ada masalah rabun yang tidak kronik



Sumpah gambar ni fake ok? Intan kunon2 cakap amek gambar candid la... Tapi Najwa paling fail la.. Langsung tak nampak cam candid. Apa tujuan Intan tunjuk2 cupcake boss tu pun taktau dan tidak dikenalpasti sebab dan akibatnya

Wah.. Gadis ayu dan sopan santun berbaju hijau bukan main lagi posing yer? Najwa pulak memandang shiling. Hahahaha


Ros dengan aksi manjanya menayang cupcake yang ada nama dia tapi malangnya tak berapa nampak kat gambar ni.


-END-

3 comments:

Anna Dayana said...

Arghhh....kenapa intan selalu di persalahkan dalam apa2 majlis...why me?why..why...

J u l i a 。.゜✿ said...

ohh suka baca cara u blog.
ok now nak click older posts lak.. babai ! =D

Chooyaya! said...

Julia : Terima kasih pasal sudi baca.. lekas baca semua. kalau boleh yang dari mula2 lagik. ok? hahaha