Tuesday, March 31, 2009

Kakiku Sakit....

Adoi... Akit kaki.... Smalam petang, masa turun training netball, semua STAR2 Netball ada turun main.. So, pasal bermain dengan penuh semangat, aku terjatuh masa melakukan stunt akrobatik silat piring 180 darjah... Sakitnyer.... Tapi pasal semangat, aku teruskan jugak (pasal masa tu dah tak rasa sakit pun)

Balik dari training, aku dah jalan terhincut2... Pas jerk mandi, dekat buku lali dah bengkak macam orang yg pretnen semilan bulan tu.

Pasal aku merengek lapar, Sazli dengan baik hati pun telah memasakkan mee rebus perisa kari. Berikut adalah bahan2nya.

Bahan-Bahan
1. Megi perisa kari berapi
2. Air
3. Periuk


Cara2 Membuatnya
Campurkan kesemua bahan, dan rebus... Hahahahhaha.. Maka siaplah mee rebus perisa kari atau lebih dekenali rakyat Malaysia sebagai Mee Megi.

Sedapnya Saz masakkan aku.. Sampai habis licin satu mangkuk! (padahal lapar pasal cuma makan roti dari siang)



Tengok gaya dia... Macam chef profesional jerk.. Tangan kiri pegang periuk, tangan kanan pegang mangkuk


Selepas semua bahan sudah menggelegak, bolehlah di transfer ke dalam mangkuk yer puan2

Tada...!!! Inilah rupa mee rebus kari. Sila perhatikan ada 2 bijik cili padi sebagai bahan penambah pedas. Tidak elok diamalkan jika anda ada buasir macam saya


Muka simpati mintak megi


Esoknya....

Aku bangun pagi kaki terasa bisa giler. Nak pijak lantai pun tak boleh... Masa ni aku mmg suspen habes. Dalam kepala dah terfikir yang bukan2. Kaki aku patah ker? Adoi.... Kacau.... Sabtu nih dah nak bertunang. Mati la kalau mak aku tau, sah2 kena membebel. Tak kira mak bapak Saz lagi

Saz hantar aku pergi KLINIK IDZHAM dekat Setiawangsa. Pas sejam baru la sampai turn aku. Giler lama tunggu. Kalau aku kena patuk ular, aku dah game over agaknya. Doktor tanya aku, pesal aku tak gi klinik malam tadi. Aku cakap pasal malam tadi tak sakit macam pagi nih.

Tadek apa pun, just urat aku dah bengkak. Dia bandage dan nasihatkan jangan pakai heels, jangan drive and jangan banyak gerak... Alhamdulillah tadek apapa.... Lalalalalalla boleh main netball lagik!



Intan disamping kaki aku yang dibandage... Hahahahha.. Nak jugak ada gambar dia!

Aku dapat MC 2 hari. Lusa, kalau tak ok lagik, Doktor suruh scan. Nanti aku makan ubat, and aku kompiden aku boleh cepat sembuh supaya boleh pakai heels Sabtu ni.. Yeay!

-END-

2 comments:

intan said...

dah sakit ada hati main lagi lak tu semalam.tgk sekarang keadaan kamu? dah tak boleh main netball selama sebulan...sape nak jadi C nanti? intan gak yg kena jadi C..dah la intan kena jd GS, GA, Wa lepastu kena jadi C lak..penat ar mcm ni..hihihihihi

Anonymous said...

Gooey Ducks grow to about two pounds in four or five years.
[url=http://www.gooey-duck.com/]geoduck[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...