Thursday, April 2, 2009

Makan - Makan di rumah Kaklong! - Episod 1

Pasal aku dapat MC dua hari dan taktau nak buat apa, so aku pun dengan rela hati telah pergi kerumah Kaklong. Kebetulan kawan2 opis dia nak datang rumah dia tengahari untuk 'check inspection' rumah dengan membuat lawatan muhibbah, so aku telah menyibukkan diri la...

Ingat nak tumpang makan jerk, tapi tidak sama sekali. Tenaga aku telah dikerah untuk mengacau sambal tomato dan menggoreng sayur jerk. Buat kaki terhincut2 tidak mendatangkan hasil untuk mendapatkan 'imuniti berehat sahaja sambil mentengok tv oleh Kaklong' Cis! Nampaknya plan tak berjaya. Patut tadi aku datang time makan jerk... Silap percaturan masa la pulak! Hahahahaha.. giler berkira... Padahal bukan susah pun nak goreng sayur.

So, tuan2 dan puan2 sekalian, akak mempersembahkan... Resepi lazat dari dapur Cik Kak long:-

Goreng Kacang Buncis Dengan Udang Cinonet!

Cara membuatnya


1. Memula skali tumis la bawang merah, bawang putih dan lada merah yang dihiris nipis... Sampai la garing sedikit

2. Selepas itu, boleh la dimasukkan udang yang giler kecik ni... Sila abaikan kuali yang agak berkarat tu yer? Kata Kaklong, tu la resepi yang membuatkan semua masakan dia enak dan lazat. Pastu, masukkan la garam dan serbuk perasa



3. Last skali masukkan la kacang buncis... Hahahhaha giler senang nak masak sayur nih. Pejam mata pun boleh buat.. Tapi aku sengaja jerk nak memeriahkan topik nih, kasik nampak kalerful. Lalalalalla




Dari kanan ke kiri, sotong+terung masak lemak cili padi, ayam masak sambal tomato, kari ikan merah. Pastu yang belagak dalam pinggan putih tu ialah sambal tomato. Mmg sedap!. Resepi kalau nak, mintak la kat Kaklong. Pastu sayur kacang buncis istimewa Cik Suraya, udang+pegaga masak lemak cili padi dan last skali yang nampak hitam2 sikit tu ialah ikan keli masak sambal hijau.

Ni la lauk2 yang dihidangkan pada kawan2 opis Kaklong... Ada lagi yang tak masuk dalam gambar seperti serunding ikan dari nenet sebelah rumah dan jugak sambal belacan serta ulam-ulaman... Tu tak masuk gambar pasal resepi dia senang. Takat potong2 ulam jerk... Eleh! Tu pun nak kira masakan ke? Huh????? Arrrghhhhhhhhhhhhh!!!! <- tension tanpa sebat. Hahahahha

Sila check topik berikutnya untuk keterangan yang lebih lanjut

-END-

No comments: