Assalamualaikum
Pesal ntah tetiba jerk rasa macam teringin sangat-sangat nak makan tempe goreng. Nampaknya mustahil sikit nak dapat memandangkan aku ada penyakitmalas tak berapa rajin nak masak dah dekat rumah semenjak dua menjak diet ni.
Pesal ntah tetiba jerk rasa macam teringin sangat-sangat nak makan tempe goreng. Nampaknya mustahil sikit nak dapat memandangkan aku ada penyakit
Tapi pasal dah gian, akak kasik jerk lah resepi tempe goreng nih kat sini eh? Sila cuba dan rasakan penangan tempe goreng sakti resepi turun temurun akak sendirik! Dah baca wajib cuba..
Ok baiklah, tanpa membuang masa, dibawah ialah resepinya hokeeh??
Bahan-Bahan
1. Tempe (dan boleh jugak digantikan dengan fish ball kalau nak terasa moden sikit)
2. Tepung gandum
3. Tepung goreng ayam KFC
4. Serbuk kunyit/garam
5. Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara Membuatnya
1. Memula puan2 dan tuan2 hendaklah memotong nipis tempe ini. Terpulang la nak potong bentuk bintang atau bulan atau empat segi atau apa2 sahaja. Akak tak kisah
2. Bancuh tepung gandum, tepung goreng ayam KFC, serbuk kunyit dan garam bersama2 dengan air sejuk yang berkaler jernih. Kalau guna yang kaler oren dikuatiri menjejaskan kualiti masakan. Nanti tak sedap, nak tuduh akak plak yang tak pandai kasik resepi. Heppp!!
3. Celupkan la tempe tersebut didalam bancuhan tepung dan gorengkan seperi menggoreng pisang goreng, cempedak goreng atau pun goreng ayam
4. Toskan dan sedia dimakan!
Kalau nak lagi lazat, elok lah dicicah dengan sambal kicap yer? Resepi seperti berikut
Bahan-Bahan
1. Bawang putih seulas
2. Cili padi 10 tangkai
3. gula 1 setengah sudu
4. Kicap manis cap kipas udang (Kalau cap lain dikuatiri tak sedap)
5. Limau nipis sehiris
Tumbuk semua bahan kecuali kicap, pastu bubuh kicap dan perahkan limau nipis.
Dah siap! Memang lazat sangat2. Boleh jugak dimakan dengan tauhu goreng serta fish ball goreng... Ni resepi Orang Jawa ni.. Dulu arwah ayah memang suka giler makan ni.. Tsssk...
Ni jerk tempe yang kuar time akak gugel. Patut rupa dia bukan mcm ni, dia ada salut tepung. Pandai2 la nkowang imagine mcm mana eh?
-END-
4 comments:
intan pun suka makan tempe goreng n sambal kicap...
But i...suka makan pisang goreng n sambal kicap...sedap gak
mula2 masuk belog nie..sbb nak cari resepi tempe..ingtkan belog artis tadi..lawa betul akak...mcm pengacara dalam MHI laaa......
selalu orang jawa ala2 kemelauan skit..hehehehe..xsangka akak org jawa.apa2pun tq for the recepie...sgt sedap dgn sambal kicap tu..
shafida : cuba taw sambal kicap tu... akak pon dah kecur teringat ni ha... btw, selamat berkenalan dengan kakak jawa. hehe. eh, ada rupa artis ker? *pengsan!
Post a Comment