Thursday, March 26, 2009

Mari Bermain Netball - Dan Tak Berapa Nak Menang


Giler lambat nak update blog pasal netball ni. Mmg tak ada kesempatan pasal boss ada and dia tak kasik kerja apapa dan aku tak boleh nak pura2 bizi depan PC dan malas dan sedih terlanggar katak, kereta kotor dan berbagai2 alasan lagik untuk lambat update blog. Kekekeke... Mcm la ada orang nak baca sangat. Har har har harun!

Ok. Merujuk kepada tajuk diatas, Sabtu lepas bersamaan 21 March 2009 hari Selasa, start pukul 8.30am sehingga waktu tamatnya (lupa - pasal excited tak berapa nak menang) bertempat di Netball Court Anjung FELDA, aku dengan bangganya mempersembahkan kumpulannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn wanita2 yang semangat bermain dengan baju sponsor Adidas kaler putih dan duit makan sebanyak RM85/seorang yang kompiden dapat mengalahkan Holding, tp tak berapa nak menang dengan 1 jaringan... *Sila rujuk gambar.



Dari kiri berdiri - Ros, Shira, Along, Kak Rajemah, Ani & Kak Ani. Duduk - Aku ler, Faz, Intan & Imah. Note : Sila perhatikan muka serious Imah

Team ni mewakili FRISB - My office... Tapi pasal tak cukup orang, so amek la 3 orang dr FELMA dan sorang dari FTSSB. Ahli kumpulan terdiri daripada, Along, Ros, Intan, Shira, Aku, Kak Ani, Imah, Faz, Ani & Kak Rajmah - Penyelamat last minute

Since main secara liga, so kitorang main 5 game, yang mana, hanya satu game sahaja menang dan lain2nya tak berapa nak menang *mengelak dari menyebut kalah secara obvious disini. Hahahaha...

Tapi tak berapa nak menang pun 1 jaringan jerk. Ni semua salah Intan, kalau tak kerana dia pura2 jatuh dan sempat berdrama dikawasan 'D' maka semestinya kemenangan akan berada di pihak kami. Mmg salah Intan! Hahahahahha...

Takper, walaupun tak berapa nak menang, tapi kami semua enjoy. Imah a bit down pasal dia ckp, she can do better than this. Takper lah Imah, next time cuba lagik. Si tinggi lampai Faz plak, ntah angen lintang apa kena dekat dia that day, permainan dia tak menjadik. Aku dah naik sakit tekak menjerit dekat luar 'D' dengan bacaan Bismillah dsb serta jampi2 semua tak menjadi okey?, tak kira plak dengan Shira yang asyik2 gerak kaki. Letih akak dik! :p

Nasib baik la ada menang sekali, kalau tak, taktau la nak ckp apa... Hehe... Kesimpulan, enjoy the game very much! Dapat keluar peluh dan kumpul ramai2... Semangat kesukanan tu yg penting. (Alasan rasmi kalau tak berapa nak menang - semangat kesukanan) Semua orang dapat main, tp yang kelakarnya, Ros 'sun burn' lg teruk dari aku, padahal dia main satu game jerk. Sian dia...

Lastly... Thanx untuk kawan2 dari FELMA yang sudi main dengan team kami ni. Jgn serik yer? Tahun depan kami akan usaha mendapatkan sponsor yang lagi bagus dari tahun nih. Tak berapa nak menang takper, janji bergaya!




Posing dulu sebelum main, masa ni game semua tak start lagi. Sungguh ayu wajah Intan - Punca kekalahan team


Ambik gambar beramai2 sebelum game ialah perkara biasa

Imah, kali ni muka nko 'elok', aku plak langsung hampeh dan Faz ialah biasa2 sahaja.. Haha

Aku mengambil hadiah saguhati berupa kain towel muka bewarna warni sahaja. Terima kasih. Berapa agaknya harga kain towel muka tersebut yer?


P/s : Thanks to Sazli & Makcik yang singgah sekejap nak tgk aku main. Bukan main lagi makcik dengan spek hitam eh? *Padahal dia pakai sebab sakit mata, tiada kena mengena pun dengan pakai pasal nak bergaya. Hehe..

Penting - Aritu dah menang volleyball sekali cukup la, teringin jugak nak rasa macam mana perasaan tak berapa nak menang....
P/s: Cuba kira berapa perkataan tak berapa nak menang di dalam entry ini. Hahahhahaha

Info:-
1. Kaklong sepatutnya main, tp pasal dia ada masalah kesihatan, jadi dia telah 'digugurkan'.. hehe
2. Along yang paling bersemangat nak tubuhkan team ni
3. Latihan mmg memenatkan.. Tiap2 petang main dr pukul 5.45 sampai maghrib - tapi takper, advantage boleh kuruskan badan
4. Intan paling excited nak pergi latihan
5. Intan jugak yg kecewa pasal takder jersy size S
6. Intan main mcm tahi
7. Intan pemain fav kakak2 FELDA - Jangan main2, sekarang dia sudah popular sehingga ada orang tegur dia dalam lift!
8. Ila, Lela & Kaklong yang tolong aku carik tempat nak beli jersy
9. Kredit to Faz for the pix

-END-

9 comments:

Anna Dayana said...

Hahahaha...lawak gile blog kaksu tentang tournament ni..tapi bukan intan punca kekalahan sebenarnya dan drama sebabak tu sebab intan terkezut kena jd GS so terpaksa lah berpura2 jatuh yg melampau2.

But i...enjoy lah game yg kita main tu walaupun tak menang..

Chooyaya! said...

dah dahn.. tu semua alasan... intan mmg mengada.. time latihan bukan main, time btol2 langsung tak menjadik

pHat sUe said...

aku tak reti men netball...jangan ketawe!!! kekeke

tapi basketball reti pulak. *garok pale*

Chooyaya! said...

Choo hani : Basket ball? Wah, hebat tu! Aku pegang basketball pun tak pernah. Dasat2~!

Anna Dayana said...

biasa ar kaksu...1st time main LIGA tu..

intan akan buktikan time kita main kat MELAKA nanti...

pHat sUe said...

ala babe, time tu pon kebetulan sbb sukan yg penting mase aku kat skolah tu ialah basketball.

netball tu aku main skali then ade sejarah di sebalik nyer jadi saya BANNED ia! kekeke

Chooyaya! said...

intan : buktikan dulu intan, jgn ckp sahaja yg awak pandai

choo : aku tingin nak tgk ko bersukan.. siyes!

pHat sUe said...

ar ar ar buang mase ko je choo kekeke ko tgk aku...macam pondan mak aku ckp kakaka

Anna Dayana said...

Insyaallah intan akn buktikan...
Pasti boleh...