Wednesday, March 11, 2009

STORY OF THE CHAMPION


Posing sang juara
Rin, KakLong, Lela, Ila, Imah, Aku & Ani

Masa ni final dengan FASSB, Ani takder...


Kak Long : Imah, ketiak ko tu jgn angkat tinggi2, bau masam
Imah : Takper la kak, janji Imah puas hati menang



Posing bukan main, padahal masa ni nak perasaan hura-hara giler!


Aku & Kakak cantik yang buat muka blur pasal tak sangka menang


Dalam gambar ni, saper yang paling besar? Hehe.. Bersama2 dengan orang2 kuat FELMA, Ila, follow up bila Naga nak belanja makan? :p


Bersama team FASSB. Kak Izana tetap ceria.. :D

Perasan kan last entry aku last week yang kitorang dah tak sabar2 nak menang untuk volleyball inter-dept last week? So, ini ialah sambungannya... Aku dah lama nak tulis pasal nih, tapi gambar lambat dapat, so terperam la kejap. Tapi takper, Mood Kemenangan masih lagi terasa...

Ni nama pemain2 volleyball untuk FELMA


1. Kak Long
2. Ila
3. Chooyaya
4. Lela
5. Imah
6. Rin
7. Ani

Coach - Abg Khairul & Aliff

Penyokong - Masitah, Kak Baya, Army, Fas & ada la 2 3 orang abg2 hensem FELMA yang aku taktau nama dia saper. Pastu Sazli, Shahril (laki Imah) ngan Abg Cikgu (Laki Ani) Tak lupa Intan & Miza yang setia tunggu smpi la game habes.. Thanx lalink!

Tiap2 tahun KSRF Felda memang buat vollyball tournament. Kira macam annual activity. Last year aku main untuk team Angkut. Kalah, macam biasa la... Takper, takder rezeki. Janji Pakaian aku menang. Tahun ni aku join FELMA plak. Alhamdulillah kitorang menang. Rekod tanpa kalah ok? *Hnnsss hnssss (OO) <- besar lubang idung pasal bangga

Aku enjoy sangat main vollyball dengan team ni. Masing2 main peranan. Biasa la, akan ada hari yang tak menjadik and semua orang akan ada buat salah. Aku tak terkecuali jugak. Kekadang rasa mcm dah kompiden jerk lepas net, tapi sangkut jugak. Nak plak kalau emosi huru hara langsung permainan tak menjadik

Kitorang kalau nak start lawan, mesti macam2 menda yg keluar dari mulut. Nak muntah la, sakit perut la, nak berak la, semua pun ada.. First game, mmg langsung tak menjadik. Taktau la kenapa. Tapi 2nd game menjadik habes n semangat tu akan kekal sampai la set ke 3. Kenapa eh set pertama mmg tak menjadik?

Rasanya dengan semua team kami main 3 set except for dengan D'Saji jerk. Tak kompiden ker? Nerves ke? Tatau *garuk kepala

Ada skali tu, mmg rasa akan kalah punyer lah. Tapi nasib baik Imah dapat kejar. Kitorang dah tertinggal 13-18 dengan FAS. tapi Imah serve semua menjadik and kami menang 25-18. Ya Allah, syukur sgt2.. Kemenangan dengan FAS mmg aku harap sangat2. Pasal apa? Pasal.... Tak boleh bgtau... :p

Our expression kalau menang? Hahahaha... Jangan tanya la ok? Sama macam menang untuk sukan SEA. Jerit2 lompat peluk2 semua ada. Sebak pon ada pasal menang. Payah nak put into words macam mana rasa kalau menang. Nak pulak kalau dah nak kalah sipi2. Thanx to Ila pasal dia yang paling jerit kuat and bagi semangat kalau dah nampak kami yang tengah main ni dah luntur semangat.

Biasa first game mmg semua senyap la.. Ntah kenapa. Muka sorang2 semua masam jerk. Hahahaha.. Aku la yang ketua kepada semua pemain2 emotional. Izana number 2. Hahahahahha. Ntah eh? Aku tak reti la nak buat muka manis time main. Mmg akan masam jerk. Kunon garang la. Pastu, kalau sambut bola, Errrghhh Urrrghhh semua keluar... Suara nak terberak pun ada... Hahhaha

Kepuasan dalam game? Fisrt, kalau bola yang agak2 nak terjatuh dapat diselamatkan dengan kiraan 1 2 3. Fuh! Kepuasan tu mmg tak blh nak ckp mcm mana la. Masa tu silat pulut, sliding, guling2 ala film hindustan semua keluar la! Takper.. Janji bola dapat save. Bak kata coach, bola jangan kasik smpi jatuh! Aip aip Cip!


Below aku describe sorang2 style main and personaliti pemain2 yang aku sempat kenal dalam masa 2 minggu ni :)


1.Kak Long

My own sister ni kalau main memang kerja2 nak buat lawak jerk. Time traning tak pernah nak serious. To be frank, aku mmg adore cara dia serve bola.. Ada style la! Mcm nak melepaskan penumbuk pun ada. Tapi biasanya 4 kali jerk la dia serve, pastu kiok. Kaklong as a captain mmg banyak membantu team untuk menang. Cara dia main is very unpredictable. Nampak mcm tak semangat and dah putus asa, tapi dia ckp dia dah sungguh2. Tak paham aku... Habit buruk, kencing dalam seluar kalau menang. Hahahahah.. Ada lagi aku nak tulis, tp pasal blog nih ramai yang baca so kena tapis2 sikit

2. Ila
Ila yang paling bersungguh2 untuk penubuhan team FELMA ni sejak dari awal lagi. Dia yang pergi meeting, dia yang carik baju team (That Blue-Black jersy Adidas itu tersangatlah cantik!) Dia setelkan semua menda and semangat dia aku mmg salute sgt2. Suara dia dari luar yang menyokong kitorang menjadik pendorong untuk menang. Best moment masa training tu, yang dia terpaksa tonggegkkan buntot nak amek bola, tp tak dapat gak. Alasan, sakit pinggang. Hahhahah

3. Chooyaya
One Word - Emotional. So what? I berak u jilat? Hahahahha.. Biar la... ! Aku bukan emotional, tapi aku semangat nak menang. Sajer buat garang2. Tu strategy tu. Kasik team lawan takot. aku bukan kerja ngan FELMA pun, tp seronok dapat join kakak2 ni main. Ada rezeki nak join futsal plak boyeh? boyeh arrr maaa......


4. Lela
Lela ni senyap jerk... Time main pon jarang2 nak dengar suara dia. Tapi serve bagus. Main pun bagus? So buat apa nak bising2 kan La? Lela pun ada time2 yang dia menjadik ngan tak menjadik. Jarang la nak gaduh ngan sape dalam team. Pasal dia cool jerk.... The most coolest player in team. Dia nih average. Buat salah pun ada, cover pon ada... Bola 'tumbuk' dia kadang2 jadik, kadang2 tak jadik.

5. Imah
Imah nih, time dia serve, ada la budak2 nakal sebut 'kakak cantik, kakak cantik' Dah memang dia cantik.. So What? Menten jerk. Anak dah 2 tapi aku plak yang lagi demok dari dia. Imah ni mmg semangat sungguh2 nak menang. Imah la slalu jerk nak buat aku nanges tau? Semangat dia nih, fuh! Susah nak ckp. Imah baik hati belanja kami makan pasal dapat masuk final. Dia ckp, dia pun tak sangka boleh menang. Pas menang tu, dia menung jerk. Aku suka ckp 'Go Imah, Go!'

6. Rin
Rin serve mmg best. Tapi masa final, Rin tak menjadik sgt. Kaklong ckp, pasal dia malu ngan Naga. Hahahah. Rin pun cool macam Lela, tp different version. Kecik2 cili padi. Selamba jerk dia bawak van. Kompiden jerk plak tu dia bawak van. Kalau aku, mmg dah calar balar dah kereta kiri kanan. Tu pasal aku cakap dia ni kecik2 cili padi. Rin is a good player! Banyak bantu kemenangan especially masa first game dengan FAS dulu. Semua menjadik

7. Ani
Ani ni super duper pendiam. Dia ckp pun antara dengar ngan tak dengar jerk... Ani kalau serve mmg power. Tu pasal kekadang dia serve out. Aku plak tak pernah nak serve smpi blakang2. Ani nih semangat nak menang jugak. Semangat tapi mcm malu2. Macam mana tu Ani? Hehe.. Masa final, Ani tak dapat nak join, tapi dia selalu jerk update. Semangat setiakawan tu mmg hebat kan Ani?


Coach
Abg Khairul - Abg Khairul nih dia ada banyak strategy nak kasik menang. Payung la... Plan A to Z la.. Dia jenis rilex jerk, smpi aku rasa Abg Khairul nih biar betul.. Pesal cool sgt? Kompiden sgt ke kami boleh menang? Motto Abg Khairul 'menang sekarang, menang smpi bila2'. Eh bang, mmg betul la! Kami mmg menang smpi ke habis la! *belagak punyer statement. Bernanah telinga kalau orang lain yang baca ni

Aliff - Aiff nih time training dengan kami perempuan-perempuan ni pun, dia serve laju semacam. Naik terkehel nak ambik bola dia. Aliff banyak tolong kami semua. Muka dah la garang... Grrrrrrr... Thanx pasal stay together dengan team smpi la moment kemenangan ok?

Penyokong2 - Untu Sazli, thanx pasal sentiasa ada untuk sokong kami. Start dari start smpi la ke final. Lucky dia jenis yang boleh 'in' dengan saper2 jerk. Dalam kereta pas game, biaanya aku akan paksa dia puji aku main. Hahahahahha... Dia ckp aku main bagus, tp taktau la kalau dia nak ambik hati jerk... :p

Kak Baya - Thanx pasal turun masa final. Kak Baya selamba jerk peluk player yang masam2 ni semua masa pas main. Tak sangka sebenarnya dia turun padang. Anyway Kak Baya, terima kasih eh?

Terima kasih jugak untuk kawan2 FELMA yang lain yang sesuka hati jerk nak panggil aku kochip. Adus... Dah ramai yang tau nama ni.. Hahahahah... Jgn panggil Kochip kalau jumpa kat kentin yer?

Giler panjang entry untuk Volleyball nih. Gaya mcm menang sukan SEA jerk. Sajer2 jerk aku nak express perasaan aku kat sini. Nak share the happinest and most important thing nak berkongsi rasa dengan kakak2 FELMA yang bagi aku semua WONDERFULL tahap Ultraman Tiga.

Seriously, aku akan rindu waktu kita sama2 training, sama2 menang, sama2 makan, sama2 happy.
Harap akan ada kesempatan lagi untuk kita main sama2 ok? Untuk semua, tahniah and U Guys is RAaaawwwkKK!!!! Yoooooooooooooooooooooo FELMA!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...