Diantaranya
2. Pemeriksaan Kesihatan - Ok. Yang ini juga sudah setel. Buat di Klinik Kesihatan Ampang sahaja. Lepas dapat result rasa lega pasal bebas dari VIH. Encik Tunang suka la nak sakat-sakat aku. Ada ker dia cakap, pasal aku suka makan buah potong, nanti aku boleh kena SDIA. Dia cakap, ada kes dulu budak kecik dapat jangkitan VIH pasal makan buah tembikai yang terkena darah orang yang jual tu pasal luka. Seram seh! Tapi result ok. Yeayyy!! Bebas dari VIH! Dah boleh kawen!
Iklan : Aku terasa yang submit di JAWI adalah lebih mudah. Apatah lagi bekerjasama dengan Ustaz Abdullah. Aku ada masalah sikit pasal wali. Pasal arwah ayah dah meninggal. Adik beradik semua perempuan. Pak saudara sebelah ayah juga tak ada, pasal adik beradik ayah dia jerk yang lelaki dan datok jugak dah meninggal. So, wali tiada.
Sila jangan pelik nama tu. Dah kata aku anak orang Jawa kan?
Tapi dalam Ic arwah ayah, tulis Sulatin Bin Hj. Adnan. Dia di binkan denga atok dia pasal arwah ayah dia meninggal masa dia dalam kandungan. 2 bulan. Ntah la, orang zaman2 dulu nih, main taram jerk. Yang susah aku jugak.
Masa ni aku dah terasa macam putus asa sikit. Aku amek borang dekat Pahang. Pejabat Agama Daerah Jengka ni sendiri keliru banyak menda. Ada ker dia cakap, mak saudara aku punyer anak boleh jadik wali aku. Padahal dah sah-sah la yang saudara perempuan belah ayah TAK BOLEH jadik wali.
Bunyi serius bukan? Haha... Chill.... Orang kawen memang semua akan jadik garang. Jadi sila jangan pelik.
So, InsyaAllah by this week aku akan submit borang ker JAWI dengan Encik Tunang. Aku dah siap buat ni ha, tinggal nak dapatkan pengesahan qariah daerah Setiawangsa jerk. Pastu submit. Proses 2 minggu. Siap! Harap semuanya berjalan lancar.
Ha.. Saksi ni... Siapa eh? Adakah disediakan oleh JAWI jugak atau macam mana..? Ni kena periksa dengan Encik Tunang. Tapi dia pulak tak jawab call pasal tengah meeting.
Kursus Nikah, Pemeriksaan Kesihatan & Dokumentasi - Ini adalah yang wajib buat. Kalau tak, tak boleh kawen!
- Baju Nikah
- Baju Sanding Pahang
- Baju Sanding KL
- Kad Kawen
- Tempat Nikah
- Mekap
- Cameraman
Yang lain-lain macam door gift tu, aku let my mom yang setelkan. Semua menda aku nak buat nanti aku jadik giler. Bila dah giler/tidak siuman, maka tak boleh kawen.
Yang aku boleh buat, maka aku buat. Kalau rasa otak dah tepu, biar mak yang buat. Persiapan kat Pahang banyak mak fikir. Ewah-ewah... Biar mak berfikir sikit. Ni anak last ni mak oi... Pasni tadek dah nak buat kenduri. Lain la kalau mak yang nak kawen pulak. Hehe.
So.. yang lain-lain tu aku pun harap jugak Encik Tunang tolong. Pasal his side buat kat dewan. Semuanya kena follow up tak hengat dengan orang kat KDE. Cam aku, buat kat Pahang. Menda yang biasa buat jerk kat sana. So tadek masalah. Cuma tengok pada budget la. Kot-kot nak buat yang lagi meriah ker?
Tapi ada menda yang aku kena siasat betul2 kat Pahang nanti
1. DJ - Aku tanak la orang kampung yang jadik DJ. Kang nanti asyik pasang lagu Pak Man Telo jerk. Mana zaman dah lagu tu. Korang jangan gelak wei, memang betul ni! Aku nak lagu yang up-to-date jugak. Dah tu, belah Encik Tunang lagu Mat Saleh? Aku nak jugak! Kena periksa. Kalau boleh upah DJ lain. Duit da tadek. So mintak duit mak. Aku tadek bajet dah ni.
2. Bunga Api - Masa malam berinai. Aku tak kira, aku nak jugak ada bunga api. Berapa, kat mana, aku taktau lagik mana nak carik. juga tiada budget untuk ini. Mintak duit mak lagi dan lagi.
3. Karaoke/Live Band - Owh.. Malam berinai ada live band & karaoke tau? Korang jangan gelak ok? Cita-cita aku nih bukan sia2. Che Mat dah janji nak sponsor. Nadia awal2 bagitau yang dia nak nyanyi. Suka hati dia la....
So far... Ni jerk 3 menda yang aku dapat fikir. Yang lain2 tu biarla datang secara perlahan2. Package2 cam pelamin & pintu gerbang aku dah setelkan. Juga hiasan bilik pengantin. Ikut budget aku jerk. Semua nak grand. Mana aku ada banyak duhet!
Makan kat Pahang nanti, maybe mak aku amek Katering punyer package jerk kot? Pasal kalau masak sendirik, memang penat. Aku plak, family kecit jerk. Penat nak buat sendirik. Memang la orang syarikat (kat kampung panggil orang blok/orang syarikat) akan tolong. Tapi bukan sampai siap pun. Dah habes kenduri, dah. Nak mengemas semua tu buat sendirik jerk.
Tengok masa bertunang dulu jerk la. Tu tak ramai tu, tapi rumah dah macam kapal pecah. Tak sanggup plak untuk wedding. So biar amek katering jerk. Canopy, pinggan mangkok, makan, pelayan semua dalam package. Setel.
Memang ada orang cakap kurang meriah kalau jiran2 kurang turut serta, tapi macam tak praktikal dah aku rasa zaman sekarang. Penat wo... Dulu makan hidang tau? Lagilah penat. Dan lagik, kalau amek kat orang blok, maka kena makan dalam pinggan plastik kaler oren dan jugak cawan plastik kaler coklat. Dulu kaler clear, tapi dah tukar kaler. Aku taknak tu. Aku taknak beb, aku taknak... (Nyanyi macam lagu kumpulan NICO)
So, yang tu biar mak yang fikir. Nak sangat aku kawen tahun nih kan? HAHAHAHAHA <- Gelak setan.
PENGAPIT
Aku akan ada 2 pengapit. Belah Pahang Intan Dayana, belah KL Nadialyna. Baju dowang, aku sponsor beli kain. Maybe kaler cream/off white. Aku ada la belek2 tips pengapit dari blog orang lain. Ada banyak jugak kritireanya. Diantaranya:-
- Tak boleh la terlalu pendek/terlalu tinggi. Both of them is just nice
- Warna baju kena la sedondon dengan pengait lelaki dan jugak kena dengan tema. Pahang - Hijau+gold, KL Bayi Biru (Baby Blue) + Silver. Maka warna off-white/cream memang kena. Or maybe aku bagi kaler gold/silver ker. See how
- Sedap mata memandang. Tidak gemuk. Kalau gelap tak apa. (Intan boleh la - kalau pengapit putih, kena la carik lain) So both of them is ok. Dowang cantik ok? Aku dah warning jangan nak mekap lebih2. Jangan nak over shadow plak. And Nadia, jangan nak pakai kasut yang tinggi2 sangat and Intan, kena pakai heels. Baru dalam gambar nampak cantik. Intan sanggul rambut tu. jangan nak ngerbang2, kang nanti result gambar tak ok.
So, itulah sahaja yang aku dapat fikir masa ni. Nanti kalau ada yang aku tetiba teringat, aku update dalam blog.
Nkorang rasa sauna, mandi herba semua tu perlu ker? Aku macam malas nak buat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9A-IF4bhpP3TRQMX_zer3cse9X6_L8wFaOX0ZGfH37nmJRO4VLyWllVthAwikI2eSk1mxSUh9fdSJwrXZOniipfBsqTwMzJNZm5jfJ8ZRB-H8aTDIopHbgLuf_Ms_5nlET6usrfJCmpY/s200/2589_1024285576003_1491169728_30097157_3223058_n.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKrfS2fhNaWMNz1BPasd5sIBRifSx2HSxcydQZkRAzv6QiOb_iHJ31EwbHtn6IFg2hDdzExalhvRXISm6A8dc-r_8V34aZIKBibf26nSJ1xe7bM0zTvRxk0z0eCXEFY9J6DqHYuEvNv5A/s200/nad+2.jpg)
Pasal nkorang ngangguk tadi, aku up gambar dia lagi satu
Nadia ngan aku - Serasi tak kalo amek gambo sama2? Owh, btw, she's taken :)
Ni pengapit kat Pahang plak.. Intan... Eh silap! Ni gambar mak Intan. Hahaha
Ha... Inilah Intan! Ala, tak kenalkan pun nkorang sure dah tau. Manjang gambar dia jerk dalam blog aku ni
-END-
Jap-jap.. Encik tunang tak setel lagik pasal Pengapit Lelaki. Saper ntah dia nak amek. Harap dia noted la kritirea yang aku tulis kat atas tadi. (Kejam tak statement aku nih wei?)
11 comments:
test..
knp pic my "maderrrrr" terlibat kaksu...intan tau ni sebab kaksu nak tunjuk perbezaan warna kulit kan..intan sedar intan itam...
Dan kenapa pic intan sikit n pic kak nadia begitu banyak...
why...wai...Y..porke...
iNTAN... Pic Intan sikit? Kaksu rasa, dalam blog nih, pix intan lagi banyak dari kaksu sendirik. Paham?
panjang sgt entry sue kali ni
so komen pertama dulu, nanti sambung baca balik
huiihhh
tak sangka begitu complicated masalah wali sue ni
tapi alhamdullilah
dah selesai..
tu lah pasal
kadang2 manusia ni sndiri buat satu benda tu jadik susah+leceh
sedangkan ada je cara senang nak setelkan..
2nd komen
pengapit sue smua comel2+lawa2
mmg kena pesan
jgn mekap lebih2
nanti penantin tenggelam
*fouziah gous sedara sue ke
mmg sah tak bleh amik dia jadik pengapit lah..
muahahahah ntah intan..gambar kau penuh lam blog ni ok. fine..heels aku aku pakai yg mid high jer. Makeup jangan over? Haha makeup aku akan complete la..tp x penah over ok. so takyah nak merisau. Aku dah chop off my hair - xleh nak sanggul dah kot. Aku nak wat style spiky ala2 fengtau pastu letak bunga besar gajah kat tepi. haha
Dayu : Memang Dayu.. Seb baik la Ustaz Abdullah make it simple. Dia pun setuju la yang kekadang manusia yang buat perkara tu jadik complicated. Sampai kiter cakap cam ni, 'kalau dah susah sangat macam tu Ustaz, saya pun malas nak kawen. Tak pon kawen kat golok jerk'
Dayu lagik : Ha ah, sedara sesama islam... Hehe
Nadialyna : Lawak lawak.. Aku gelak kuat2 banya reply ko. LOL. Ko kalau nak buat ala2 fengtau tu kasik tau awal2, boleh aku buat ala2 gothic, baru sama style.
gothic. ok tuh. theme baby blue sesuai ah kalau nak makeup yg drama. aku x main2 nih. rambut spiky bunga besar. intan..jahit baju nnt jgn buat ketat2 sgt. hahah..kidding2...tp yelah jugak..
Ok. nice. nanti aku nak masukkan dalam tv3 punyer berita. the weird wedding ever. ko jugak yg popular. ko nak kan? tak kisah kan? fine. hahaha
takper..intan nak buat ketat sikit jer...sikit jer...
intan boleh pakai koset..hihihi
Yg pasti perut kena cover time tu..
tadahal beb! tv3 jer? knapa tak tv1, tv2, ntv7, & astro vanavil skali?
Post a Comment