Friday, April 17, 2009

Jangan Salahkan Aku, Salahkan Makan!

AKTIVITI MAKAN YANG SANGAT AKTIF SEPANJANG MINGGU INI - INTAN SILA JANGAN JELES

Ada komplen dari kawan aku, bagitau yang blog aku nih dah jadik macam blog makan2 pulak. Hehe... Dah tu? Nak buat macam mana, itu salah satu dari aktiviti wajib. Dulu lagi la aku ngan Encik Tunang kuat makan. Tengah hari dah calling2 nak update malam nih nak makan apa.

Tapi semenjak stress baju dekat Butik banyak tak muat, so kena la kurangkan aktiviti tersebut. Nak kawen kan, kena la jaga badan sikit....

2-3 hari nih, diet tidak memakan nasik sebanyak sepinggan nampaknya kurang menjadik akibat dari perselisihan faham manja dengan Encik Tunang. Pasal aku terasa cam aku sorang2 jerk yang susah payah nak diet, tapi dia suka suki jerk nak makan burger lepas heavy dinner masa petang dan meminum milo gelas besar masa tengok bola dengan bapak pukul 3.00 pagi.

INI TIDAK ADIL!

So, pagi tu aku cakap dengan Encik Tunang, perjanjian untuk diet tu telah terbatal dengan sendirinya. Yang magic ialah, Encik Tunang bersetuju dengan hati yang gembira dan siap cakap macam ni...

DIALOG

Aku : U, harini I makan KFC Snack Plate, take away twister dengan Cheesy Wedges!

Encik Tunang : Yer ker sayang??? Wah.... Sedapnya! Enjoy eating ok? Sian U.. Dah lama tak makan KFC

Aku : ..........
*Errr... Kalo korang la berhadapan ngan situasi nih, korang paham tak yang gf/tunang nkowang sedang memberontak secara alim dan senyap2?

Tak puas hati!

Aku : Ok, petang ni I nak makan Bbq chicken (Charboiled Korean Chicken wtf) . Pastu esok nak makan nasik waktu lunch & Lusa U bawak I makan steak kat Victoria Station pastu tengah hari Jumaat I nak makan sushi banyak2 dekat Sakae Sushi KLCC

* Harap maklum yer puan-puan, aku perli dia

Encik Tunang : OK! Nanti I bawak sayang makan semua tu eh?

Arrghhh...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So, hasil dari permintaan kunon2 protes yang disalah ertikan oleh Encik Tunang yang kekadang lurus tu, maka inilah hasilnya....

BBQ Chicken Korean Charbolied JJ Setiawangsa
(Balik dr kerja)

Ni menda ntah nama dia, Boneless BBQ Chicken Burger

Sayang oi.. Kenapa la U tak faham2 yang I nih bukan la nak makan sangat. Tapi sajer pura2 tahik kucing yang sebenarnya I dah serender nak diet? Dengan harapan U ckp cam ni, 'Eh U, kata nak diet? Tak elok la makan berat2 mcm ni... Nanti kang tak menjadik pulak diet kiter'.

Nampak tak 3 scop eskrem batang ceklat nih? Nampak lazat dan menggodakan bukan?

Kenapa mesti I yang habeskan eskrem ni????


Hahaha.. Padan muka, nak lagi bila-bila! Tadi U yang nak sangat makan kan? Nah! Hambek kau sayang!

Victoria Station Jalan Ampang
Dinner



Sangat mengujakan rupa Sizzling Steak ini! Medium Rare dengan Black Pepper Sos... Yummy! <- Ini Encik Tunang punya. Memula sebok nak makan Fish & Chips. Pehal??? Kat VC makan la steak. Nak makan F&C pergi la Manhattan Fish Market tu. Daaa????


Steak ini saya tak mampu nak menghabiskan pasal dah lama tak makan banyak macam ni. Jadiknya perut saya agak me'reject' makanan yang portion besar2 macam ni (ayat belagak secara sembunyi2 - kunon tak kuat makan la? Petuhui!)
Ini ialah Sirloin Steak with brown sos, medium rare & saute mushroom dia sangatlah lazat nak mampos!




Ya Amoi, lu jual sayur apa? kongkang kangkung ada ka?

Kalau makan salad tapi dengan thousand island maka diet anda memang la terbatal

*cakap dalam hati, 'Nah! Rasakan kau Suraya, nak lagi makan kan?'


Owh, ini bukan siput vavi yer kawan2, tetapi beliau adalah escargot yang di grill bersama dengan garlic+butter sos yang lazat sehingga menjilat kuku

patut gambar nih tadek pun takper, tapi sengaja nak tunjukkan yang kitorang makan kat Victoria Station. Ha.. yang tepi tu air mangga Encik Tunang, aku minum air sejuk jerk... Tadek duhet...

Sakae Sushi KLCC

Lunch tadi (17/4/2009)

Macam biasa la, hana maki dengan salmon sashimi. Harini dah insaf sikit, so tak boleh makan banyak2


Sian Kaklong, makanan dia lambat sampai, so terpaksa la posing dengan makanan orang lain. Pasal dia buat muka kesian, aku kasik dia hanya sehelai sahaja salmon sashimi itu. tapi dia berjaya mengkidnap seketul hana maki yang sangat lazat didepan mata aku tanpa segan silu walaupun aku dah warning, 'kak, ko nak order sendirik, jangan paw aku punyer tau?'


Dah dah. Aku patut hentikan semua aktivit makan2 ni wei... kang aku gumuk balik... Ni ha baru jerk rasa ringan badan. Tapi Encik Tunang cakap, badan aku dah naik! Korang rasa dia tipu ker ikhlas? Tak diet selama 2 hari dah boleh gemuk ker? Tipukan dia?

-END-

3 comments:

pHat sUe said...

die tak tipu. sbb kalau kat aku tu mmg tak mustahil. dua hari ape ape pon bole jadik...

hehehe jgn tensen choo!

satu perkara yg aku pasan, tatau la sal sme tapi segelintir laki, mmg enjoy having a partner who loves to eat. sbb same same suke makan. kalau ramai, lagi la beselera makan sama sama.

ciann pwot kene sekat2 makan. * aku rase lerr * dats why die bia ko makan ape kko ske.

tapi sebenarnye yUp die tak paham maksud tersirat ko hahaha

Unknown said...

sue jangan makan byk2 sgt, bahaya
*huhu, dok kata kat org, sendiri telan mcm2 takde ingat*

Chooyaya! said...

Choo Hani : Dia tak faham eh sebenarnya... Malas dah aku nak tgk perut dia tu choo.. tak koser aku... aku dah fedap nak soh dia kempiskan perut. aku rasa, memang takkan berjaya sampai la wedding aku. so, aku putus asa dan redha secara memberontak dari dalam jugak la

Dayu : minggu nih start diet balik. cukup la seminggu berjimba makan sedap2. hehe