Tuesday, April 7, 2009

Kereta Ku Yang Kacak

Harini Encik Tunang yang hantar aku pergi kerja.. Pasal apa? Pasal keretaku yang tercinta telah dihantar ke woskop Ah Tong dekat Ampang Jaya. Semalam petang dari opis terus ke rumah Encik Tunang dekat Ampang & Bapak yang baik hati offer nak hantar ke woskop pagi ni.

Sazli cakap dekat bapak, kereta tu ada masalah timing, head cilinder wtf and carburator yang sepatah haram aku taktau menda. Yang aku tau, dia la yang punyer pasal tak tutup water tank sampai kereta aku overheat and berasap kepul2 seperti gennie in the bottle yang aku consider telah rosak walaupun masih boleh bergerak.

Sazli cakap dekat bapak, check semua engine. Bila bapak tak tengok kami, aku cubit peha dia and aku cakap kat dia, selama nih aku bawak jerk kereta tu walaupun bunyik cam orang batuk yang paru2 berair korang tau tak? Cam kahak tak lekang tu, ha... Cam tu la kereta aku berbunyik. Macam aku tekan minyak, padahal tak pon... Kata eizzy, kereta aku berhantu. OK. Berhantu. TQ.

Aku bawak dan lenjan jerk pasal aku memang kedekut tahik nak keluarkan duit untuk baiki kereta. Ntah eh? Rasa macam membazir jerk. Tu pasal masa tayar aku sampai terkeluar2 benang dia and botak nak mampus, aku buat bodo jerk. Dah jadik getah mati pon. Tanak aku tukar tayar. Aku terasa membazir. Hehe. Tak elok tu.

Kenangan dengan kereta nih memang banyak. Dah kata perempuan yang bawak kan? Memang la macam ni. Takat kereta aku air bateri kong, brake pad haus dan jugak tiada minyak gear dan minyak brake adalah perkara biasa bagi aku. Asal boleh jalan. Sudah.

Kereta aku tu pun baru jerk elok dari kemek2 melampau yang menyakitkan mata. Aku sengaja biar. Dulu pintu kiri belakang, mana boleh bukak. Pasal... Aku terlanggar dinding masa nak parking dekat hotel Grand Season dengan Cik Yatie. Masa tu aku stuck dekat tengah. kedepan tak boleh, kebelakang pon tak boleh. Bayangkan la macam mana. Hahaha.. Dekat setahun jugak la kereta tu kemek tapi aku buat bodoh.

Kat bawah nih ialah peristiwa2 aku bersama kereta aku:-
  • Korang just name it apa yang aku tak langgar. Divider? Pasu Bunga? Ayam? Sekolah? Pagar? Semua dah.. Kecuali makcik kentin jerk yang belum.
  • Sampai satu tahap, aku dah SELALU sangat langgar tembok *walaupon ada reverse sensor, aku dah lali. Ada skali masa makan kat Makcik Sombong Kolej Telekom, aku terlanggar tembok. Pastu Kaklong cakap, 'dik, ko langgar apa tu?' Aku dengan relex jawab, 'tembok jerk..'. Walaupon masa tu bumper aku dah rebeh. Aku cool jerk. Hebat bukan?
  • Terlelap dan tidur sekejap masa trafick light merah juga adalah perkara biasa. Not nice.
  • Ada skali tu, masa aku terstuck masa jem dekat Semarak, aku reverse dan telah melanggar sederet motor sebanyak lebih kurang 15 bijik semuanya, aku buat muka kompiden blah jerk. Haha. jahat giler aku. Keras jerk kepala aku masa tu takot orang kejar Larikkkkkkkkk...!!!!!!!!!!! Dosa tak aku? Aku tak sengaja. Kang kalau aku berenti kang, jem pulak. Tu pasal aku terus jerk.
  • Yang paling besh, aku makan dengan opismet aku kt Kampung Baru. Aku park kat tepi jalan, pastu kereta aku kena langgar dengan lori sampai bumper belakang tercabut. Kawan2 aku semua dah gelabah and basuh tangan cepat2, aku relex jerk. Biarlah... Bukan boleh buat apa.. Makan sampai habes, pastu baru la tengok kereta tu. Alarm dah bunyik dah masa tu. Cool jerk... Haha. Giler.
  • Fail kalau parking. Undur kedepan, kebelakang, kedepan kebelakang, tapi selepas 5 minit, kat situ jugak. Tak gerak. Teror bukan?

Bila dah cukup kemek2 kat kereta aku semua. Dah habes tempoh matang dia, so aku pon terpaksa jugak keluar duhet untuk baiki all the kemek. Dulu plat number depat aku WJ jerk yang tinggal. Number semua dengan satu lg abjad dah hilang pasal patah aku langgar tembok dekat Giant Setiawangsa. Lalalala.

So, korang sendirik bayangkan la kereta aku macam mana rupa dia. Dengan kemek, number plate patah, tapi aku selamba jerk bawak sampai la setahun lebih kot? Biarkan dia kemek puas2 dulu, sampai aku teror dan tak langgar dinding lagi baru la aku baiki.

Sekarang nih dia berbunyik 'uhuk uhuk uhuk' plak pasal Absorber dah haus. Malas aku nak layan. Suka ati dia la.

Tapi sekarang, kereta aku dah hensem. Wira Aeroback kaler kelabu 1.3S. Kenapa 1.3S (S tu bukan ker saga?) Giler kantoi. Pasal... Aku dulu ada la eksiden ngan taxi. Kemek kat tepi. Takot kantoi dengan arwah ayah, so aku pandai2 pergi Brothers and tempek kat tepi tu 1.3S. Hahaha. Kawan aku la yang tegur, pastu gelak nangis2 pada tahap kelurusan aku menempek 1.3S dekat kereta aku tu.

Dalam kereta aku sekarang ada lebih kurang 3 kasut sukan. Futsal, jogging dan netball. Pastu ada bola futsal dekat bonet serta ada lebih kurang 13 pasang kasut kerja. Lagi 3 pasang dalam kereta Encik Tunang. :D Dah macam rak kasut berjalan. Tapi kereta aku hensem ok? Aku kemas elok2 jerk....

Tiap kali masuk kereta, aku musti buang habuk dulu dekat kaki tu. Kereta bersih baru semangat nak drive.

Sekarang kereta aku ada bau durian sikit2, pasal aritu kawan aku ada kasik durian. Tadek rezeki aku nak makan, masa pagi tu aku letak durian tepi kereta untuk mengelakkan bau durian yang kuat. Skali datang balik, dah hilang. Ada orang kidnap.

Tapi ingat! Kalau kereta nkorang bau durian, jangan masukkan daun pandan pulak. Dah jadik macam bau bubur kacang hijau durian plak nanti. Biarkan pintu tingkap terbuka, pastu masukkan roti putih kt bonet. Konon2nya bau durian tu boleh serap la. Petua ni tau? Jangan main2!

Banyak la lagi kenangan aku dengan kereta. Kena pecah sahaja dah 2 kali. Adoi... Malangnya nasib. Aku dah mandikan dia ngan air yassin. Harap2 lepas nih tak kena pecah lagik...

Aku nak tag Yatie, Choo Hani, ET, Naz & Keary dengan aksi bersama kereta masing2.

Aksiku Di Dalam Kereta

Masa ni otw nak pergi tengok futsal dekat Sunway

Balik dari Carrefour bersama Cik Yatie. Yatie, awak ingat tak? Masa ni kiter ngamuk2 pasal ketiak kiter bau kepak ayam pizza hut atau dalam bahasa jujur bau masam dan sedikit hangit tak wangi.



Tolong Kaklong survey rumah dekat Bukit Antarabangsa. Buruk giler rambut. Cam ahso nyonya jual sayur



Tunggu mak, masa nih dia beli batu2 blok nak buat menda ntah


Ni zaman2 jahil ni. Bajet cantik la pakai lense coklat?


Bukti kereta kena pecah. Cis! Kain telekong pon mau curi ka?


P/s : Intan jangan harap dapat bawak kereta Kaksu yang hina tu. Dengan kata2, bila Intan nak beli kereta?




-END-

La.... Ada jugak gambar Intan? Hahahahaha. Dalam kereta masa balik dari wedding



10 comments:

Anna Dayana said...

surprising...Ada gak pic intan..walaupun takder kena mengena ngn citer di atas.

Ada lagi satu citer kaksu tak citer iaitu masa kat keramat, kereta kaksu buat hal, tak boleh masuk gear..masa tu stuck kat junction.Enjin dah bau hangit dah time tu..tapi kaksu nampak cool intan pulak yg menggelabah..ingat tak???

Chooyaya! said...

tak ingat pun. bye

Chooyaya! said...

Hhahahahah.. Mesti bengang kan? Ingat la Intai oi... Dah la jalan sehala, kereta mati dekat tengah2. Nak masuk gear tak boleh, dah la tengah jem. Mau tak panic??

Ieja RizaLiza said...

huhu ... terror tul la su nih !! kagum sungguh saya ... bravo !!

Chooyaya! said...

Mz-Rizaliza : yer, saya sangat teror. berani nak naik kereta dengan saya?

Unknown said...

peh..su ko ni mmg kental ar..aku tabik ko...kene jawab gak ke tag ni..ok2..nnt aku jawab...tq...

Chooyaya! said...

ET : Biasa la... Perempuan besi.. Kekekeke.. lekas2. Aku dah tag ko banyak, satu pon ko tak layan

yatiyahya said...

keta awk nih su...cermin dia x leh turun naik(x taulah sekarang)... aie pernah pinjam keta ni..pastu panic pasal tingkap keta x leh tutup..berpeluh ketiak naikkan tingkap keta secara manual...(menggunakan kederat tangan)

Unknown said...

kecoh ketiak..heheh..yelah2 nnt aku upload gambar eh..

Chooyaya! said...

yati - yer yatie.. sampai sekarang pun cermin tingkat tu macam tu jugak. tak boleh naik kalau dah turunkan.. kekekeke.

et - et sila jagan banyak bunyik. lekas komplitkan tag kiter ni.