Wednesday, April 8, 2009

Pasal Satay Pun Sampai 13 Jam Tak Becakap

Tersebut la al-kisah disatu petang... Angin sepoi2 meniup rambut ala2 JunPyo dalam Boys Over Flower sedang enak2 berdiri di balkoni rumah bapak punyer besar!, sambil rambut lembut beterbangan kekiri dan kekanan memeluk tubuh dalam suasana yang amat damai

*sila masukkan effect bunyik angin sejuk yang meniup daun2 kering warna oren kemerahjambuan yang macam dalam iklan Hazeline Snow dan jugak lagu latar ialah Dendam Terlerai dari Anis Suraya..

So, macam mana? Dapat bayangkan tak? Ha... Giler punyer damai petang tu... Kalau tak dapat nak imagine gak damai yang macam mana, aku pun taktau la.. OK. Intro sahaja sudah 8 baris. Biler nak cerita????

Petang semalam, aku teringin habes nak makan satay. Dari dalam kereta sudah bising-bising dengan Encik Tunang nak makan satay ayam. Dia pulak layan ajer, tapi mulut berkata-kata. 'Bukan tadi u dah makan laksa ker masa tengok Abg Long kat Pusrawi? - Yer, sila jangan pelik kerana aku memang selamba badak makan laksa didepan orang sakit didalam wad. So?

Masa otw nak pergi rumah dia di Ampang, kami singgah la sat dekat Ampang Jaya untuk beli satay. Aku cakap, aku nak 20 satay ayam dan 10 satay daging. *Bukan kalau teringin makan 5 cucuk sudah cukup ker? Hehehe

Dalam kereta, aku mintak kebenaran dengan Encik Tunang untuk jamah sebatang satay.

Aku : U... boleh tak I nak rasa satay ni? Satu jerk U.... Satu jerk.....
Sambil buat mata macam Puss In Boots dalam cerita Shrek.

Encik Tunang : Nanti la sayang, makan sama2 dengan mak & bapak.. Tak elok makan dulu...
Aku tak nak kalah, nak jugak makan.

Aku : U, kalau nanti I pretnen and teringin sangat2 dah nak makan macam sekarang ni, U kasik tak?
Dada sudah sebak masa ini ok?

Encik Tunang : Tengok jugak jugak la keadaan macam mana

Aku : Tapi U, I dah rasa dekat tekak dah ni...
Sambil tunjuk2 tekak aku sambil dongak2.

Encik Tunang : Kejap lagi sampai la... Sabar sikit...

Aku : Dah! I taknak makan! I nak balik terus pas ambik kereta!

Encik Tunang : Ya Allah U... Syaiton apa dah merasuk U nih? Istifar U... Mengucap...

Aku : Biarlah.... !!!
Giler annoying suara aku masa ni..

Entah kenapa la aku taknak mengalah. Bukan jauh sangat pun rumah dia. Dekat jerk. Tak sampai 5 menet pun. Tapi EGO aku tak membenarkan aku mengalah. Fuh! Waktu bertunang nih, dugaan memang kuat woo... Angin lintang aku 5-6 kali lagi hebat dari dulu. Teruk betul.

Aku ingat nak sambung lagik drama aku, tapi dah ternampak plak Bapak tengah belek-belek kereta Wira Aerobak 1.3S kelabu aku tu. So, tarik napas... Kuntrul kuntrul.... Depan bapak kena professional.

Dipendekkan cerita, aku langsung tak bertegur dengan Encik Tunang masa dekat rumah dia. Aku dekat hall, dia kat luar, aku kat luar, dia dalam rumah. Masa aku mandi and guna bilik dia pun, dia cecepat keluar lepas amek sejadah. Masa aku da nak pergi Flamingo main bowling dengan opismet dalam pukul lapan, aku salam makcik and bapak jerk.

Aku tak salam dengan dia. Alasan : Dia tengah baring, malas kacau. Padahal aku tanak cakap ngan dia pasal protes dia tak kasik aku jamah satay tadi. Saper suruh???

Bapak, Makcik & Yoyo (kazen dia) hantar aku dekat gate. Bapak brief sikit pasal kereta. Dia cakap, dia dah tukar timing belt, tukar water tank, tukar bateri dan dah adjust timing ker menda ntah. Aku tak reti. Terima kasih bapak! Sila kasik bill pada Encik Tunang.

Iklan jap : Bapak cakap, kereta aku dah ok. Dia dah suruh Ah Tong check semua except for absorber jerk yang aku kena ganti. Segannya.... Bapak siap cuci kan kereta skali. Dia mintak aku service charge RM700. Tu kira murah la tu, pasal dia cakap, kalau dia pergi meeting pun, elaun meeting lagi mahal dari tu. Hehe.. Dia siap bawak kereta aku masa main golf dekat Cheras lagik. Dia cakap sajer nak test drive. Anyway, TQ Bapak! Layan la anak pempuan Bapak yang sorang nih yer?


OK. Sambung. Mood seriyes dan merajuk balik.

Tadi dorang hantar aku kat gate kan? Encik Tunang pun ada! Tapi aku tak pandang pun muka dia. Masa aku reverse (Umah Encik Tunang dkat jalan mati) Encik Tunang tahan kereta. Dia nak salam. Aku pun salam dia. Pastu dengar Bapak cakap 'Awat hangpa dua nih macam Arab dengan Palestine ja?'.

Aku terus jerk... Tanpa menoleh kebelakang lagi dengan perasaan rugi kerana tidak memakan satay puas-puas.

Aku pun terus menuju ke Flamingo.

Untuk pengetahuan semua, dari malam tadi pukul 8.00pm sampai la entry ini siap ditulis pada pukul 10.30am, Encik Tunang tidak menelefon, men sms atau menghubungi aku. Biasanya dia akan wish good night and good morning. Tapi hari ini ialah tiada, kosong, none, nothing, nehi, ilek.

Padan ngan muka aku. Sekarang rasa berbaloi tak merajuk kerana satay? Tidak bukan? Hahahahahha.. Tunggu la sampai bila nak perang saudara macam ni. Kiter tengok selama mana aku dan Encik Tunang mampu bertahan.

Dalam kepala aku sekarang ni

  • Dia dah cemuihhh dengan aku
  • Dia dah tak sayang aku
  • Dia ada orang lain
  • Dia da tanak kawen kawan ngan aku

Korang rasa apa? Berbaloikan kerana sebatang secucuk satay?

Ini la rupa satay durjana yang membuatkan Encik Tunang tak bercakap dengan aku selama 13 jam

-END-

6 comments:

Anna Dayana said...

kaksu mmg mcm tu...hihihi

Chooyaya! said...

Macam mana Intan?

Anna Dayana said...

kaksu suka majuk2 tapi kaksu tak bermaksud pun nk mcm tu kan, saja nak tarik perhatian kan

nadialyna said...

wtf.

Chooyaya! said...

Intan : pehal plak nak tarik perhatian? susah payah aku merajuk betul2 cakap nak tarik perhatian. wak lu!

nadia : FU

Ieja RizaLiza said...

hahahha ... kite pun selalu mcm tuh !! penah sekali gaduh pasal rebut bantal. pastu hubby x layan. makan hati tau !! huahuahua ...