Thursday, April 16, 2009

KL Sekarang Ramai Orang Jahat

..::Babak-babak didalam cerita Gerk Khas atau pun Roda-Roda Kota Raya::..

Dialog


Polis pangkat kecik : Tuan, Tuan ada baca suratkabar semalam?

Polis pangkat besar : Ya, saya sudah baca.. Mengenai kejadian merompak dan meragut di Stesyen Minyak bukan?

Polis pangkat kecik : Ya tuan, saya rasa sudah sampai masanya kumpulan kita membuat rondaan yang lebih kerap untuk mengatasi kejadian-kejadian seperti ini. Saya bimbang jika dipandang remeh akan membahayakan masyarakat tuan!


Ini sangat penipu... Ada ker polis2 cakap mcm ni..? Pulak tu every eposide dok tanya bos dia ada baca newspaper ker tak.. Aku tak tengok pon cerita nih, kawan-kawan yang cerita.

OK


Sekarang nak cerita pasal orang jahat di Kuala Lumpur. Sedia maklum semua, yang aku ialah mangsa ragut dan jugak mangsa pecah kereta. Ok, tanpa membuang masa, berikut ialah resepinya kisahnya.

Dulu masa zaman2 aku muda remaja first month kerja dekat KL, first gaji pulak tu... Aku pun pi la cucuk duhet dejat ATM Machine sebanyak RM1,000 (Jangan tanya kenapa aku cucuk banyak2.. Aku pun taktau kenapa dan mengapa) Serta aku baru ambik duit petty cash dari office untuk beli barang pasal Dato' menda ntah nak visit company aku that time RM2k dan jugak aku baru beli set perfume Estee Lauder dan jugak gambar-gambar yang aku baru dapat untuk satu sessi photoshot yang aku buat dengan Karangkraf ker menda ntah, dah lupa together with aku punyer purse yang dalam tu ada alamat rumah kat kampung, juga bisnes kad aku kerja kat KL ni.

Ok. Dapat bayangkan tak apa yang aku dah hilang? Cash RM3k. Perfume yang aku tak sempat nak pakai pun (1 set ok?) Gambar2 aku, Ic, lesen, handphone serta memang banyak menda lain skalik, pasal semuanya aku letak dalam satu beg besar yang boleh muat semua menda tu. Bukan handbag. Tapi more to beg mekap ataupun beg Encik Doraemon.

Entah mengapa pada hari tersebut hati ku sangat teringin untuk berjalan kaki menghidup udara segar di Kuala Lumpur untuk mencuci rambut diseberang jalan rumahku. OK. Sekarang kenapa sudah berbunyi seperi cerita didalam novel sahaja? Aku geli.

Pastu tengah berjalan nak balik rumah, aku dengan berlenggang kangkung dengan seorang kawan aku yang datang dari Pahang tu, tetiba aku sedar yang beg aku kena ragut. Aku macam taknak lepas and lawan nak tarik balik. Tapi aku kan perempuan yang lemah, mana la terdaya nak berlawan dengan 2 lelaki babi yang kuat tengah bawak motorsikal pulak tu.

Sian aku jatuh terseret sikit. Dah la pakai heals, Pastu lelaki jahanam tu boleh berenti sekejap, pastu pandang aku n senyum and gelak2 ayam sikit. Sangat cilaka kan? Dah la ragut beg aku, pastu boleh berenti & gelakkan aku. kimak betul!

Yang paling hebat nkorang nak tau apa?

Ada la seorang pakcik yang dari kedai tepi jalan tu, datang kat aku. Bagusnya dia hanya sekadar cakap begini 'Tu la.. saper suruh jalan lenggang2, dah kena ragut' Dia tadek perasaan ker nak nasihatkan aku soh pi report polis ker, atau bangunkan aku yang tengah jatuh ni ker atau at least berkata2 manis la pada aku... Ni dok kondem aku. Masa tu aku nangis cam perempuan giler mati laki.

So, aku pun pi la report polis pasal IC aku pun hilang skali (walaupun IC aku tu yang darjah 6 punyer pasal aku memang tak tukar-tukar lagi. Jangan tiru tabiat tidak menukar IC aku ini)

Setel semua. Opis cakap duit RM2k tu tak payah bayar pasal itu dikira kemalangan. Pastu boss2 yang baik hati, kasik aku duhet tanda simpati yang kalau tak silap aku, aku dapat collect lebih dari RM2.5k kot? Yer la, satu GM sudah kasik RM500. Takkan la nak kasik RM50.00 pulak kan? Jatuh la setendet mereka. Ini sudah bagus kerana aku sudah dapat lebih dari yang hilang! Hahahaha. tetiba gembira pulak kena ragut.

Aku juga dapat handphone baru dan juga perfume yang sebijik cam yang hilang tu yang aku terpaksa rahsiakan namanya disini. Korang rasa dia syok kat aku tak? Haha..

Owh, lupa nak kasik tau... Handphone aku masa tu ada 2 ok? Satu ada dalam beg yang kena ragut tu & satu lagik dah memang rezeki aku agaknya, handphone tu tercampak masa aksi tarik menarik beg bersama pencuri 2 ekor orang tu.

Tetiba di satu hari yang tenang dan damai *effect damai masukkan sendiri. Aku malas. Aku dapat call dari sorang kawan aku. Dia suruh aku call handphone aku yang satu lagik pasal dia cakap handphone tu sekarang ada pada seorang lelaki.

Aku pun call lelaki itu.

Dia cakap, dia adalah tuan rumah kepada 2 lelaki yang dok menyewa dekat rumah dia. Bebudak tu dah lama tak bayar sewa dan dia suspek budak2 tu dah cabut. Masa dia tengok dalam bilik, banyak ada handbag2. Termasuklah beg aku. Dalam beg tu cuma ada IC semata2 dan jugak simcard. Tu yang dia try on kan handphone tu, kot2 la tuan punyer badan ada call.

Dia ajak aku jumpa somewhere. Aku mintak dia datang office, tapi dia cakap, dia takot aku report polis. Pehal plak aku nak repost polis kalau dia tak salah kan? Aku tanya dia, dia kerja apa, dia cakap dia bisnesman. Dan dia ada banyak rumah untuk disewakan. Bunyi Hebat kan? Siap sempat nak flirt2 dengan aku ok? Cakap suara aku best la.. Urrghh!!

Sebenarnya dalam masa yang sama, aku ada la cerita dekat kawan2 aku yang aku kena ragut. Ntah macam mana, kawan aku tu, kawan dia pun kena kidnap, bawak masuk dlm semak tapi tak sempat kena rogoi dia dapat cabut. Sian dia. Pastu budak tu ada la report polis and dah buat lakaran.

Aku memang ingat muka babi budak lelaki 2 orang tu. Kawan aku ada email aku gambar penjenayah2 tersebut.

Aku berdebar2 menanti hari yang mamat bisnesman tu nak hantar beg aku. Pastu hari yang dinanti telah tiba, mamat itu muncul dengan berpakaian seperti berikut:-

baju melayu yang kedut seribu kaler pink gelap
seluar jeans lusuh yang maha lusuh
selipar jepun yang hina buruk

OK. Motif pakai baju melayu di hari Isnin tengah hari buta akan menampakkan dia seorang yang baik la? Tidak.

Ini ialah pakaian bisnesman yang berjaya kah? Dan yang paling mengujakan ialah, ye.....!!!!! Ini lah dia rupa orang yang ragut aku yang aku ingat rupa dia dan jugak sama seperti dalam lakaran polis! Ya Allah... Berani dia datang carik aku!

Pastu dia pun bagi beg aku pastu dia cakap sambil menjeling2 manja. (Harap maklum, mata mamat nih macam ada lari sikit) 'Su, ini lah beg yang saya jumpa, dah tak ada apa pun dalam tu... Semua dah takder... Termasuklah modes awak' WTF??? Mana dia tau dalam tu ada modes aku? (dah lama tak guna perkataan modes ini.. hahaha) Budus la peragut ni, manjang nak kantoikan diri sendiri. Kalau dah dia jumpa beg sahaja, mana la dia nak tau kalau dalam tu ada modes kan? And lagik satu, pesal ntah dia nak amek modes tu, dia nak pakai ker? Dia period ker?

Aku malas nak cakap banyak. Aku cakap terima kasih banyak2. Dah. Sekian

Tapi mamat nih, ada hati lagi nak ngorat aku ok? Even, last two month pun dia ada call aku ajak minum la.. Pasal dia cakap, aku tak ucap terima kasih pun dekat dia pasal dah hantar balik beg aku dulu tu. Nak terima kasih menda kalau takat pulang IC sahaja. Menda lain semua dia amek???

Aku pun sebenarnya ada la bekerjasama ngan polis untuk tangkap dia. Tapi mak cakap, 'tak usah la dik... Nanti ko jugak yang bahaya. Dia tau opis nko, ada gambar nko, ada alamat rumah nko, number telefon kawan2 nko semua dan hampir pasti akan dapat carik nko kalau dia dendam nanti, KL bukan besar.' Sebenarnya mak tadek cakap hampir pasti pun, tapi sajer aku reka2 kasik nampak ayat sedap sikit. Janji maksud sampai.


Ada betulnya (Dah Intan, 1-0)*Intan sahaja yang paham

Ada benarnya... Kata la dia kena tangkap and penjara 3 tahun. Pastu dia bebas and carik aku balik. Macam mana.. So, aku just let go jek la. Aku lagi pentingkan keselamatan aku in future.. Pasal inspektor sahab polis tu nak tangkap dia masa aku perangkap dia jumpa kat mana-mana.

Orang peragut tu sms aku macam ni bulan lepas

Peragut : Hi Suraya, ingat saya lagi tak?
Aku : Saper ni? *Pura2 tak kenal, padahal memang aku simpan number dia ni

Peragut : Saya la dulu yang pulangkan balik beg awak yang kena ragut tu

Aku : Hei peragut! Awak jangan nak tunjuk baik yer? Awak ingat saya taktau awak yang ragut saya ker? Awak ingat saya bodeh? Eh silap, bodoh? Bla bla bla &*^%mangkok hayun! *&%$ kambeng ko memang sial dan sebagainya sumpahan seranah selepas itu

Peragut : Takperla kalau tak sudi jumpa saya. Awak langsung tak berterima kasih. Siap nak marah2 saya. Allah juga yang mengetahui. Assalamualaikum...


Ewah2 mak enon. Nak sebut2 nama Allah pulak. Pehal plak nak tunjuk baik dengan aku??? Padahal dah ragut aku, dah curik modes aku nak bermulut manes plak.

OK

Itu jerk la cerita aku kena ragut kt KL ni. Semenjak haritu, aku jadik phobia nak jalan kaki sorang2 dan jugak tidak lagik bersuka2 hati nak meleggang kangkung and pegang beg sebelah jalan...

Hanya mangsa ragut memahami perasaan mangsa ragut. Nadia pon pernah nak kena ragut dekat tepi rumah kami dulu, tapi dia selamat. Memang phobia. Jadik mudah terkejut. Dah la aku nih lemat segamat semangat.

Untuk kawan2 perempuan. Jaga la diri baik2. Jangan jalan kaki sorang2 tengah malam, jangan ambik mudah dan sambil lewa pasal semua perkara. Kena lebih hati-hati. Macam aku ni, kereta kena pecah pasal ambik mudah bubuh beg dekat seat belakang (Padahal beg kain semayang jerk) & kena ragut. Semuanya pasal tadek sifat berhati2 dan sambil lewa.




Ni la gambar peragut tu. Korang hati2 la kalau nampak muka2 ni kat mana2, pasal mereka sangat jahat. Cubaan nak merogol orang pun ada tau?


Pasal aku tak reti nak save gambar tu dalam jpeg, so aku snap jerk pakai camera handphone. Tulisan kat bawah tu macam ni.

1. This guy were recognised by Maki. Skinny guy, thick-moustache, big round eyes, dark skin. he is the one whoe rob Aya porch and molested Maki, he also attack Maki. He also ride Kapchai

2. He got Flat square face, skinny, baby face, cute guy, look so young, aged 14-15. A little bit Jongang, the black eyes big, small eyes, dark skin colour. He pillion the guy long hair

3. This guys, look like the chief of this group. He ride Kapchai and wear half helmet white colour. Dark skin but fairer than the cute guy, he is shorter than Aya, small eyes like chinese eyes, short hair but got ekor like Zack hair fashion before, his teeth really dirty and front teeth 2 or 3 doesnt have, other teeth look like melt, thin eyebrow, very skinny guy, thin lips.

Ini masa 3 tahun lepas, sekarang mereka mungkin dah lain rupanya.

Owh, ini ialah number telefon peragut tu. kot2 la korang nak berkenalan ker? Aku tak kisah...

012-2614264 & 013-3407230

Wah, hebat! Ada 2 telefon. Sure kaya raya dah kerja meragut.

-END-

2 comments:

intan said...

Ni citer sedih ker lawak ni?
intan pun ada experince kena ragut..

Chooyaya! said...

Cerita sedih la.. Kena ragut pun lawak ker? La... Intan kena ragut jugak ker? Nak jugak Intan ni... Hahaha... mesti drama kan masa tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...