Monday, April 20, 2009

Mari Membeli Langsir Hijau

Hari Sabtu aritu mak turun KL, dia cakap nak tempah langsir untuk wedding aku bulan 6 nanti. Mak, meh sini adik nak kasik tau, sila la jangan membeli barang-barang kawen nanti hijau yang adik tak suka seperti hijau pucuk pisang, hijau apple, hijau mengancam yang sakit mata memandang itew, hijau katak puru dan juga hijau bendera PAS. Hijau yang dibenarkan ialah hijau tua sahaja seperti kaler daun rambutan yang matang atau pun ada orang cakap hijau lumut. OK? Ngerti?

Pasal Kaklong seperti malas hendak berjalan di tengah2 hari terik ke Jalan TAR, maka kami decide mau pergi ke Tewah yang terletak di Giant Melawati sahaja. Bagus. Sangat dekat dengan rumah Kaklong di Bukit Antarabangsa. Lagipun kat sini senang nak parking, tidak jem, tidak ramai orang sangat & juga pilihan yang tak banyak (lagi banyak, lagi pening nak pilih). Hehe

So, selepas membuat lawatan ala kadar, kami pun memilih warna hijau seperti ini untuk buat langsir dekat rumah nanti, kain kat belakang dia yg ala2 tirai tu, ambik dari jenis yang sama kaler gold. Green+Gold. Wah! Meriah sungguh. Mak nak kaler Hijau+Putih, tapi selepas membuat undian secara beramai2, Aku, Kaklong, Kasih (Padahal dia main angkat tangan jerk) & Ayang setuju dengan kaler gold. So, mak kalah. Haha.. Dia muncung sedikit dan cakap, 'ni kan rumah mak, kenapa tak ikut cakap mak?' Tapi masa itu, kami semua buat2 sebok dengan kaing2 langsir lain.


Inilah warna hijau langsir kat rumah nanti. Tapi yang kaler gold tu lupa nak snap, bizi layan makan asam dengan Ayang (pasal boring kena beli langsir) Kelihatan wajah mak yang seperti tak kurang gembira disini.. Hehe.. Dia kalah undian dengan majoriti 4-1. Takper mak, cuba lagi dilain masa

Kain tu harga dia yang hijau ialah RM9.50 semeter & yang kaler putih tu RM6.50 semeter. Lepas Uncle tu kira upah semua, total jadik RM1890++. Kain+upah. Murah ker mahal aku taktau. Sila jangan tanya pasal tadek pengalaman beli langsir... Harap maklum, rumah akak memang banyak tingkap. Yang tempah tu sebanyak 16 helai (16x2). Tu pun tak termasuk langsir2 di bilik2...

*Setakat ini, aku kurang bersetuju jika membeli langsir kena charge banyak itu. Baik beli handbag & kasut. Lagi menarik. Tapi duit mak kan? Suka hati dia ler....

Kain langsir nih siap dijahit dalam masa 2 minggu sahaja. Nanti lepas balik dari Langkawi aku kena la hantar langsir ni ke Pahang.

Tetiba rasa pening2 ayam pasal teringat dokumen kawen tak setel lagik - Iklan -



Ini sudah kila mulah ni... Lu carik mana kedai kasik harga sama macam saya?*Ni skrip rekaan sahaja. Harap maklum

Sejam jerk dah setel hal kat Tewah ni. Pastu kami terus turun ke Giant nak beli bahan2 masak meehun goreng (atau bihun atau mee kurus - sama sahaja) dan fish ball & mushroom goreng tepung cicah ngan sambal kicap (mereka orang Kedah tapi kena makan makanan orang Jawa, hehe) untuk di saji kepada my future Mother & Father In Law. Dowang nak dtg visit Abg Long yang dipaksa pura-pura sakit oleh Kaklong...

Macam baisa, Encik Tunang makan paling banyak. Pastu ayah dia ckp macam ni... 'Zah, anak kita dah serupa macam anak beruang' Makcik jawab, 'Dah lebih dari itu pun bang...'. Encik Tunang sila take note.

Aktiviti hari Sabtu sudah tamat & aku hanya menanti untuk menengok AF plak malam ni yang berakhir dengan AF tengok aku selepas setengah jam konsert. Kerana penat carik langsir.. Kerana penat tolong Kaklong masak... Kerana penat layan Kasih dan kerana penat makan.

Lagipun Encik Tunang macam malas nak layan sms aku malam tu pasal berebut TV ngan mak dia. Dia nak tengok bola, mak dia nak tgk AF. Tapi dia kalah. Haha. Padan muka.

Sekian.

-END-

No comments: