Thursday, April 23, 2009

Owh.. Lupa Nak Kasik Tau Ni...


Selepas perang hati jantung berlubang perasaan dengan Encik Tunang dan setitis dua air mata gugur dek kerana sakit hati terpaksa jalan kaki jauh2 dan panjat tangga JAWI yang sebanyak lebih kurang 80 anak tangga kesemuanya di tengah terik mentari diufuk timur leste sehingga ketiak juga sudah basah dan berbau kepak ayam pizza hut dengan anggun berkebaya hijau dan sakit kaki pasal main netball, maka dengan bangganya aku nak bagi tau......


Dokumen aku untuk nikah dah di submit ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Yeay! Sila tepuk tangan... Terima kasih... Terima kasih..... (sambil silang kaki kebelakang sambil kembangkan kain dan tertunduk malu)

Diantara perkara yang aku kena tempuh sehingga pada tahap ini ialah:-
  • Amek borang kat JAWI dan cerita sikit2 pasal tadek wali and nak nikah kat KL tapi tak sedar diri yang IC alamat Pahang kepada Ustaz Abdullah

  • Complete kan borang semua (Check dekat senarai semak)

  • Dapatkan pengesahan qariah Wangsa Maju (Saksi 2 orang)

  • Submit borang dekat JAWI (Saksi 2 orang)

  • JAWI kuarkan surat pada mahkamah untuk menggunakan Wali Hakim

  • Pergi Mahkamah Syariah angkat sumpah, sapina sapiah belaka

  • Submit form pulak aiihhhhh

  • Mahkamah tetapkan tarikh untuk naik Court (Encik, jangan tangkap saya, saya tak bersalah! Bukan saya yang curik pelam tu!

  • Proses untuk naik Court selepas submit borang ialah 21 hari yer? Harap maklum. Masa ni la mahkamah nak buat siasatan konon2nya. Sila la pening kepala dengan Maklong aku pulak. Haha.. Pi la siasat. Tak heran pun

  • Naik Court

  • Submit kat Jawi (Lagi 14 hari)

  • Kalau semua ok, maka boleh la kawen

Ha...!! Ini la perlunya submit borang cepat. Proses yang macam ni lah yang melambatkan tau? Seb baik la aku submit cepat. Kalau ikut abang ustaz kat JAWI, dia ckp, 2 minggu. Giler ah!!!!

Yang paling best ialah, kebanyakan procedure hanya melibatkan pihak penagntin perempuan sahaja. Maka pengantin lelaki boleh senyum2 siput vavi lepas pas borang kt pengantin perempuan pasal lepas tu dia tak payah buat apapa lagi. Hebat bukan?

Sekarang nih, aku nak tunggu 13 Mei untuk naik Court plak.

OK

Harap-harap tiada masalah dikemudian hari. Kalau tak, hanya boleh gigit jari dan berkubur la harapan untuk berkawen dan mengandun. Sekian. Kita kembali ke Studio 1.

-END-

1 comment:

chrot said...

mmg btol pon abang eh ustaz jawi tu ckp sminggu.

choo nye wat a week before solemnisation LOL. *clapS*

ilang nye pasai. tipu ah aku kire tade la 80 anak tangga. ko je ngader. nak pehatian LOL