Monday, May 11, 2009

Kalau Cantik Tetapi Mengigau Mungkin Kena Potong 1 Point

This entry is dedicate to Nadialyna

Hari ni boss tadek, mungkin boleh buat 2 entry. Haha (Pastu kawan Puan Yatie akan tanya, Yatie, Suraya tu tadek kerja ker kat office?) Jawapan : Ada! Tapi tadek mood nak buat dan malas jugak. Yang rajin cuma merepek sambil makan kerepek kentang jerk..

Anyway, last week banyak habeskan masa dengan Nadia. Hari Selasa dia sleep over kat rumah, layan cerita masak-masak sampai pagi. Pastu terkejut pasal Si Nadia marah2 aku suruh cepat sikit. Giler. Cepat sikit apa pukul 2.00 pagi mcm ni. Bikin gua seram ok?

Ko kan Naddy, suka nak mengigau and ala2 scary pastu menakutkan aku. Sial jerk ok?

Peristiwa satu

Masa ni still housemate lagi. Pasal aku kekadang ada mood takot nak tido sorang2 dekat bilik, so request Nadia tido sama. Walaupun dia komplen bilik aku tilam nipis hina lagi menyakitkan belakang dan bilik panas tapi masih jugak teman dan redha kerana dia tak payah kemas tilam dia esok pagi. Good.

Note : I tak suka U pasal U pernah tumpahkan nail remover atas tilam I pastu U suka makan buah oren dan telur dadar atas tilam I and tumpahkan garlic butter tanpa rasa bersalah. Nasib baik U rajin kemas rumah, jadinya I sayang U pulak

Aku terjaga tengah2 malam. Posisi mengiring kekanan dan mengadap tepat2 muka Nadia. And dia pulak mengiring ke kiri dan mengadap muka aku. Aku terbuka mata dan pandang muka Nadia tengah tido. Tetiba dia bukak mata pandang aku dalam pandangan serius macam nampak hantu dalam 5 saat pastu senyum and close her eyes back.

Waklu! Pastu aku tertanya2, ni yang tidur sebelah aku nih, Nadia ker hantu. Terus imagine, Nadia call aku tanya aku dah tidur ker belum, dahtu, saper yang tengah tidur sebelah aku nih?

Haha. Kalau bab hantu, imagination tetiba jadik Gred A++. Mungkin boleh dapat hadiah saguhati untuk sayembara puisi Berita Harian.

Peristiwa 2

Last week. Kami tidur depan tv. Aku terjaga pasal sejuk aircond mencucuk ke tulang hitam lapis ke 7, amek remote tv, padam tv and Nadia tetiba marah2 aku suruh cepat. Da hell??? Ko nak ajak aku pergi mana malam-malam buta macam ni haa giler ?

Pastu dia gelak dan sambung tidur. Super Nice.

Esok pagi aku tanya dia, ko kan Naddy suka mengigau ok? Pasni ko jangan jalan sorang-sorang tengah malam pastu pura-pura tak sedar bunuh aku pulak. Patut aritu masa ko marah2 aku, aku mintak nombor jerk kat nko. Haha


Amaran : Jangan berjudi. Berjudi haram dan masuk neraka. Sila takot.

Kenangan masa dalam my room dulu

Kiter memang suka tangkap gambar dalam bilik aku kan? Aku pun tak perasan sehingga la jumpa banyak gambar dalam bilik, dalam my pix folder. Ni cuma 1/10 part jerk. Yang lain banyak lagi tapi terpaksa ditapis kerana terlalu sexy dan tak sesuai untuk tontonan umum. Kawan Saz yang nama Zareef tu muda sangat lagik, tak elok tengok gambar kakak-kakak sexy. Nanti tumbesaran otak akan terbantut

Ni buktinya - giler tadek idea nak tulis caption apa


Mungkin kalau ketiak ko wangi, pose ini takkan keluar


Pasal gigi tumbuh tak rata, jadi terpaksa cover dengan tangan bila senyum


Yer, ada apa?

Nak berkenalan? Boleh... Bagitau Suraya


Anyway, ni sebagai bukti ko suka nak kaler2 kuku atas katil aku

Ko akan tidur dimana-mana sahaja Nadia. Di sofa, atas lantai, mahupun toilet

Tu pasal kiter click, pasal aku pun sama!

-End-

2 comments:

nadialyna said...

ahahahah yg senyum tu mmg aku ingat sampai mati ok. plus..bukan kau yg senyum kat aku ke? it wasnt me who smiled..n aku still x ingat time bila pulak i spilled garlic butter on ur bed. to quote u,sila jangan fitnah'.

kahkahkah bnyk gila bantal keliling kau tido. takut ke?

Chooyaya! said...

1. aku yang senyum ker ko? haha
2. tak ingat garlic butter tp nail remover ingat tak?
3. aku tak fitnah, ini kisah betul yang sebenarnya comel ok?
4. aku tak takot, aku sejuk. (cover line) haha